Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, February 20, 2024

Stellar Diamond Pearl

 Bukan main lagi kan nama kaler dia... kalau tengok macam silver jer pun.

Dah dekat sebulan dah new big boys toy ni ada kat rumah, tapi baru ada kerajinan nak tepek kat sini. Jangan tertipu, kat show room dia parking kat tempat all new crv... tapi crv tu beyond our means la kan.. so amik jer yang adiknya... kurang sikit lah rmnya kan... so Stellar Diamond Pearl WR-V RS ini lah additional to our  Alabaster Silver Civic L series yang dah bertahun guna tu..


nak jugak tayang montot dia... walaupun size dia kecik sket dari civic tu tapi tak pe lah cuma untuk kami berdua jer pun penumpangnya... dan kalau ada dua cucu kekcik2 tu kalau nak ikut kami. bak kata sang anak.. kan ayah downgrade kereta, so jterima je lah kan...
adik KA pun nak ikut jugak masa nak amik kereta ni di show room di Glenmarie Shah Alam, tempat yang sama kita amik civic dulu... dan deal dengan salesman yang sama jugak..
ade peluang parking sebelah menyebelah dua beradik ni.. WR-V RS dan Civic L series bersama tuannya dan cucu pun nak posing bersama..

L series ni dah banyak berjasa buat keluarga kecil kami... pernah kena denda kerana silly mistake dan semua itu pasti jadi pengajaran dan kenangan..Apa pun Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan buat keluarga kami. tepek kat sini buat kenangan dan bacaan dikemudian nanti

No comments: