Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, August 7, 2018

Petola masak tumis

 sayur pebret kak rose ni... boleh meratah makan macam tu jer... tapi kalau ada nasi memang bertambah2 disebabkan sayur tumis ni jer... apa lagi kalau ada ikan goreng panas2 kan... laju jer nak menyuapnya.... kak rose la tu. memang suka sangat dengan sayur tumis macam ni.. kalau masak lemak pun suka jugak. tapi nak kena guna petola yang fresh, baru lah rasa manis kan..

bahan:
2 biji petola.. buang kulit dan potong serong
3 ulas bawang merah hiris
2 ulas bawang putih hiris
1 biji cili merah hiris
sedikit ikan bilis
garam & aji

panaskan sedikit minyak.. tumiskan ikan bilis dan bawang hingga kekuningan..
masukkan sedikit air.. kemudian masukka pula petola dan cili merah..
garam dan aji secukup rasa..
bila petola dah lembut, matikan api..
hidangkan bersama ikan goreng dan sambal bilis

1 comment:

Phong Hong said...

Dah lama tak makan petola. Nak try ni.