Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, April 4, 2019

Bingka crackers

Asalamualaikum dan selamat pagi...

 sesekali teringin nak makan kuih bakar yang home made punya... memula nak buat kuih bakar pandan yang legend tu, tapi bila teringat biskut jacob weetameal yang kak rose beli tu tak termakan sbb manis, so kita transformkan dia jadi bingka pun ok jugak kan...selalunya kalau beli biskut jacoh ni mesti yang original jer, tapi arit u sbb nak rasa yang lain kononnya... nah amek ko, weetameal manis pulaknya! tak kena betul dengan tekak kak rose... meh la jom tengok resepi bingka crackers yang kak rose buat minggu lepas...tinggal gambar jer tapi nak jugak tepek kat blog merapu ni...

 Bahan-bahan

  • 140g biskut cracker @ setengah peket
  • 85g tepung gandum
  • 210g gula - kemanisan ikut masing2 (kak rose kurangkan sikit gula sbb crackers tu dah manis)
  • 3 biji telur
  • 710ml santan @ susu cair
  • 1 sudu besar butter@marjerin@minyak sapi
  • 1sk pandan paste atau pewarna kuning
  • garam secubit
  • bijan sangai - jika suka
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 180. Lengserkan loyang dengan minyak.
  • Blend semua bahan kecuali bijan sehingga semua hancur.
  • Tuang ke dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
  • Bakar selama 1jam sehingga keperangan.
  • Sejukkan dan potong.
** kak rose ikut tuan asal resepi yg masak sekejap atas dapur dulu adunan baru masuk dalam oven

1 comment:

abuikhwan said...

Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
owwh, berselera pula nengok bingka ni.. sesuai sangat dinikmati pada waktu petang sambil santai-santai. mhn copy resepinya..insyaAllah ada masa mahu mencuba..hehe