Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, November 22, 2020

Buah melaka pandan

bila teringin nak makan kuih macam masa berbuka pada bulan puasa, maka merajinkan diri lah kita... gigih mencari gula melaka yang macam selinder tu untuk buat kuih sedap nih. pernah buat guna gula nise yang keping tu, tapi tak mo cair lah pulak duk dalam buah tu... tak best la kan. so kali ni memang ngam sangat,  cair meleleh isi buah melaka tu. puas hati tukang masak dan tukang makan jugak.

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 5 helai daun pandan
  • Gula melaka di potong kiub kecil
  • Kelapa parut (gaulkan dengan garam halus secukup rasa)
  • Sedikit pewarna hijau

Cara Penyediaan:

  1. Didihkan air 3/4 penuh dalam periuk.
  2. Kisar daun pandan bersama sedikit air dan tapis. Kemudian campur air pandan tadi dengan sedikit pewarna hijau dan tuang air sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung pulut dan tepung beras sehingga menjadi adunan yang boleh digentel.
  3. Ambil sedikit adunan, leperkan atas tapak tangan dan letakkan gula melaka sebagai inti. Tutup rapat dan bentukkan bulat.
  4. Rebus dalam air mendidih sehingga buah melaka timbul. Angkat dan toskan.
  5. Salut buah melaka dengan kelapa parut di campur dengan sedikit garam, gaul rata dan hidangkan.
 

4 comments:

Syaz Rahim said...

gebu je yumsss

cahayahidupku.blogspot.my said...

Aduhaiii kak rose..
Mcm nak menghulur piring 😂🙈
Nak buat M tengah melanda..

nanas128 said...

Situs Online Terlengkap Dan Terpercaya

Satu User Id untuk Semua Permainan Online

Bandar Online Terbaik Mbo128

WhatsApp : 0852-2255-5128

Siti Yang Menaip said...

ini xleh makan sebiji dua.. kena ngap banyak2 hehe..
ralit makan tunggu pop dalam mulut..