Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, May 7, 2018

Roti jala dan kari leftover

Asalamualaikum dan salam pagi isnin, semuga ceria selalu...

 hehe... siap bagi tau, kari leftover gitu! ya memang kauh kari leftover, baru lah ada kerajinan nak bersauna didapo menjala untuk minum petang kami... baik mengaku saja, memang tak lah rajin saja2 buat kuah kari unruk nak makan dengan roti jala ni. kuah kari untuk lauk dan jugak utuk cicah dengan roti jala... musahkan kerja tukang masak! two in one gitu, kekdahnya!

resepi roti jala yang kekal lembut walaupun dah sejuk ni kak rose kongsikan kat sini lagi... kalau rajin anti bulan puasa boleh lah membuatnya lagi... terima kasih Azie yang kongsikan resepi ni...

Roti Jala

Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning
 
Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

Sunday, May 6, 2018

Makan2 di hadramawt kitchen

 makan makan di hadramawt kitchen, glenmarie

 
 chicken kebab sandwich... so so je, the wrap tu keras bila dah sejuk!
 fahsa n mulawah bread... order yang medium size jer, tapi lebar macam 32 inch kuali!

 nasi arab n ayam madghot yang tertimbus... yummy. suka dengan tekstur ayam yang sangat lembut dan cukup rasa rempahnya.

 
 the drinks - lime, orange n sky juice jer for me

 manisan yang ada jual kat situ... yang ni tak beli pun.
 
another manisan, but with different nuts filling

Saturday, May 5, 2018

Sup ayam berkerim

 Creamu chicken soup kelam kabut kak rose bagi nama... masa kak rose tengah masak ni, tetiba kawan called nak ajak g ziarah kawan yang admitted kat sdmc, sekarang jugak nak pergi katanya! apa lagi kelamkabut lah dibuatnya... kak rose mintak dia bagi 15 minits nak siapkan dinner kami ni... dah melegak terus masuk dalam blender sekejap jer... konon nak bagi halus lah soup tu, tapi ini lah jadinya.. tak smooth dan masih berketul2... lantok lah labuuu... yang makan pun bukan tak dak gg kan... kunyah lah ayam yang tah hancur halus tu... hihi

malam balik dari sepital tu barulah dapat makan, tapi tak lah rajin nak mengalterkan lagi sekali. makan jer lah soup seadanya ni... resepi creamy soup tu kak rose kongsikan kat sini ya.. dulu pernah tepek kat sini, cantik kejadiannya! naik lift tekan sendiri, nampaknya....😜😜

Bahan2:

  • 50 g butter/margerine
  • 1 bj bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 keping dada ayam- hiris nipis
  • 2 kiub ayam
  • 1 liter air
  • 1/2 tin susu sejat
  • 1 sk dried oregano
  • garam 
 Cara2:

  • Cairkan butter/margerin dan tumis bawang besar sampai layu.
  • masukkan bawang putih dan tumis lagi.
  • masukkan ayam dan masak sampai ayam betul2 masak. masukkan sedikit air dan kuib ayam. masak sampai kuib ayam larut.
  • kecilkan api dan masukkan tepung gandum. kacau sampai rata.
  • masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga tiada ketul2. gunakan whisker jika perlu.
  • masukkan susu dan masak dgn api sederhana sampai sup mendidih. 
  • perasakan garam dan masukkan oregano.
  • siap! sgt sedap dimakan bersama garlic bread..

Friday, May 4, 2018

Apakan daya ku...

bila tukang beli tak beringat that tukang makan ni tak nak la menda2 macam ni... tapi bila dah ada kat dalam fridge tu, tukang makan ni lah jugak yang tak dapat nak menahan dari bukak tutup fridge... apa lagi bila tinggal sorang jer kat rumah ni.. boleh berulang2 pulak mencedoknya...😜😜😜 itulah namanya geleng dikepala dihati hendak... lantak lah labu... berebut lemak nak menepek! apakan dayaku nak menahan...huhu

 perisa baru kononnya... nak jugak mencuba merasa... sedap eh, lepas sepotong, nak lagi pulak!

tukang beli tak makan lagi, tapi rasanya tinggal separuh jer! 😋😋😋 u know who lah yang makan tu kan! so, tukang beli jangan lah bising2 kalau tukang makan ni dah kembang semangkuk!

