Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, December 7, 2015

Cekodok pisang gebus.

 cekodok pebret sepanjang masa... asal nama cekodok, isi apa pun la... memang jadi kesukaan semua dalam rumah ni. apa lagi dapat dinikmati masa panas2 bersama secawan kopi, memang ngam sangat la tu... dan kalau tak habis makan pisang yang dibeli, akhirnya cekodok ni la jadinya... gebus n tembam jer cekodok ni.

resepi kak rose cnp dari blog ita, kak rose kongsikan kat sini lak ya...

8 biji pisang emas ~ pisang yang lain pun boleh (kak rose guna 4 biji jer pisang cam kat atas tu)
3/4 camca teh soda bicarbonat
1 sudu teh baking powder ~ ita tambah
1 camca besar gula peerang
1/3 camca besar gula halus
1 cawan tepung gandum ( lebih atau kurang ikut adunan kalau terlembik tambah sikit tepung )
1/4 camca teh garam halus
Minyak untuk menggoreng

Kupas pisang, lecek bersama gula, garam, baking powder dan soda bikarbonate hingga hancur.


Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2, mat buat dalam 10 biji macam tu, sebab ianya akan kembang. 
Tapi ini bergantung pasa saiz kuali yang anda gunakan.
Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap.

Saturday, December 5, 2015

Kuih getas getas

 kuih getas getas untuk minum petang... mudah jer buatnya dan yang penting tak meletup sky high gitu! terima kasih pada sifu masak2 yang kongsikan resepi dan petua untuk tidak meletup semasa goreng kuih ni.... sentiasa balik2kan semasa menggoreng, Insya Allah tak kan meletup dan gorengan pun masak rata... kak rose cnp dari blog Gee resepi kuih getas ni... siap ade petua nak buat sira gula tu... mekasih Gee.

Bahan-bahannya:-

250gm tepung pulut
20gm tepung gandum
150gm kelapa parut putih/kelapa parut muda
130-150ml air (jangan terus tuang semua, tuang sikit-sikit dulu)
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng


Cara-caranya:-
Satukan kedua-dua tepung dan kemudian masukkan kelapa parut serta garam. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan ia tidak terlalu lembik.
Biarkan sebentar selama 10 minit
Buatkan bulat-bulat kecil dan kemudian leperkan. Susun di atas bekas yang disapu sedikit minyak.
Panaskan minyak dengan api sederhana.
Apabila agak panas, goreng kuih sehingga kekuningan
Pastikan anda sentiasa balik-balikkan kuih supaya tepung tidak mengelembung dan pecah.
Bila dah kekuningan, angkat dan toskan dengan tisu masakan.
 
Menyira gula :

1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air

Cara-caranya:-

Masukkan gula dan air kedalam kuali yang agak besar. Masak dengan api sederhana......api sederhana ye bukan api kecil atau api yang kuat.

Jika anda perhatikan buih-buih tu mula-mula ia akan memenuhi bahagian tepi dan kemudian ia akan merebak kebahagian tengah.

Biarkan ia selama 7 minit.


Apabila sudah 7 minit, cuba titiskan setitik air gula atas piring dan kemudian guna jari telunjuk sentuh air gula tadi dan temukan jari telunjuk dengan ibu jari. Lekat-lekatkan beberapa kali.....ia dikira sudah 'menjadi' bila anda rasa ia melekit-melekat dijari dan akan menghasilkan ketulan-ketulan halus kat jari. Kalau tak.....biarkan satu minit lagi. Ketika saya buat ia dalam 9 minit baru saya tutup api. So pastikan pada sukatan diatas, tempoh masak air gula supaya ia pekat adalah dalam 8-10 minit. Jika lebih 10 minit anda akan dapat gula hangus.
Terus matikan api dapur ye.

Kemudian baru masukkan kuih-kuih yang anda hendak sira ke dalam kuali dan kacau sampai bunga-bunga gula keluar. 

Friday, December 4, 2015

Udang goreng tepung kfc

 udang goreng salut tepung kfc, gandingan dengan ayam paprik ari tu... sempoi yet nice dan pas tu memang tak cukup tangan menggaru... kak rose makan pun setakat merasa asalkan jangan kempunan, sebab sangat allergic dengan seafood sekarang ni.... tapi ubat memang sentiasa ready, cuma tak sanggup nak menahan gatal tu la. so sendiri mau ingat la kan.. kak rose kongsikan resepinya... tapi kalau nak buat sikit macam kak rose ni kena pandai2 la mengadjust kan ya..

