Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, September 11, 2020

Kari ayam istimewa

 Asalamualaikum dan salam jumaat buat semua...


 gulai kari ayam berposing dalam kuali..

ada masa rajin kak rose masak gulai kari ayam ni... tapi entak lah vitamin m tu dah banyak sangat untuk nak amik gambo bagai... so gambo yang ada ni jer lah dalam periuk atas do jer.. tak per lah kan asalkan sendiri masak dan sendiri punya gambo, tak de nak cilok orang lain punya dan tepek diblog sendiri kan.. dan hingga sekarang pun masih ada kes2 cenggini... tak larat dah nak melayan kannya.. jom lah bersama kak rose masak gulai kari ni...yang ni kak rose guna semua bahagian peha yang gumuks2 gitu. memang kalau beli ayam suka bahagian either whole leg, peha atau pun fillet saja... jom masak..

Bahan-Bahan:

  • 6 peha ayam yang gemuks
  • 2 1/2 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 mangkuk santan
  • 2-3 sudu besar kerisik
  • 3 biji kentang
  • garam secukup rasa
  • Bahan-bahan untuk hiris halus (A):
    • 5 biji bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
  • Bahan-bahan untuk rempah tumis (B):
    • 1 batang kayu manis
    • 2 kuntum bunga lawang
    • 3 biji buah pelaga
    • 1 sudu kecil halba campur

Cara-cara untuk kari ayam:
  1. Bersihkan ayam dan toskan
  2. Bancuh serbuk kari dan serbuk cili bersama sedikit air supaya menjadi pes pekat.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan A dan B sehingga kekuningan dan naik bau.
  4. Masukkan pes serbuk kari dan serbuk cili tadi. Kacau di atas api perlahan sehingga pecah minyak. Masukkan sedikit air dan kacau lagi.
  5. Setelah bahan tadi pecah minyak, masukkan ayam dan tutup seketika sehingga ayam separuh masak.
  6. Masukkan sedikit air jika takut kari hangus di bahagian bawah.
  7. Masukkan pula santan dan ubi kentang. Masak sehingga ubi kentang empuk dan kuah menjadi pekat. Masukkan kerisik dan garam secukup rasa. Siap untuk dihidang

2 comments:

A m m i said...

ammi belum pernah masak ayam guna halba..sedap ye?

Anonymous said...

SITUS NONTON BOKEP VIRAL 2021


BOKEP INDO



BOKEP BARAT