Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, December 10, 2020

Cek mek molek

 cek mek molek, macam2 saiz dan roper....😄😄

lama dah beli keledek ni... hati memang teringin nak buat pengat yang lemak manis tu.. tapi kan tukang makan kat rumah ni tak berapa gemor nak makan yang berkuah2 lemak manis macam tu... so tukang masak pun kenalah layan tekak derang ni jugak kan... tukang masak akan sangat happy kalau kuih yang dibuat tu disukai oleh tukang makan kan... so moh ler kita buat apa yang dia suker... cek mek molek nama diberi walaupun kejadiannya memang tak semenggah, tapi nama tetap jugak molek!
Bahan-bahan ( 12-13 biji )

  • 2 cawan ubi keledek(yg telah direbus dan dilecek)
  • 1 cawan tepung gandum
  • gula
  • minyak untuk menggoreng
  • (kak rose tambah 1 sb tepung jagung... sbb ada baca komen kat bawah tu untuk rangupkan cek mek molek tu)

Cara-cara

  1. Gaulkan ubi dengan tepung sehingga jadi doh yang lembut
  2. Bahagikan kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat.
  3. Leperkan doh kecik tadi. Kemudian masukkan 1 sudu kecil gula- kalau tak mahu manis boleh kurangkan sukatannya.
  4. Tutup rapat-rapat supaya gula tak keluar semasa menggoreng.
  5. Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.


 

1 comment:

Rasyidah said...

sedapnya!! insya Allah ade mse sy try buat.kiki salam singgah new follower here