Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, October 19, 2025

Pulut serunding



Pulut serunding untuk pot luck yassinan di surau kat kampung. sorang bawak sikit , bila dah letak semua atas meja tu diahhhh.... banyaknya macam nak kenduri je gamaknya. Tapi Alhamdulillah, lepas yasinan sambil makan dan gebang gebang ramai ramai, dapat lah memasing bungkus bawak balik untuk yang tersayang dirumah..

Bahan pulut:-)
1 kg pulut, cuci dan rendam 1 jam, toskan
700 ml santan cair
1 camca teh garam (atau secukup rasa)
1 camca teh minyak masak (mat guna minyak kelapa)
1 helai daun pandan, disimpul

 Cara membuatnya :-)

  1.  Panaskan kukus, sediakan loyang berukuran 9 inci. Letak pulut dalam loyang, satukan minyak masak, garam dan santan, kacau rata kemudian tuang ke dalam loyang berisi pulut, ratakan. Letak daun pandan dan kukus selama 20 minit dengan api besar, kemudian kareh (gemburkan) dan sambung kukus lagi 10 minit atau hingga pulut betul2 masak. Ketepikan

 


Bahan2nya
 
1 biji kelapa kulit basah, parut putih*
1/3 camca teh serbuk kunyit*(*digaul rata)
3 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
2 camca besar cili kisar (atau lebih jika nak pedas)
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci lengkuas*
3 batang serai, hiris halus*
1 camca besar penuh ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
4 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa

Cara:

  1. Kelapa parut yang telah digaul dengan kunyit tadi disangai dalam kuali selama 2-3 minit, angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan udang kering, tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana. Masukkan garam secukup rasa gula (selalunya serunding agak manis sedikit) dan daun limau purut, kacau rata dan biar masak sekejap.
  3. Masukkan kelapa tadi dan gaul rata, masak dengan api kecil sambil dikacau hingga serunding tadi kering dan ringan, tapi masih lembap. Angkat dan sejukkan


 

Saturday, October 18, 2025

Kuih puteri ayu

 Bahan-bahan A:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 4 biji telur (gred B)
  • 1 ½ cawan gula halus
  • 1 ½ cawan santan (1 kotak santan kara + ½ cawan air)
  • 1 sudu besar ovallete
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk perisa pandan
  • 2 sk pewarna hijau

Info: Kuantiti 1 kotak santan kara sama dengan 1 cawan air. Jika tak cukup 1 cawan, boleh tambah air.

Bahan-bahan B:

  • 1 biji kelapa (warna putih sahaja)
  • 1 sk garam
  • 1 sudu besar tepung ubi




Cara-cara:

1. Mula-mula satukan telur, ovallete, perisa pandan, gula halus dan pewarna hijau. Pukul kesemuanya menggunakan mixer sehingga sebati.

2. Pastikan adunan cair. 

3. Kemudian masukkan pula baking powder dan tepung yang telah diayak. Pukul lagi sampai sebati.

 4. Adunan ini memang likat. Bila pukul sebati, terus matikan mixer.

 5. Masukkan pula santan dan pukul sebati.

 6. Pastikan adunan licin dan tidak terlampau pekat.

 7. Kaup dan letakkan dalam pipping bag

 8. Untuk bahagian kelapa, masukkan garam dan tepung ubi. Kacau sebati 

9. Kalau tak cukup masin, boleh tambah garam. 

10. Sapu acuan dengan minyak. Letakkan kelapa dalam 3/4 sudu besar. Boleh kurangkan mengikut citarasa 

11. Ambil acuan kosong dan tekan kelapa tadi supaya menjadi padat. Tekan juga menggunakan jari supaya kelapa lebih padat.

 12. Hasilnya apabila sudah siap ditekan dengan acuan dan jari.



13. Kemudian letakkan adunan hijau tadi mengikut paras acuan atau kurangkan sikit.

 14. Kukus selama 10 minit.

 15. Apabila kuih sudah masak dan naik gebu, keluarkan dari pengukus dan biarkan suam sebelum keluarkan dari acuan

sedap dinikmati bersama teh o pada petang2 cenggini...


