Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, August 12, 2019

Watermelon smoothie

Asalamualaikum dan selamat pagi...

 dah puas beraya dan berkorban, meh kita sejukkan tekak dengan watermelon smoothie yang sangat sedap nih.. mudah jer nak buatnya dan bahan pun sangat minima. yang penting ianya sangatlah soothing aitekak dimasa2 musim panas membahang macam sekarang ni... jom lets check camner nak sediakan minuman sedap nih..

Bahan:

500g tembikai
200ml susu segar
100ml plain yogurt
3 sudu besar gula
sedikit hirisan tembikai utk hiasan
sedkit chocolate chips utk hiasan (kak rose x letak)
Daun pudina utk hiasan

Cara-cara

Potong dadu tembikai selebih kurang saiz ais kiub dan buang bijinya. Frozen tembikai tadi lebih kurang 4-5 jam.
Masukkan tembikai yg dah difrozen ke dalam mixer/blander. Masukkan juga susu segar,yogurt dan juga gula. Kisar sehingga jadi bentuk smoothie.
Tuangkan ke dalam gelas yg sesuai dan hias dengan hirisan tembikai, chocochips dan juga daun pudina.
Sedia utk diminum :)

Saturday, August 10, 2019

Jom la cuba ...

cuba yang ni pulak..





harap dapatlah hasil seperti apa yang di advertised kan tu...
but after a week of trying, masih x nampak any changes...
tak sabar, sbb katanya fast result...
 teruskan mencuba la ya kak rose! 
Insya Allah, dengan izin Nya.

Friday, August 9, 2019

Mee goreng bodo2 yang sedap...

Asalamualaikum dan salam pagi jumaat, penghulu segala hari..

 pagi ni kak rose nak tepek kat sini mee goreng bodo2 yang kak rose masak dua hari lepas.. walaupun namanya mee goreng bodo bodo tapi memang sedap buat kami anak beranak. sendiri masak dan sendiri makan, sendiri jugak puji sedap... tapi memang sedap pun sampai bertambah2 anak makan. tukang masak pun akan sangat happy bila masakannya habis dimakan kan... semuanya kerana tukang  ni memasaknya dengan penuh kasih sayang untuk keluarga kecil kami..

disebabkan vit m yang banyak, tiada kerajinan nak siang udang dan ayam yang keras kejung dalam freezer, mee goreng bodo2 ni cuma ada fish cake dan telor jer untuk bahannya..dan segala mak nenek sos. Alhamdulillah sedap dan habis denagn sekali ngadap. banyaknya makan!

Tuesday, August 6, 2019

Nak raya jugak...

 tetiba minggu ni terdengar banyak lagu raya kat radio... nak raya dah rupanya kan... biar pun masih menunggu panggilan untuk berhari raya di tanah suci, kita disini rayakan jugak lah hari pengorbanan ini. kalau lah arwah emak dan bapak masih ada, pastinya masa ni tengah sibuk uruskan ibadah korban, emak akan sibuk mintak anak2 hantar nak tengok dan pilih  sendiri lembu yang ingin dikorbankan nanti.. semuanya tinggal kenangan saja... Al-Fatihah buat arwah emak dan bapa..

 dan kali ini kami adik beradik akan lakukan ibadah korban dikampung seperti yang arwah selalu buat... Insya Allah...

dan buat jugak cookies tat nenas ni untuk sambut hari raya korban nanti...

Monday, August 5, 2019

Bila hujung minggu...

Asalamualaikum dan salam isnin yang sejuk...

pepagi hujan turun, so tak leh nak berbrisk walk berlenggang mak limah macam tang selalu kak rose buat tu... so meh la kita menghadap pc, mengupdate kisah gantung piyok dihujung minggu. kalau minggu lepas sampai tiga jemputan kenduri pada hari yang sama, kali ni kebetulan  tak de pulak undangan, tapi tetap jugak nak tutup dapo kan... yang ni kami makan nasi arab di hadramawat kitchen di Glenmarie... combine 2 rasa nasi mandhi dan madghot...

the zhaouk and curry


 prefer nasi and ayam mandhi... yang madghot tu rasa so so jer to me lah...

 yang ni pulak makan nasi lemak ayam berempah di Pak Li kopitiam. very bigggg portion!

 nasi ayam special untuk en asben.

teh limau panas pilihan kami...Alhamdulillah... untuk rezeki yang Allah berikan...

Sunday, August 4, 2019

Nasi lemak noxxa

Asalamualaikum dan salam hari minggu...
Sarapan apa kawan2 hari ini?

 jom sama sama sarapan nasik lemak seadanya macam kak rose ni..

nasik lemak 7 minit dengan noxxa... jom sarapan...

Bahan- bahan:
- 3 cawan beras dicuci
- 1 1/2 cawan santan
- 2 cawan air
- 1 inci halia - dihiris atau dititik
- 1 biji bawang merah - dihiris kasar
- 1 batang serai - dititik
- 2 helai daun pandan
- 1 sudu kecil gula (kak rose tambah)
- Garam secukup rasa

Caranya:
- basuh beras dan rendam 30 minit, tuskan
- masukkan kesemua bahan ke dalam periuk noxxa. kacau rata
- tutup periuk dan laraskan tombol ke arah pressure
- teka high pressure 7 minit dan on
- bila periuk bunyi tit-tit, laraskan tombol ke steam. tekan off dan biarkan anggaran 5 minit
- buka penutup dan gemburkan nasi
- nasi sedia dihidang bersama dayang pengiring

Friday, August 2, 2019

Khasiat dan Manfaat Surah Al-Kautsar


Khasiat dan Manfaat surah Al-Kautsar
بسم الله الرحمن الرحيم


إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ

Surah ini adalah surah yang paling pendek dalam Al Qur'an, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Mekkah dan berasal dari sungai di Syurga. Kolam sungai ini diperbuat dari pada batu permata yang indah dan cantik.
Rasanya lebih manis dari pada madu, warnanya pula lebih putih dari pada susu dan lebih wangi dari pada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad SAW, karena diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihinya, yaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapak saudaranya Abu Thalib.

