Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, January 10, 2019

Mee udang

 mee udang mengunakan resepi yang sama, yang pernah kak rose buat berkali2... dan tiap kali nak buat mee udang pasti resepi keeper ni lah yang jadi pilihan... pernah buat guna resepi yang lain, tapi yang ni jugak tetap jadi pilihan. memang sedap dan kak rose sangat rekomenkan pada sapa2 yang nak mencuba buat mee udang, resepi ni memang terbaik lah...

Bahan-bahanye

2 ikat spagetti  (kak rose guna 1/2 paket spaghetti yg 500gm tu)
6 ekor udang harimau saiz besar
2 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar (saiz sederhana)
4 sudu besar minyak masak
1/2 paket bebola ikan
1 cawan santan pekat
1 cawan air

bahan sampingan
1/2 ikat kangkung di rebus
 2 biji telur rebus
sedikit tauge, buangkan ekornya (pun tak de)
bawang goreng

Caranya

1. Blender bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan minyak dan masukkan cili kisar dan bawang yang telar diblender tadi, pastikan cili betul-betul garing, kemudian cedok sedikit minyak cili tadi lebih kurang 2 sudu besar dan ketepikan. (yg ni kak rose omit) Teruskan menumis dan masukkan udang kering.

2. sementara itu, buang kulit udang dan rebus kulit udang untuk dijadikan stok, setelah air stok udang mendidih masukkan isi udang dan rebus hingga udang masak, isi udang ditos dan ketepikan. (kak rose tak ikut yg ni, tp terus masuk udang dalam kuah... kira malas la dah tu!)

3. Setelah bahan tumis garing masukkan air stok udang dan santan, setelah mendidih baru masukkan air dan fish ball dan udang. sesuaikan rasa, masukkan garam. masak hingga agak pekat kuahnya, tapi jangan pekat sangat, agak-agak je.

4. Rebus spaghetti dan toskan.

5. Celur kangkung dan rebus telur, setelah semua bahan sedia, cara penyediaan, letakkan spagetti dahulu di dalam bowl saiz biasa, kemudian curahkan kuah, atur udang, sawi, telur rebus diatas pemukaan mee dan tabur sedikit bawang goreng sebagai hiasan, akhir sekali jangan dilupa baki minyak lada yang di cedok tadi, curahkan sedikit bagi menyerlahkan lagi warna kuah, sedia untuk dihidangkan. 

2 comments:

Amanda Suria said...

NAMPAK SEDAP DAN NAMPAK SENANG NAK BUAT NANTI NAK CUBA LA..THANKS SHARE RESEPI

Kak Rose said...

mmg sedap, cubalah Amanda. pasti tak rugi mencubanya!