Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, January 2, 2019

Aapam nasi

Salam rabu dan apam nasi entry masak2 pertama tahun 2019... 

 walaupun buat apam ni beberapa hari diakhir tahun lepas, tapi nak jugak buat entry ditahun baru... dua tahun resepi terpendam apam nasi ni... macam lama benar dah, tapi actually cuma tahun jer yang bertukar ganti... apa pun apam ni hanya tinggal sejarah, tinggal gambar jer ..hihi

 memula tu ade sedikit kerajinan, buat lah dalam acuan kecik2 comel cenggini... bila dah lepas dua loyang pengukus, terus jer gedebuk dalam satu loyang beso tu... kesabaran dah hilang melayang kelaut dalam...  resepi yang sama, acuan saja berbeza dan masa mengukus juga bertambah lama.. meh kak rose kongsikan resepinya kat sini ya...

 
 Bahan-bahan

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar (kak rose guna gula putih sepenuhnya)
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara

  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

3 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Alahai. . Cantik dan comel, selera betul nak makan

Norlaili A Wahab said...

Sedap ni kak rose 😋
Selamat tahun baharu ya ♥

simplyremedies said...

saya suka kuih ni,
tq for the resepi boleh cuba buat ni, anak saya pasti gemarkannya