Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, August 9, 2015

Roti jala

 Lama rumah maya ni terbiar.... tuan tanah asik sibuk yang entah apa2 agaknya. dua minggu berturut2 buat open house mmg lah tak menang tangan sbb semuanya kena urus sorang2... tu yg buat rumah maya ni tak berupdate... dan masa lunjurkan kaki hilangkan penat sambil baca2 blog, terpandanglah roti jala yang kekal lembut sampai kepetang di blog Azie ni... so apa lagi, terus kodek2 walaupun dengan kuah santan durian jer....

mekasih Azie, kak rose mohon kongsikan resepunya ya.... walaupun dah tinggal gambar jer, nak jugak tepek resepinya kat sini untuk rujukan masa2 akan datang..

Roti Jala

Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

Thursday, August 6, 2015

Sambal ikan bilis petai

 Asalamualaikum dan selamat pagi kawan2 semua.... pagi2 dah nak tepek menu makan2 kan. nak g ber brisk walk hari hujan la pulak.... so ada je alasan untuk nak memulakan aktiviti2 pagi kak rose ni... x pe la kan, hujan rahmat kata orang. so meh la kak rose kongsikan resepi ni dan mana tau nanti ada yang buntu nak masak untuk hidangan tengah hari, boleh lah mencuba sambal ni...

 berposing dalam kuali... too rich dengan petai kata en asben!

 kak rose memag tak pernah beli petai sbb tak pandai nak makan...kebetulan masa buat open house ari tu, ada kawan bagi 6 papan petai yang gemuk2 bijinya... terima kasih Emma n Pak Jo yg bagi petai ni. dan en asben mintak buatkan sambal dengan ikan bilis.... bertambah2 nasik dibuatnya...dan kak rose makan nasik dengan telor dadar n sayur je!

resepi dari kkida macam yang kak rose buat tak de petai ari tu.... tapi yang ni terlebih petai pulak kata en asben! enam papan tu kak rose masukkan semua! dan petai tu kak rose bukak dan buang kulit, togel2 gitu!

Bahan-bahan
1 cawan ikan bilis, goreng setengah garing
1/2 cawan petai, tak perlu buang kulit, hanya dikikis sedikit dan belah dua.
10 biji cili kering, dikisar - ikut la kepedasan memasing ya...
2 ulas bawang putih, tumbuk
1/2 cawan air
2 sdb air asam jawa
1 biji bawang besar, potong bulat
1 sdk serbuk belacan (kak rose gantikan dengan kiub pati ikan bilis)
2 sdb gula
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara Membuat

Tumis bahan blender hingga garing. Masukkan air asam jawa dan belacan. Kacau hingga wangi.
Masukkan gula, garam, petai dan bawang besar. Kacau sebentar.
Kemudian masukkan ikan bilis dan setengah cawan air dan masak sehingga mendidih dan pekat.
Boleh dimakan dengan nasi putih atau nasi lemak.

Wednesday, August 5, 2015

WW: Masamnya!!!!!


 kiwi fruits tu ok jer, tp the sour plum..... macam asam kot!


kecik cenonet jer, rm1.20/pc... agaknya boleh taruk dalam gulai ganti asam!

Tuesday, August 4, 2015

Open house: menu simple kami

 Asalamaualaikum dan selamat pagi semua.... hasrat hati nak mulakan brisk walk pagi ni tapi hujan tak berhenti dari semalam lagi.... hujan lebat petang semalam menyebabkan semua jalan masuk ke rumah ni terputus, air sedalam paras pinggang sebab air sungai pinang yang melimpah, tak mampu nak menampung dah... nasib baik dalam 10pm something cam tu air dah surut, dapatlah encik asben amik motor dia yg ditinggalkan ditepi jalan... first experience jadi cam ni, rasa takut pun ada.... Ya Allah, mintak dijauhkan segala bahaya pada kami semua kat sini, Aamiin.

 sebenarnya nak jugak tepek kat sini apa yang kak rose masak masa open house pada hari ahad lepas.... first time masak laksa johor kat sini, takut jugak ada yg tak makan tapi tak sangka pulak ramai yang menyukainya hingga berulang makan. maklumlah kat sini kan terkenal dengan laksa penangnya. dengan kuah dari 5kg ikan kembung yang gemuk2 dan 6 packs of spaghetti tu semua habis. mulanya kak rose cuma rebus 4 packet of spaghetti jer sbb takut tak terhabes dan lepas tu bila tengok ramai yang suka terus lah tambah rebus lagi... Alhamdullilah, orang penang suka laksa johor pulak. lain kali pasti kena buat lebih lagi, Insya Allah.