Thursday, May 3, 2018

Mee udang sedapppp

 mee udang resepi dari rosjintanmanis yang berada nun jauh dijepun... tiap kali nak buat mee udang, resepi ni lah yang kak rose guna... pernah sekali tu guna resepi yang lain, tapi rasanya tak dapat menepati tekak jawa kak rose ni... agaknya dah terbiasa dengan resepi yang ni, so bila try yang lain memang tak ngam lah jawapnya... itu pada kak rose la... tapi kalau tak try, mana nak tau la kan..

 resepinya... untuk kuah tu kak rose suka buat lebih n frozenkan... nnti bila nak makan just reheat n masukkan udang dan fish cake tu... mudahkan kerja tukang masak kan...

Bahan-bahanye

2 ikat spagetti  (kak rose guna 1/2 paket spaghetti yg 500gm tu)
6 ekor udang harimau saiz besar
2 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar (saiz sederhana)
4 sudu besar minyak masak
1/2 paket bebola ikan (kak rose gantikan dengan fish kek, itu jer yg ada stok!)
1 cawan santan pekat
1 cawan air

bahan sampingan
1/2 ikat kangkung di rebus
 2 biji telur rebus
sedikit tauge, buangkan ekornya
bawang goreng

Caranya

1. Blender bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan minyak dan masukkan cili kisar dan bawang yang telar diblender tadi, pastikan cili betul-betul garing, kemudian cedok sedikit minyak cili tadi lebih kurang 2 sudu besar dan ketepikan. (yg ni kak rose omit) Teruskan menumis dan masukkan udang kering.

2. sementara itu, buang kulit udang dan rebus kulit udang untuk dijadikan stok, setelah air stok udang mendidih masukkan isi udang dan rebus hingga udang masak, isi udang ditos dan ketepikan. (kak rose tak ikut yg ni, tp terus masuk udang dalam kuah... kira malas la dah tu!)

3. Setelah bahan tumis garing masukkan air stok udang dan santan, setelah mendidih baru masukkan air dan fish ball dan udang. sesuaikan rasa, masukkan garam. masak hingga agak pekat kuahnya, tapi jangan pekat sangat, agak-agak je.

4. Rebus spaghetti dan toskan.

5. Celur kangkung dan rebus telur, setelah semua bahan sedia, cara penyediaan, letakkan spagetti dahulu di dalam bowl saiz biasa, kemudian curahkan kuah, atur udang, sawi, telur rebus diatas pemukaan mee dan tabur sedikit bawang goreng sebagai hiasan, akhir sekali jangan dilupa baki minyak lada yang di cedok tadi, curahkan sedikit bagi menyerlahkan lagi warna kuah, sedia untuk dihidangkan, anda pasti menggemarinya.

Wednesday, May 2, 2018

Glamor gituuuu..

beli 2,  dapat free pinggan comel ni....

Tuesday, May 1, 2018

Swedish meatball a la ikea

 nak makan meatball tapi tak nak g ikea?... no problem lah kan... cik google akan sentiasa memberikan idea camner nak copycat resepi. dan terima kasih pada sifu masak2 yang juga sangat generous untuk kongsikan resepi yang mudah dan sedap2 ni... terima kasih sangat2... dapatlah kak rose buat sendiri tanpa perlu berasak2 kat tempat femes tu kan... jimat lagi! dan guna jer bahan2 apa seadanya kat dapo kita tu... yang penting jadi dan sedap lah kan..

Bahan-bahan

meatball jenama Marina secukupnya

rebuskan bebola tu, pas tu goreng sekejap jer, rasa bebola tu lebih lembut dan juicy
kentang wedges goreng secukupnya 

brokoli dan carrot - celurkan.


 Sauce Gravy 
 
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
1 biji bawang besar kuning - didadu kecil
2 biji tomato sederhana besar - didadu kecil
1 1/2 cwn air sejuk
100 ml susu segar/susu cair
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam (kak rose omit this one)
1 sudu gula
serbuk beef gravy segera/1 kiub pati daging


Cara penyediannya
1-  Cairkan butter guna api perlahan. Tumis bawang hingga bawang layu dan warna kecoklatan. jgn sampai garing.
2-  Masukkan tepung gandum. Kacau hingga berubah warna sedikit coklat. masukkan tomato dan biar hingga tomato layu.
3-  Masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub ayam, gula dan beef gravy. Kcau rata dan biar sampai mendidih.
4-  Sentiasa kacau bagi tak berketul. Perasakan dgn garam jika terasa tawar. 


Kalau kuah terlalu pekat, campurkan sedikit air, dan jika cair, tambah sedikit air tepung jagung.
5-  Kacau sebati. Tutup api, blender gravy tadi hingga halus. Tuang semula dalam periuk dan didihkan sebentar. Kacau sentiasa. Apabila sudah mendidih, tutup api dan tuang atas meatball. yummy!
marina beef ball yang kak rose guna...