Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, April 8, 2017

Cekodok pisang gebusss

 bila pisang yang dibeli terbiar dan over ripe, cekodok cam ni lah yang ada dalam kepala... memula nak buat kek pisang, tapi takut pulak nanti tukang makan mogok, sapa pulak nak abeskan kan... so resepi paling mudah dan pasti lenyap sekejap jer ni lah dia.... cekodok pisang gebus yang rangup diluar dan tetap lembut didalam... rahsianya cuma tambahkan butter/mentega or minyak masak dalam adunan tu dan gorengkan...

Bahan-bahan
4-5 biji pisang montel
1 cawan tepung gandum
2 sudu Planta atau mentega/minyak masak
3-4 sudu gula pasir
secubit garam
1/2 tsp soda baikabonat

Cara-cara
1. Di dalam bekas, lenyekkan pisang bersama mentega, gula dan garam. Kemudian masukkan soda bikarbonat, dan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak terlalu lembik. Ini kerana supaya apabila menggoreng, ianya tidak terlalu lembik dan gebu.
2. Di dalam kuali yang berisi minyak panas , masukkan adunan pisang secara perlahan-lahan. pastikan api sederhana digunakan.
3. Goreng sehingga warna keemasan dan terapung. balik2kan selalu. Toskan lebihan minyak dan hidangkan panas-panas

1 comment:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Lama xmkn cekodok pisang..huuuuu