Khasiat dan Manfaat Surat Al-Kautsar:

  • Apabila dibaca 1000 kali ditambah dengan membaca Shalawat kepada Nabi Muhammad sebanyak 1000 kali pada malam Jum'at. Insya Allah akan bermimpi bertemu dengan Rasulallah saw.
  • Apabila ditulis, lalu tulisan ini ditaruh di dalam ikat pinggang, maka orang yang memakainya terhindar dari musuh. Kalau sampai terjadi perselisihan, maka dia akan memperoleh kemenangan.
  • Apabila dibaca 313 kali sehabis sholat fardhu. Usahakan setiap jumat pagi beramal ke anak yatim semampu kita. Insya allah atas ijin Allah SWT cepat teratasi seberapapun banyak hutang yang kita punyai dan insya allah rejeki kita akan lancar.
  • Bila saat hujan Anda membaca surat Al-Kautsar kemudian dilanjutkan dengan memanjatkan do’a, maka semua do’a yang kita panjatkan akan dikabulkan oleh Allah SWT.
  • Apabila kita merasa sangat haus tetapi tidak ada air yang dapat diminum, bacalah surat Al-Kautsar ini kemudian gosoklah leher Anda maka rasa dahaga Anda akan hilang seketika meskipun tanpa meminum seteguk air.
  • Untuk menambah rezeki baik itu dari segi materi maupun dari segi kesehatan, caranya yaitu dengan membaca surat Al-kautsar sebanyak 1000 kali secara rutin setiap hari maka niscaya rezeki Anda akan semakin baik melalui ikhtiar bekerja dengan rajin. Inilah salah satu rahasia di balik QS Al-Kautsar.
  • Apabila seseorang rajin dan merutinkan membaca surat Al-Kautsar setiap hari maka hati akan semakin tentram dan lembut serta sholat kita akan semakin khusyu’. 
  • Apabila seseorang sedang mengalami aniaya dan dipenjara maka bacalah surat Al-Kautsar sebanyak 71 kali maka Allah akan segera menolongnya dan memberikan kemudahan untuk mengungkap kebenarannya.
  • Apabila sebelum tidur membaca surat Al-Kautsar sebanyak 7 kali maka Allah akan membangunkannya di jam yang dia inginkan. 
  • Apabila kita membaca surat Al-Kautsar sebanyak 3 kali sebelum menemui orang yang sangat ditakuti atau orang yang membenci kita maka niscaya orang yang ditakuti itu akan menjadi lembut dan luluh hatinya.
  • Apabila kita membaca surat Al-Kautsar bersama dengan pasangan saat sholat tahajjud maka niscaya hubungan akan semakin mesra dan menjadi pasangan yang sakinah mawaddah warohmah.
  • Apabila dibaca 100x setelah shalat hajat 2 rakaat (terutama diwaktu hujan) kemudian memohon kepada Allah tentang sesuatu, Insya Allah makbul. 

Khasiat untuk Pengobatan :
  • Surat Al-Kautsar ini dapat menjadi obat penyakit mata seperti bengkak, berair, dan gatal-gatal. Caranya yaitu dengan mengambil segelas air tawar kemudian bacakan surat Al-Kautsar sebanyak 10 kali diatas segelas air tawar tadi kemudian sapukan air itu kebagian mata yang sakit maka InsyaAllah penyakit mata Anda akan sembuh.
  • Dapat menemukan letak sihir yang diletakkan dalam rumah, caranya yaitu dengan membacakan surat Al-Kautsar ini sebanyak 10 kali didalam rumah maka niscaya Anda dapat melihat dimana letak sihir yang ada dalam rumah Anda. 
  • Dapat menyembuhkan orang sakit yaitu dengan membacakan surat Al-Kautsar pada segelas air kemudian air itu diminumklan kepada orang yang sedang sakit maka niscaya orang itu akan sembuh dari penyakitnya. 

Rasulallah SAW bersabda : " Barang siapa yg menyampaikan
(satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkannya, maka walau pun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala. " (HR. Al-Bukhari) 

Subhanallah ... Semoga kita dapat mengambil pengetahuan bermanfaat yang bernilai ibadah lewat tulisan ini dan mengamalkan dalam kehidupan sehari - hari. Aamiin 

Ya ALLAH...
Muliakanlah orang yang membaca status ini. Entengkanlah kakinya untuk melangkah ke masjid. Lapangkanlah hatinya. Bahagiakanlah keluarganya. Luaskan rezekinya seluas lautan. Mudahkan segala urusannya. Kabulkan cita-citanya. Jauhkan dari segala Musibah. Jauhkan dari segala Penyakit,Fitnah,Prasangka Keji,Berkata Kasar dan Mungkar. Dan dekatkanlah jodohnya untuk orang yang membaca dan membagikan status ini.  

Demikianlah Semoga bermanfaat dan kita dapat mengambil pengetahuan bermanfaat yg bernilai ibadah lewat tulisan ini dan mengamalkan dalam kehidupan sehari-hari kita. Aamiin,Baca juga Artikel bermanfaat lainnya

Credit dan terima kasih kepada tuan punya blog  Pengobatan Islamiah