 Bahan-bahan
  • 1kg Udang (kalau nak ganti dengan cendawan/sotong pung boleh)
  • 1 biji putih telur
  • Minyak Masak
  • Tepung goreng serbaguna (kak rose guna tepung kfc)
 

Cara-cara

  1. Panaskan minyak ke dalam kuali dan pukul telur putih sehingga berbuih
  2. Celupkan udang kedalam putih telur selama 3-5 minit
  3. Udang yang telah dicelup putih telur, salut dengan tepung goreng serbaguna.
  4. Goreng udang yang telah disalut tepung sehingga keperangan
  5. Sedia dihidangkan

Thursday, December 3, 2015

Al-Fatihah

 Bismillahhirohmannirohim... kesedihan berturut2 buat kami sekeluarga... Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali... itu lah yang terjadi pada kami sekeluarga. selepas 3 bulan Arwah bapa meninggalkan kami, kini adik kak rose pulak dijemput Ilahi untuk menemuinya pada hari Khamis 3 December 2015, setelah almost 3 tahun bertarung dengan penyakit kansernya.. Actually dia telah disahkan bebas kanser dan cuma diminta untuk menjalani pemeriksaan susulan setiap 6 bulan... dan sepanjang tempoh itu seem everything went on smoothly sehingga lah awal bulan lepas, penyakitnya berulang kembali... dan masa dapat detect tu dah terlalu lewat... sangat cepat kuman kanser merebak.

After hospitalized for 28 days, dia pergi dujemput untuk menemuiNya dan hilanglah segala kesakitan yang ditanggung selama ini. Berehat dan damailah disana dik, semuga rohnya ditempatkan bersama2 orang2 yang beriman.... Al-Fatihah.

Ayam paprik

 lauk 2 dalam satu,  bulan lepas punya masak.... senang keja kan, dammm semua sekali dalam tu dah ada lauk dan sayur jugak... dan sedap pulak tu makan dengan nasik panas2 dan udang goreng tepung kepci...

Bahan-bahan


  • 300 gm isi ayam - potong kecil/kiub
  • bunga kobis/carrot/tomato/celery - dipotong kecil
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 1 ulas bawang besar - dipotong baji
  • 1/2 inci halia - diketuk
  • 1 batang serai - diketuk
  • 6 ulas cili padi - diketuk (ikut kepedasan memasing la ya... kak rose buh sebiji jer!)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos ikan (x letak sbb I dont like the smell!)
  • 3 helai daun limau purut - dikoyak-koyak
  • Garam secukup rasa (jika perlu)
  • 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
  • Satu cawan air (jika suka berkuah)

Cara-cara

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang besar, serai, halia dan cili padi hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam, goreng dan kacau hingga nampak ayam dah putih.
  3. Masukkan semua sos dan daun limau purut. Tambah air untuk kuah, kacau lagi.
  4. Masukkan semua sayuran kecuali tomato masuk lambat sikit.
  5. Rasakan kuah, kalau kurang masin je br tambah garam (sos ikan selalunya dah cukup masin).
  6. Masukkan tomato dan tepung jagung untuk pekatkan sikit kuah. Siap untuk dihidang.

Wednesday, December 2, 2015

WW: It's free

happy wednesday kawan kawan

Tuesday, December 1, 2015

Asam pedas ikan kembung

 Selamat pagi dan salam 1 December.... cepat sungguh masa berlalu kan... sebulan lagi genaplah kak rose berpindah ke Penang ni. masa berlalu dan memasak pun kena buat jugak untuk keluarga tersayang... dan kali ni kak rose masak asam pedas ikan kembung tapi tak de dayang pengiring segala... togel saja. dan mak aiiiii!!! mahal sungguh ikan kat pasar sekarang ni, ikan kembung yang tak berapa beso ni pun rm15/kg, nasib baik dapat yang fresh...  boleh la buat masak asam pedas ni...

resepinya kak rose copy dari blog CMG, mekasih ya Mat...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 - 4 ekor ikan kembong saiz besar
10 batang bendi, cuci dan toskan (kak rose tak de)
15 biji tomato ceri
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
1 genggam daun kesom, cuci dant toskan
1 1/2 senduk nasi cili kisar
3/4 camca teh lada hitam, tumbuk halus
1 kiub pati ikan bilis
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
3/4 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Serai - yg ni kak rose tambah

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
2 keping hirisan halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan (x letak)
2 biji cili merah, dibuang biji


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, cuci bersih dan toskan (terpulang pada anda sama ada nak kerat dua ikan tadi atau tidak, che mat biarkan saja seko2). Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan), tums hirisan bawang merah dan putih hingga wangi dan perang.
  2. Masukkan bahan2 kisar halus dan masak hingga harum, tambah cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 1 liter), kacau rata dan biar mendidih. Tambah kiub ikan bilis (hancurkan), lada hitam tumbuk, bendi dan bunga kantan. Masak sekejap dan masukkan ikan. Kacau perlahan, masukkan daun kesom. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikt gula. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan telur dadar.