Lanai Kijang
Monday, January 11, 2010
Frozen karipap
Ari ni merajinkan diri buat frozen karipap ..... tapi x goreng lagi sebab tak de orang di rumah..... jadi kak rose frozenkan..... bila2 nanti bolehlah goreng.... inti ayam dan kentang versi kak rose sendiri..... janji sedap dan anak suka makan kira ok la tu kan..... kulit karipap amik dari rumah ros cdbt .....dah siap uli masuk dalam plastik dan simpan jap dalam fridge..... kuarkan, ramas2 jap untuk dapatkan texture yang lembut dan halus dan bolehlah terus mencanai..... tima kasih ros kongsi petua ni..... dan kak rose nak kopipes dan tepek kat sini ya untuk rujukan kemudian nanti......(psssstttt... jari keras tangan ni x pandai mengelim yang cantik macam ros buat tu.....)
Pastry rangup
3 cawan tepung gandum
1/3 ( suku) cawan minyak masak ( dipanaskan)
2 sudu besar marjerin
air sejuk berais ( ni ikut lembut doh)
1 sudu kecil garam
Caranya
1. Curah minyak yang dipanaskan ke dalam tepung dan gaul dengan sudu, bila dah sebati baru masukkan marjerin, gaul tepung sehingga tepung seakan serbuk roti, kemudian masukkan garam dan air sejuk , uli hingga doh tidak melekat pada tangan.
2. Selepas itu masukkan dalam plastic bersih dan ramas lebih kuran 5 hinnga 8 minit, keluarkan dan uli sekejap, akhir sekali masukkan dalam plastic bersih dan perap dalam peti ais lebih kurang 30 minit hingga satu jam, langkah ini penting untuk menghasilkan doh yang rangup dan elok terksturnya. setelah diperap bulehah diterap dan mulakan proses mengelim, tulah cara yang selalu ros buat, cara ni ros belajar masa kat sekolah memasak dulu...
Puding roti marble
Puding ni wat ari tu..... saja buat untuk nak bagi kat jiran2 baru kak rose kat sini.....banyak kali dah buat ni dan banyak kali juga dah tepek resepinya kat sini..... kali ni nak tepek lagi.... amik dari rumah hana dan ramai juga yang telah buat puding ni.... sedap sangat.... tima kasih hana kerana share resepi yang sedap n sempoi ni.....
Bahan-bahan
- 4 keping roti
- 2 biji telur
- 1/2 cawan susu pekat
- 170ml susu cair
- 8gram serbuk agar2
- 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
- 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
- 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
- 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
- Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
- Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
- Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
- Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
- Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
- Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!
Streamyx siput
Salam pagi isnin yang x berapa indah..... bukan apalah... sejak pindah ni bermacam masaalah dengan straemyx ni.... lembab mengalahkan siput babi..... siput ke yang salah atau service ni yang x menyenangkan hati..... nak up-date blog pun dah rasa malas..... ingatkan bila dah duduk kat town ni service ok le.... tapi hampeh.... dah 3 hari intenet tersangatlah lembabnya.... grrrrrr.... geram sangat2... oh streamyx ku..... nak upload satu pic ni pun jenuh menunggu......
Pagi2 abang da g outstation, busu pulak g Genting Highland ngan Afiq, anak buah yang baru datang dari JB dan belajar d Tylor College. Lepas jogging pagi tadi tu bersihkan pokok bunga yang terbiar didepan rumah tu.... dan bunga tu kak rose amik sebelum cantas semua pokok, ingat nak re-do.... kalau rajin lah......
Friday, January 8, 2010
Kasut Busu
Motor baru
Bye Bye Langkawi
Tarikh 29 Dec 2009, kami memulakan perjalanan meninggalkan Langkawi for good berpindah ke KL - Shah Alam sebenarnya. Terasa sedih juga meninggalkan kawan2 dan segalanya yang pernah kita kongsi bersama di sini.... tapi ini adalah pilihan kami sekeluarga untuk berpindah.... tarikh perpindahan yang telah lama sangat kami idamkan setelah 4 tahun berada di sini... kini tiba masanya untuk ucapkan selamat tinggal Pulau Langkawi.... ada masa dan rezeki nanti kita datang lagi..... selamat tinggal semuanya....
Thursday, January 7, 2010
Salam dari Shah Alam
Salam dan selamt bertemu kembali.......
At last..... setelah lama menunggu dan bertekak dengan TMpoint d Shah Alam akhirnya ari ni kak rose boleh berintenet semula. Sejak dismantle the computer on Dec 27th hinggalah ari ni baru dapat line semula. Janjinya TM Langkawi akan uruskan semua perpindahan acc dan cuma kena pegi ke TM shah alam untuk connection.... tapi yang lain pulak jadi.... TM shah alam x terima apa2 data dari Langkawi.... dan kena apply all over again..... kaunter girl kata kena tunggu 15 working days......naik angin jugak dibuatnya....dan akhirnya kami insist nak jumpa manager dan dia cuba tolong secepat yang mungkin.... dan selepas 2 hari menunggu kami dah dapat line strymix ni.... terima kasih Pn Arfaizah.....
Kami bertolak dari Langkawi pada 29 dec 2009 flight 3.40 petang (flight delay 30 mts) dan sampai di KLIA jam 5.10ptg, terus amik limo and reach by 6.20 pm. Amik kunci dan masuk rumah baru kami d Shah Alam..... alangkah terperanjatnya melihat keadaan rumah yang x terurus kerana lama di tinggalkan.... apa pun akan kami uruskan sedikit demi sedikit dan penghulu di sini pun banyak menolong mana yang patut.... yang boleh buat sendiri kami uruskan sendiri..... hingga kini masih banyak yang belum settle ...... nantilah akan kak rose buat pelan2.....
Rindunya nak melawat rumah orang yang selalu kak rose singgah dan cari segala info tentang masak2 dan segalanya..... sampai nanti ..... kak rose nak g jenjalan rumah dan dapur orang dulu ya.....

Subscribe to:
Posts (Atom)