Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, September 22, 2020

Bubur nasi a la mc d

 Alhamdulillah..bubur mc d untuk yang sakit...


sekembali dari beberapa hari di hospital, kak rose buat bubur nasi a la mc d ni... walaupun en asben boleh jer nak makan macam biasa tapi nak jugak nak makan bubur ni.. so buat kan jer lah ya. boleh tumpang sekali makan... buka sekali jer tapi berkali2 pulaknya tukang masak ni makan!..semua condiment dah ada tapi cili merah pulaknya lupa nak potong... cuma potongkan cili api dan masuk dalam kuah kicap masin tu... pun boleh la kan... sendiri buat, sendiri makan kan.
dah siap untuk dinikmati... tapi kaler pucat jer tak de potongan cili merah tu kan..
meh kak rose kongsikan resepinya...

Bahan-bahan

  • 1  cwn beras 
  • 1 1/2 inci halia di ketuk / titik
  • 2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
  • 300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
  • sedikit garam
  • 1 liter air
  • * GARNISH *
  • lada merah/cili kicap
  • daun bawang n daun sup
  • sedikit mninyak bijan 
  • isi ayam yang dah disiat2
  • kacan tanah goreng 
  • ikan bilis goreng
  • bawang goreng


  • Cara-cara

  • Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
  • Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcmmana kita nak
  • Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
  • Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk atau sambal kicap.

 

2 comments:

mags premiums said...

www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc...

Norlaili A Wahab said...

sedapnya bubur nasi ni kalah McD.
semoga cepat sembuh ya :)