Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, September 10, 2019

Peria goreng rangup

Asalamaulaikum dan salam selasa..

 baru pertama kali buat dan nak rasa makan peria goreng rangup ni... selalunya kalau kat rumah ni en asben yang paling suka makan peria goreng dengan udang, tapi sekarang ni tukang masak dah tak berapa rajin nak masak... lagi pun tukang makan tak ada, lagi lah kemalasan tu bermaharajela kan.. tapi bila kawan asik tayang jer peria goreng rangup yang dia jual tu, terasa pulak nak buat sendiri... instead of guna peria katak, kak rose beli peria yang besar tu... belah dua dan sagat jer supaya dapat ketebalan yang sekata.. sedap sangat, mengunyah tak boleh berenti pulak!


 yang ni dah lepas basuh dan toskan sebelum digaul dengan tepung bistari ... meh ler kak rose nak kongsikan yang kak rose dapat dari perkongsian di facebook.. teriam kasih ya tuan resepi asal tu..

Peria secukupnya...

Bahan salut:
tepung goreng serbaguna bistari perisa pedas
tepung goreng serbaguna bistari perasa original
sedikit tepung beras
** jumlah ketiga2 tepung ni agak2 jer, campurkan supaya nanti kerepek tak terlalu pedas dan masin.


Cara:

1. Ambil penyagat dan sagat buah peria yang telah dibuangkan isi dalamnya
2. basuh peria dan toskan, biar kering
3. masukkan peria kedalam bekas (kuantiti untuk sekali goreng), isi tepun dan tutup bekas tadi, goncangkan hingga tepung bersalut rata pada peria
4. panaskan minyak dengan banyak dan goreng terendam hingga garing
5. angkat dan toskan minyak dan biarkan sejuk, simpan dalamm bekas kedap udara untuk kekal rangup.

Monday, September 9, 2019

Dunia asmara

Nostalgia.... radio klasik membawa pendengaran kesini...


Bung Ah
 Tergoda cinta
 Sakit oh jikalau kecewa
 Mmg cinta tu buta
 Tak pilih siapa
 Bahgia oh mereka
 yg menepati semua janjinya
 ini dia dunia asmara

 Ah tetapi tidak sedikit yg curang
 oh ya ya ya ya ya
 mmg biasa boleh dilarang dipandang
 Kalau ada sijelita melenggang
 Hati di dalam tergoncang
 Beginilah dunia asmara
 kecewa

 Ba nyak yg mata kranjang
 Ada yg kerana uwang
 ada pula yg tidak seia sepaham
 kesemuanya ini kerna jelingan mata jelita
 Hati ku pun tergoda asmara

Friday, September 6, 2019

Hari Jumaat kami....

Asalamualaikum dan salam jumaat...

 Alhamdulillah, selesai sudah majlis bacaan mingguan Surah Al-Kahfi kami, terima kasih Kak Hajah Som yang sudi jadi host kali ini. walaupun ramai yang tak dapat bersama pada bacaan kali ini, tapi suasana tetap meriah dengan kehadiran bersma dengan buah tangan pot-luck..macam2 ada.. dari kak rose cuma ada kuih cara berlauk ni, gigih bersauna dipagi2 hari..

 mee kari yang sangat sedap dari tuan rumah... semangkuk rasa macam tak cukup lak..😉

 berposing seslepas selasai bacaan...  bergilir2 jadi camerawoman lak...

 giliran kak rose pulak jadi camerawoman...😜

 Kak Hajah Kalsom, tuan rumah yang sporting... muga sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan murah rezeki..

 kami empat orang jer wakil dari geng mengaji petang yang dapat hadir untuk gader3 pagi tadi..


 antara yang hadir..

 sama2 membaca...

kyusuk nya...

dan aktiviti selepas makan dan gebang2... jadi bibiks sekeja[,  tolong tuan rumah cuci pinggan mangkuk!

Thursday, September 5, 2019

Roti puri

Asalamualaikum dan selamat pagi kawan2...

 pagi ni kak rose nak tepek roti puri yang kak rose buat beberapa hari lepas... memula tu ingat nak buat roti jala sebab ada kari ayam kan... pas tu teringat pulak roti puri ni cicah dengan kari ayam tu pun sedap... so terus lah kedapo menyinsing lengan baju, tung tang dan perap sekejap... tapi bila dah dapat mengadap pc, terus terlupa pasal doh yang diperap tadi... tu yang jadi kembang semangkuk roti puri kak rose... terlebih perap kot? apa pun kejadianya sangat lah lembut, memang ngam sangat cicah dengan kuah kari ayam tu...

 meh tengok resepinya...

Bahan2
 
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis
3 sudu besar minyak masak
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
3/4 air suam/panas (kak rose guna air suam)
 

Cara penyediaan:

1. Satukan tepung gandum, yis, gula, minyak, garam dan gaul sehingga berderai-derai.
2. Masukkan air panas. Doh agak panas sedikit ya. Boleh uli pakai tangan sahaja.
3. Uli sekejap sahaja sehingga menjadi doh lembut.
4. Bulat-bulat doh sebesar bola ping pong dan perap selama 30 minit.
5. Panaskan minyak (agak banyak).
6. Canai atau leperkan doh yang telah dibulatkan dan masukkan ke dalam minyak panas (goreng sebiji-biji sahaja).
7. Simbah-simbahkan minyak pada permukaan roti hingga naik kembung dan balik -balikkan. Goreng hingga perang.

Wednesday, September 4, 2019

Alhamdulillah...

terima kasih pada yang memberi, semuga bertambah murah rezeki...

Tuesday, September 3, 2019

Snacking time... macam2 ade!









Alhamdulillah dengan rezekinya...

Monday, September 2, 2019

Kuih cara berlauk

Asalamualaikum dan salam tahun baru 1441 Hijrah
selamat datang September 2019

 cerita pagi semalam, seawal pagi kak rose dah mula siapkan tempahan yang nak kan 400 pcs kuih cara berlauk ni... Alhamdulillah rezeki di awal bulan dan juga tahun baru... walaupun agak renyah nak siapkan, tapi syukur dapat jugak menyiapkan pada masa yang ditetapkan...betul2 menyinsing lengan diawal pagi lah.. inti daging, daun sup dan cili merah dah kak rose siapkan sebelah malamnya... jadi pagi tu cuma nak siapkan batter dan zassss....membakar sambil bersauna didapo!

 4 keping ramly's brand minced beef ready untuk dibuat inti...

inti daging yang dah siap masak, kak rose tapiskan untuk buang excess lemak dan minyak2.. tak lah nanti kuih cara tu basah dek inti yang basah tu..

sebahagian dari kuih cara yang dah siap... berjam jugak nak menyiapkannya. tapi syukur Alhamdulillah... semua dipermudahkan dan dapat feedback dari tuan rumah yang buat kak rose sangat happy... terima kasih kak diah, yang oder kuiah cara ni.