Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, November 29, 2018

Kuih lepat liat

Kuih lama yang jarang jumpa...

 bersungguh2 nak buat kuih ni, berusaha g kedai beli kelapa putih tapi dan dan tu pulak banyak na vitamin m dalam diri... so terbiar beku keras kejung dalam freezer. tapi bila ada kawan bagi daun pisang masa mengaji kahfi pada jumaat lepas, terus lah datang balik angan2 nak buat kuih lepat liat ni.. first time mencuba buat, jakun sket lah dibuatnya... hihi meh lah tengok resepi yang kak rose kongsikan dari sini. mekasih ya..

 Bahan2nya
 Bahan A
3 cawan tepung pulut
1 1/2 cawan santan pekat
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula

Bahan B
daun pisang untuk membungkus
kelapa  parut putih gaul dengan sedikit garam - untuk inti

 Cara memasak:

Satukan bahan A dan masak atas api. tak perlu hingga mendidih, cukup hingga gula larut dan tak berketul
Angkat dan tapiskan. biarkan sejuk
Kemudian tuang campuran tadi kedalam tepung pulut sedikit demi sedikit
Uli hingga adunan sebati. pastikan doh jadi lembut dan tidak keras
Sediakan daun pisang dan sapu sedikit minyak dipermukaannya
Ambil dua sudu adunan, letak atas daun pisang tadi dan leperkan
Letakkan inti kelapa
Bungkus kuih dengan kemas dan susun dalam periuk kukusan
kukus 40 minits dengan api perlahan
bila dah masak, angkat kuih dan sejukkan
sedia untuk dinikmati...

 kelapa putih digaul dengan sedikit garam untuk inti... kalau tak suka boleh abaikan jer..

 adunan dileperkan dan isikan dengan inti kelapa dan bungkus kemas

off to the kukusan... dan 40 minit kemudian... dapat dah menikmati kuih lepat liat home made... 1st time buat, rupa memang hazab tapi yang penting rasanya... lemak manis gitu. sedap!

4 comments:

Norlaili A Wahab said...

selalu beli lepat liat. tak pernah lagi try buat sendiri. almaklumlah sama la terlebih vitamin M hehehe

fadzillah Minai said...

My feberat ni... nampak senangnya, teringin nak buat.

ajwa said...

Assalamualaikum
Ya Allah lamanya saya tak berblog. Sedap kueh tu. Salam dari mamawana.

Ann Ishak said...

arwah nenek saya selalu buat kuih ni, kuih senang katanya :D