 dessert yang sempat kak rose sediakan... agar2 santan pandan... guna resepi dari Ummi Home Sweet Home, mekasih ya Ummi. sedap dan sedang elok jer manisnya... tapi kak rose punya lapisan tu jadi nipis jer. apa pun semuanya habis pada akhir jamian.

 kek oren moist yang kak rose buat pada last minute untuk tambahan pada menu yang ada...

 congo bars yang kak rose sediakan sehari awal.... en asben yang tukang setting meja dan potong n susun kek dalam bekas... jelly pun dia yg tolong potongkan. nasib baik ada assistant yang rajin nak tolong, tapi banyak ngelat dari menolongnya! but at least ada jugak tolong tukang masak yang semuanya kena sediakan sendiri ni... cookies raya tak teramik gambo lak...tuan tanah bz layan tetamu dan gambar2 tetamu ada kat dslr en asben pulak... x dapat la nak tepek kat sini.

 end result.... sepinggan laksa johor yang lama kak rose tak buat...

lontong yang cuma jumpa udang kecik2 dan jugak udang kering... bila last minute cari bahan, ada je yang tak jumpanya....tak tau kenapa pasar yang ade dekat rumah ni macam jauh sangat bezanya bila bandingkan dengan yg selalu pergi kat sek 16 shah alam tu! ah!!! rindu shah alam!

Monday, August 3, 2015

Congo bars

 Asalamualaikum dan salam august buat kawan2 semua... buat congo bars ni untuk hidangan open house kak rose semalam... selain tu buat jugak kek oren moist dan agar2 pandan santan disamping main menunya laksa johor dan lontong johor.  Alhamdullilah semuanya habis, selesai sudah hari raya kak rose tapi kena sediakan soto pulak untuk jamuan raya perumahan kat sini lak pada sabtu depan... muga Allah kurniakan kak rose kesihatan yang baik untuk tolong sediakan tu semua, Insya Allah.

 panas panas! baru kuor dari oben... berposing atas dapor jer!

resepi congo bars ni kak rose copy dari blog kkida, terima kasih kongsikan resepi ni ya.... dan mintak izin nak kongsikan kat sini pulak..

bahan2nya:

2 cawan gula perang
2/3 cawan mentega masin

pukul kedua bahan atas hingga berkrim

3 biji telur ukuran besar, pukul sedikit, tuang perlahan dan kacau rata dengan butter dan gula tadi...kemudian masukkan 1 sudu teh vanilla esen...gaul rata

2 1/2 cawan tepung
2 1/4 tsp baking powder
1/2 tsp garam


gaul rata bahan diatas dan masukkan ke dalam adunan tadi...masukkan 2 cawan chocolate chips
gaul sebati...ratakan doh ke dalam dulang bakar yang telah digris...bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau sehingga masak...bahagian tengah kek biar tak masak sepenuhnya...lembut gitu...:)

kkida bakar lebih 30 minit sbb nak tengahnya masak betul...anda boleh tutup permukaan kek dengan aluminium foil supaya tak terlalu perang...selamat mencuba...

Thursday, July 30, 2015

Sambal tumis ikan bilis

 Sambal tumis ikan bilis yang kak rose buat masa bulan puasa... macam2 menu terasa nak makan masa puasa tu... dan yang ni encik asben yang mintak buatkan... kalau ikiu kak rose suka yang bilis goreng garing2 tu, tapi dia nak yang ni jugak... so buat la, dan kak rose buat banyak terus, pack dalam container kecik2 dan masuk dalam freezer, sampai dah lepas raya pun boleh mengulang makan... ni kisah orang malas nak masak berkali2 kan....

kak rose ikut resepi dari kkida, cumanya kak rose tak bubuh petai tu... semata ikan bilis dan bawang saja.... meh kak rose kongsikan resepi asalnya yang ada petai dalam sambal tu...

Bahan-bahan
1 cawan ikan bilis, goreng setengah garing
1/2 cawan petai, tak perlu buang kulit, hanya dikikis sedikit dan belah dua.
10 biji cili kering, dikisar - ikut la kepedasan memasing ya...
2 ulas bawang putih, tumbuk
1/2 cawan air
2 sdb air asam jawa
1 biji bawang besar, potong bulat
1 sdk serbuk belacan (kak rose gantikan dengan kiub pati ikan bilis)
2 sdb gula
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara Membuat

Tumis bahan blender hingga garing. Masukkan air asam jawa dan belacan. Kacau hingga wangi.
Masukkan gula, garam, petai dan bawang besar. Kacau sebentar.
Kemudian masukkan ikan bilis dan setengah cawan air dan masak sehingga mendidih dan pekat.
Boleh dimakan dengan nasi putih atau nasi lemak.

Wednesday, July 29, 2015

WW: sambung semula...

oats n susu omega, setelah sebulan di tinggalkan... tapi brisk walk tak stat lagi!