Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, April 22, 2019

Menjala sambil bersauna didapo..

 yeah, dua dalam satu gitu! mengeluarkan peluh dan lepas tu dapat menambahkan lemak tu bali kan... memang panas berpeluh2 kalau berdiri didapo sambil menebar roti jala ni, tapi hasil lepas tu yang penting, boleh makan bertambah2 dan juga berulang2.. apa lagi kalau ada kuah kari ayam dan secawan kopi macam ni kan..bulan puasa nanti boleh lah buat lagi.

Roti Jala

Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning
 
Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Lepas jala atas kuali biarkan sekejap. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

No comments: