Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, May 6, 2019

Ramadhan Kareem 1440H

Selamat datang Ramadhan 1440H

 Alhamdulillah, selamat datang Ramadhan, wahai bulan ibadah, wahai bulan kebahagiaan... semuga kita semua diberikan kesihatan yang baik mental dan fizikal untuk melalui bulan ibadah ini. jom sama sama kita sucikan hati, kuatkan diri dari segala godaan dan lakukan amalan ibadah dengan sesungguh hati, muga semuanya diterima Ilahi. Aamiin

Izinkan kedua tangan bersimpuh memohon maaf untuk kata dan pertuturan juga tulisan yang tak terjaga, janji yang tak tertunaikan, hati yang selalu berperasangka dan sikap yang pernah menyakitkan. Mohon maaf semua dan selamat berpuasa buat semua ya...




Ya Allah izinkan bulan Ramadhan ini bagi kami penuh kedamaian dan keimanan.
Penuh keselamatan dan keislaman
Serta taufik untuk melakukan apa saja yang Engkau sukai dan ridhoi
Wahai zat yang Maha besar dan mulia
Ya Allah… bantulah kami untuk berpuasa dan menunaikan sholat dibulan ini
Ya Allah… jadikan lah kami termasuk dari golongan yang berpuasa dan menunaikan ibadah dibulan ini penuh keimanan dan harapan
Ya Allah.. selamatkan kami untuk buan Ramadhan
Dan selamatkan Ramadhan untuk kami
Dan terima lah amal Ramadhan kami dengan penuh keridhoaan
Ya Allah, jadikanlah bulan Ramadhan ini bulan kemuliaan untuk agama Islam dan umat Islam
Ya Allah, jadikanlah bulan Ramadhan ini bulan kemenangan dan keagungan
Untuk agama Islam dan orang orang Islam dimana sahaja
Wahai Tuhan semesta alam
Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamin...
 



Sunday, May 5, 2019

Sambal tumis sedap

Asalamualaikum dan salam akhir Syaaban..

 salam akhir Syaaban dan selamat datang Ramadhan.  semuga kita semua diberikan kesihatan fizikal dan mental untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan kali ini. juga agar kita semua dapat menjalani ibadah siang hari dan malam2 nya dengan sempurna, Insya Allah. semuga diberikan kekuatan dan kelapangan masa untuk bertadarus bersama kawan2 mengaji disini juga... dan apa persiapan kawan2 untuk sambut bulan puasa ni? kak rose cuma sediakan sambal tumis ni banyak2 dan frozenkan.. senang nanti kalau nak buat ikan or ayam atau lauk2 yang bersambal, tinggal nak panaskan jer.

dan kak rose tanya cik google camner nak sediakan sambal yang sedap dan yang penting tahan lama. ada bermacam2 cara dan petuanya... jom lah kak rose copy salah satunya dan kongsikan kat sini untuk rujukan nanti2 kalau ade kesempatan nak buat lagi..

Bahan:
  • Cili kering - pemilihan cili kering memainkan peranan yang paling penting kerana ia akan mempengaruhi warna dan rasa sambal tumis. Cili kering yang licin dan berkilat adalah lebih pedas berbanding cili kering yang berkedut dan kerinting. Oleh itu, pilihlah cili kering mengikut citarasa anda samada yang kurang pedas atau lebih pedas. Rasa sambal juga lebih sedap jika gunakan cili kering berbanding cili boh.
Bawang - selalunya campuran bawang merah kecil, bawang besar dan bawang putih digunakan sebagai bahan kisar utama bersama cili kering. Manakala bawang untuk menumis, Kak Rose hanya gunaka bawang besar yang diblend kasar sahaja, digoreng sehingga layu dan ia akan menjadikan sambal tumis lebih sedap dan manis

Belacan - belacan digunakan sebagai bahan penyedap tambahan di dalam sambal tumis, lebih-lebih lagi jika sambal tumis untuk nasi lemak. (kak rose tak makan belacan, jadinya yang ni kak rose gantikan dengan udang kering yang dibeld halus dan juga kiub pati ikan bilis)

Air asam jawa - boleh dikatakan sambal tumis tak akan sedap jika kita tidak masukkan elemen masam di dalam sambalnya, kalau tak ada asam jawa boleh ganti dengan asam keping.

Kaedah:  

  • Buang biji dan rebus - gunting cili kering dan buang bijinya dan kemudian rebus cili di dalam air sehingga mendidih kemudian tapiskan air. Ini adalah supaya dapat mengurangkan rasa ketajaman pedas cili, cepat masak dan sambal yang tahan lama.
  • Tumis dalam minyak yang cukup - sambal harus ditumis di dalam minyak yang banyak supaya cili masak dengan elok. Anggaran minyak hingga tenggelam bahan tumis. Jika tak suka minyak banyak, anda boleh buang minyak di dalam sambal setelah sambal masak nanti.
  • Masak hingga pecah minyak - ini adalah langkah yang paling penting iaitu masak sehingga pecah minyak. Ramai yang tertanya-tanya macam mana nak masak sehingga pecah minyak? Pecah minyak ialah apabila sambal dan minyak sudah terapunng dan terpisah di bahagian tepinya, serta warna sambal juga sudah bertukar menjadi sedikit gelap, itu menandakan sambal sudah masak dengan sempurna. Boleh ditambah sedikit air jika kuah kering untuk mengelakan kuah sambal hangit bila dimasak.
 


Saturday, May 4, 2019

5L Vision Diamond

di dua tempat berbeza...

 sama size

jaaaaaauh berbeza $$$$

😄😍

Friday, May 3, 2019

Rutin hari Jumaat

 Bacaan terakhir sebelum bercuti Ramadhan..

 Alhamdulillah... selesai sudah rutin jumaat kami untuk minggu ini... dan akan bercuti sempena bulan Ramadhan dan akan bersambung semula selepas hari raya nanti... pasti kami semua menanti2 hari jumaat yang macam ni... gader2, mengaji sama dan makan2 sama.. seminggu sekali berkumpul memang banyak cerita kan..

 dan kuih untuk buah tangan pagi ini... kuih cara berlauk yang terlebih kuning..

posing dulu sebelum majlis bermula..gambar dari fb kawan
 
 masing masing ade cerita kan.. dari fb

 dari fb jugak...

 camerawoman kita... tq kak Kalsom Aziz yang rajin nak snap photo sana sini.. kak rose pulak tolong snap gamba dia. adilkan..

 from my chap ayam phone.. catching up..

macam2 yang dipot pet kan..

maklumlah seminggu sekali berjumpa... actually selasa dan rabu kami jumpa jugak di kuliah petang, tapi ttp tak sama denagn majlis Khafi ni kan.

gebang2 dulu sebelum majlis bermula... macam2 gaya. semuga kita dipertemukan semula dalam majlis ni lepas raya nanti. Insya Allah dalam sebulan ni kita akan bertemu dimasjid ketika solat tarawih pulak... semuga diberikan kesihatan yang baik sepanjang menjalani ibadah puasa dan dapat menyempurnakan ibadah malam2 ramadhan nya... Aamiin.

Cili sos, jom buat sendiri...

 home made chilli sauce. ada kala rasa nak makan cekodok dengan cili sos yang kita buat sendiri instead of yang botol tu kan.. walaupun cili sos yang beli tu sentiasa ada, sesekali nak jugak tukar rasa.. selalunya kalau buat popia kak rose akan buat juga sos ni. tapi kali ni kak rose buat cucur udang jer, pun sangat lah sedapnya bila dicicah dengan home made sos ni. kak rose ni memang peminat tegar cekodok, tak kira cekodok apa pun, semua nya pebret! lihat lah dunia... sebakul cekodok!

jom, kak rose kongsikan resepi sos ni... boleh buat stok untuk bulan puasa nanti kan...

BAHAN-BAHAN SOS CILI :-)
 
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 cawan air
3 camca besar penuh cuka
1/3 cawan gula (atau secukup rasa)
Sedikit garam
1 camca teh tepung jagung + 1/4 cawan air = kacau rata
Sedikit bijan, disangi hingga harum
 
Cara2
Kisar cili, bawang putih dengan 1 cawan air hingga halus. 
Tuang ke dalam periuk, masukkan gula dan sedikit garam. 
Kacau rata dan masak hingga mendidih. 
Kecilkan api dan masak sekejap lagi. 
Masukkan bancuhan tepung jagung dan cuka makan. 
Kacau rata dan masak hingga pekat. 
Matikan api dan tabur bijan sebelum dihidangkan bersama cucur udang sedap!

Thursday, May 2, 2019

Makan2 di Anggerik Terrace

Asalamualaikum dan salam Khamis...

beberap hari menjelang nak puasa, makan makan menambah lemak kat sini... memang sungguh lah bertambah2 lemak dengan portion yang sangat besar... as if untuk 2 orang makan setiap satu order tu. sesuai sangat untuk yang memang big eater! memang tak terhabeskan lah untuk kak rose, even en asben pun...

 fish n chips yang kak rose order...  biggggg portion kan, tapi laaaaama tunggu baru dapat 😒

 chicken chop untuk en asben... memang cenggini size hidangan dia. macam dua portion kan.

 butter chicken pun boleh untuk makan 2 orang.. rasa wise so so je buat kak rose yang tak berapa suka dengan menu ni..

 spaghetti bolognese yang a bit watery, datang dah siap bergaul cam tu.. dan rasa pun sangat kurengg... so this menu is such a no no lah.

 honey lemon tea yang sedap. tapi sayang, hirisan lemon yang sangat nipis. nasib baik ada rasa lemoney dalam teh madu tu..

first time dengar resepi ni, may be kalau g next time boleh mencuba yg ni pulak..

Wednesday, May 1, 2019