 

Friday, October 17, 2025

Kerabu daun selom dan tauge

buat makan makan untuk kongsikong kat kampung... rupanya ramai yang suka kerabu macam ni, sebesen cam ni sekejap jer dah habissss. Alhamdulillah, happy lah rasa tukang masak bila hidangan habis dimakan kan... resepinya

daun selom - hiris halus 
10 sen taugeh- buang ekornya (kak rose suka banyak2 tauge)
1/2 cawan kelapa putih- disangrai sedikit hingga kering dan wangi. (jangan sampai perang)
1 tangkai cili merah dihiris 
**5 biji cili padi (kak rose bubuh dua biji jer pun dah pedas!)
**1 batang serai
** 3-4 ulas bawang merah
**segenggam ikan bilis dibersihkan (kak rose ganti dengan udang kering)
***kisar / tumbuk halus semua bahan bertanda **
1 biji limau nipis saiz besar-diperah jusnya
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1 Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Perahkan jus limau nipis. Boleh tambah kalau suka lebih masam. Masukkan garam dan gula secukupnya. Gaul sebati.
2. Sedia dihidang.
*** taugeh boleh juga diganti dengan bunga kantan atau ditambah kacang panjang yang dihiris halus... sedap juga...

 



Thursday, October 16, 2025

1248 of clothes pegs

1248 of clothes pegs
bukan untuk kepit baju
tapi untuk anak pokok ni
projek hydroponic gardening honey melon @tanahitam @mysripaya
 

Wednesday, October 15, 2025

Kuey teow goreng

bila nak buat tu macam tak menyempat dah, tapi kan sebenarnya dah beli bahan semua konon simpan dulu lah esok2 baru buat... tapi malangnya daun kucai yang kak rose beli dah jadi benyek dalam fridge. so jadilah kuey teow goreng tanpa daun kucai ni. apa pun masih sedap aje pada tekak sendiri dan juga tekak tukang makan tu. Alhamdulillah, masa masak tu doa muga Allah bagi sedap walaupun tak cukup bahan.
 

Bahan-bahan:
3 bungkus kuey teow 
7 ulas bawang putih - tumbuk kasar.
1 sudu besar cili kering kisar
Udang secukupnya
1 mangkuk taugeh
1 ikat daun kucai (tak de sbb dah benyek)
Garam

Bahan sos:
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap mee
2-3 sudu besar kicap manis

Cara cara:
Kuey teow dicuci dan asingkan satu persatu lapis supaya ianya senang dikacau rata. 

Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih sehingga wangi. 
Kemudian masukkan cili kisar. 
Tumis dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak.   
Tuang sedikit air dan biarkan sehingga masak dan terbit minyak bagi memastikan cili benar benar garing. 
 Masukkan udang dan kacau rata. 
Kemudian masukkan semua bahan-bahan sos dan kicap. Kacau rata dan sesuaikan rasa. 
Kemudian masukkan kuey teow dan gaul rata.  
Ketepikan sedikit kuey teow, tuang telur dan biarkan sehingga sedikit mengeras, baru dikacau supaya telur berketul kasar. Kacau kuey teow dengan telur. 

Akhir sekali, masukkan daun kucai dan taugeh. Kacau rata. Boleh tambah kicap jika mahu warna yang lebih gelap.

Wednesday, October 8, 2025

Saturday, September 27, 2025

Sarapan untuk kongsi kong

 Kisah dikampung. berkongsi rezeki dengan kongsi kong yang tolong sama sama kerjakan projek hydroponic gardening kat kampung. kak rose bergilir dengan adik sediakan sarapan dan lunch untuk derang ni... ni pun yang sempat amik gambo jer.. tapi bila dah balil kl, adik sorang jer lah yang tolong sediakan..

 
lempeng nasi cicah sambal tumis dan kari daging

 mee hoon goreng 

cekodok sayuran cicah homemade sos cili
pulut serunding
apam balik home made

cekodok nasi dan sandwich sadin 

dan ini lah projeknya...mulakan dari stratch... clearkan tanah, bina rumah hijau dengan segala piping dan semua keperluanya. 2500 pokok honey melon. sangat renyah penjagaannya dan mudah2an dapat hasil seperti yang diharapkan... doa kan ya kawan2.