Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, April 16, 2019

Brokoli bawang putih

Asalamaualikum dan selamat pagi kwan kawan..

sayur pebret sepanjang masa... dan kalau beli brokoli mesti resepi ni yang diingat, dan satu lagi resepi febret untuk brokoli ialah masak dengan sos tiram tu...berkali2 buat pun memang tak jemu lah. en asben suka meratah jer sayur cam ni. best dengan bawang putih goreng yang krup krap tu..πŸ˜‹πŸ˜‹ jom tengok resepinya..

Bahan-bahan:

500 gm broccoli
5 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
3 sudu sos tiram
1 camca teh tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
1/2 camca lada sulah
Air ais ~ untuk merendam broccoli
Garam

Cara penyediaan:

1. Celur broccoli selama 2-3 minit dalam air mendidih. Kemudian sejatkan dan rendamkan ke dalam air ais, 2-3 minit dan toskan. (brokoli akan kekal hijau cam kat atas tu)
3. Tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan angkat.
4. Masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Apabila kuah telah mendidih, masukkan broccoli dan kacau seketika. Letaklah lada sulah dan garam secukup rasa.
5. Angkat ke dalam mangkuk dan taburkan dengan bawang putih yang telah digoreng tadi. Sedia dihidang.

mudah kan dan yang penting sedap pulak tu... pada tekak kami sekeluarga lah...
 

2 comments:

ANDAIANNYA said...

boleh try nak berbka puasa karang..thanks share resepi..

Kak Rose said...

Silakan Andaiannya...