Lanai Kijang
Wednesday, December 16, 2020
Tuesday, December 15, 2020
Onde onde keledek
2 cawan keledek- yg telah direbus dan dilenyek
2 cawan tpg pulut
1 ketul gula melaka - dipotong kecil2
1/2 biji kelapa - diparut putih sahaja dan digaul dgn secubit garam
pewarna kuning (kak rose x letak, kaler ori dari keledek tu jer)
1/2 cwn air atau secukupnya- utk diuli dgn adunan dan utk merebus onde2Cara-cara
Lenyek keledek yg di rebus hingga lumat dan digaul sebati dgn tepung pulut. kemudian masukkan air sedikit2. Seterusnya masukkan sedikit pewarna dan gaul rata hingga menjadi doh.
Kemudian buat bebola kecil, masukkan potongan cula melaka ditengah2nyer tutup dgn kemas dan golekkan supaya menjadi sebiji bola. Lakukan sehingga adunan habis.
Jerang air dlm periuk hingga mendidih. Masukkan bebola tadi kedlm air mendidih. Angkat apabila ia sudah terapung (maknanya... dah masak la tu..)
Akhir sekali golek2kan diatas parutan kelapa tadi.
Monday, December 14, 2020
Kuih dangai
walaupun hangus kejadiannya, tapi rasa memang ummmppp lah!
kak rose gandakan adunan ni untuk dapat 2 loyang cam kat atas ni.
Bahan2: (Untuk 3 keping Kuih Dangai menggunakan acuan di atas)
1 cawan kelapa parut (lebih sedap yang putih sahaja)
1/2 cawan tepung pulut
2-3 sudu besar gula pasir (boleh lebih)
Secubit garam
Sedikit minyak untuk disapu pada acuan.
Cara Membuatnya:
1.Kelapa parut digaul bersama dengan tepung pulut dan garam
sehingga rata. (Gaul apabila hendak membakarnya)
2.Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
3.Satu bahagian hanya kelapa dan tepung pulut sahaja(A)
4.Satu bahagian lagi ditambah dengan 1 sudu besar gula
dan digaul rata(B)
5.Panaskan acuan dan sapu sedikit minyak. Guna api kecil.
6.Masukkan campuran A ke dalam lubang acuan sehingga habis.
7.Masukkan pula bahagian B dan ratakan. Tidak perlu tekan.
Taburkan gula pasir di keseluruhan bahagian adunan tadi.
Sunday, December 13, 2020
Telor dadar bayam brazil
telor, bawang merah, cili merah, daun bayam brazil dan sedikit garam... kacau rata dan goreng lah kan... sedap lah pada tekak kak rose, lain kali boleh baut lagi ni. terima kasih pada yang kongsikan idea ni ya.
sepokok jer pun, tapi cukup untuk kak rose merasa buat telor goreng ni.. dan lepas petik tu, bertambah rimbun pulak dia. subur dan mudah hidupnya, tak perlu panjagaan rapi pun, cuma bubuh baja dan siram jer pepagi tu... Alhamdulillah.
Saturday, December 12, 2020
Mee hoon untuk sarapan
Selamat berhujung minggu buat semua..
gandingkan dengan pop corn chicken, juga telor mata munger dan daun salad... pasti menyelerakan!
Friday, December 11, 2020
Ayat 7 Salamun
Asalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari...
Thursday, December 10, 2020
Cek mek molek
cek mek molek, macam2 saiz dan roper....😄😄
Bahan-bahan ( 12-13 biji )
- 2 cawan ubi keledek(yg telah direbus dan dilecek)
- 1 cawan tepung gandum
- gula
- minyak untuk menggoreng
- (kak rose tambah 1 sb tepung jagung... sbb ada baca komen kat bawah tu untuk rangupkan cek mek molek tu)
Cara-cara
- Gaulkan ubi dengan tepung sehingga jadi doh yang lembut
- Bahagikan kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat.
- Leperkan doh kecik tadi. Kemudian masukkan 1 sudu kecil gula- kalau tak mahu manis boleh kurangkan sukatannya.
- Tutup rapat-rapat supaya gula tak keluar semasa menggoreng.
- Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.

















