Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, August 3, 2018

Happy friday

Asalamualaikum dan salam jumaat penghulu segala hari. 

 Kisah minggu lepas... rutin setiap pagi jumaat, In sya Allah... berkumpul dan membaca Surah Al-Kahfi beramai ramai bersama jiran jiran kat kawasan perumahan kak rose ni... selain sedekahkan pahala bacaan kepada yang telah pergi mendahului kami, juga mendoakan buat kawan2 yang ditimpa musibah dan kesakitan... muga2 sedikit amalan dan bacaan kami ni mendapat rahmat Nya.. Aamin.

dan selain makan2 dan gebang2 selepas bacaan tu, ade jer hadiah cabutan bertuah dari tuan rumah... dan kali ni kak rose dan ketua muslimat kami mendapat hadian best ni... selimut ikea mari punya! terima kasih Datin Fadilah. bukan kak rose jer yang dapat hadiah ni, malah semua yang hadir pun dapat sama... happy jer kan pergi mengaji pun ade hadiah cabutan bertuah, gitu!

 Happy jer ketua muslimat kami, Hajjah Mariam dapat hadiah tu....

macam2 hadiah ade kat belakang tu... set bekas plastik dari ikea yang berbagai saiz untuk semua yang hadir... happy jer semua dapat hadiah, kan.

dan menu dari tuan rumah... mee kari yang sangat sedap... terima kasih sekali lagi Datin Fadilah.


1 comment:

Norlaili A Wahab said...

seronoknya ada perjumpaan sebegini dengan jiran tetangga. rezeki dapat jiran-jiran yang baik ni. Alhamdulillah :)