Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, April 30, 2017

Apam karamel

 Buat kuih untuk buah tangan pergi mengaji... nak buat kuih yang mudah2 dan cepat jer siapnya dan kuih apam caramel tanpa telor ni pun cepat jer siapnya... tak perlu nak peram bagi penaik adunan tu, siap bancu terus jer kukus... tapi tiap kali buat mesti ade jer kelainnanya... kali ni tak berapa nak kembang la pulak... tak tahu dah dimana silapnya, tapi dah tak kuasa lah nak buat yang lain... redho jer la dengan kejadian apam yang tak berapa nak kembang ni..


Bahan-bahan

1 cawan gula
¾ cawan air
*** masukkan gula dalam periuk, masak hingga jadi caramel (warna bertukar keperangan) lalu masukkan air. Kacau perlahan hingga sebati.
Tutup api dan sejukkan. (hati-hati semasa masukkan air. 

Gula caramel tadi akan terpercik semasa air dituang dalam periuk)

Bahan-bahan



1½ cawan tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
½ sudu kecil soda bikarbonat*
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar minyak

Cara penyediannya


1 Ayak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat (*) dalam bekas besar.
2 Masukkan gula, caramel yang dah disejukkan tadi, susu pekat manis kacau rata.
3 Kemudian masukkan minyak, kacau rata lagi hingga kesemua sebati
4 Panaskan kukusan, sapu sedikit minyak pada acuan dan kukus selama 15minit.
Sedia dihidangkan…

No comments: