Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, May 4, 2021

Iftar #21 sayur campur campur

Alhamdulillah untuk berbuka petang semalam. sayur campur campur semua taruk lah kiranya. ada carrot, cauliflower, celery, kacang peas dan udang..sedikit renyah nak sediakan, walaupun sikit tapi banyak jenis kan.. dan udang yang keras kejung pun nak kena defrost dulu... so semuanya kena siapkan awal2 dan sampai masa nak masak tinggal kedebum semua dalam kuali.. nak sediakan semuanya tu yang amik masa, masaknya sekejapppp je, bak kata belalang, kan.
ikan selar yang besar gedabak ni seekor kak rose buat masak asam dan seekor lagi biarkan goreng gitu jer, ada orang tak makan ikan yang berkuah2 kan... so kena lah buat dua version!
dan lauk simple yang paling best, telor goreng a la thai cara kak rose lah.. memang sedap makan masa panas2.. so yang ni kak rose gorengkan selepas solat maghrib lah..
cucur udang ni dah kali kedua kak rose buat masa bulan puasa ni.. atas permintaan, so tukang masak buat jer lah sementelah bahan pun ada kan.. ada taugeh, carrot yang disagat, daun kucai, bawang merah, udang cincang, telor gaul semua lah dalam tu dan gorengkan. lembut gebus walaupun dah sejuk masa berbuka tu.. cicah pulak dengan sos cili yang kak rose buat lagi, kali ni buat banyak untuk stok lah sekali, so nanti kalau nak mencicah, dah siap ada kan..
yang ini memang pebret sepanjang masa lah... buah mangga belalai gajah dan kiwi hijau. kenapa dan dari mana mangga tu dapat nama cam tu pun tak tahu lah... cuma bila tengok resit bayaran baru tahu ni mangga belalai gajah. ganas kan namanya... kalau pada kak rose lah, mangga semua sama cumanya manis dengan tidak jer. aduhai!!!!
 

Monday, May 3, 2021

Iftar #20 stock-up buah

Alhamdulillah, rezeki untuk berbuka di puasa hari ke 20 ramadhan... mewah dengan buah yang kak rose stock up untuk minggu ini..
ni lah buah yang petik di dusun semalam... ada mangga belalai gajah, sun melon, pisang berangan, tembikai merah, kiwi zespri kuning dan hijau.. harap cukup lah untuk seminggu..
ada jugak beli keledek kuning semalam tu, so en asben mintak nak makan buah melaka keledek ni. kita buatkan jer lah ya... sedap dan sangat lembut bila ada campuran keledek lenyek dalam bancuhan tepung pulut tu. dapat pulak gula keping yang pure punya, memang cair dalam tu..
sayur untuk semalam, taugeh, daun kucai dan tauhu lembut goreng dengan udang.. habis lah kami makan. buat pun memang untuk sekali makan jer kan..
masak lemak cili api telo itik, beli pack yang empat biji tu, tapi sayang sebiji dah macam tak elok, kuning dia dah pecah dan nampak cair jer... so dapat tiga biji jer la gulai ni... cukup sorang satu jer untuk sekali ngadap. Alhamdulillah x berbaki, selamat fridge untuk hari ini.
tapi yang paling best buat kak rose, ikan masin gelama goreng ni... bila digandingkan dengan masak lemak tu memang ngam sangat lah. ayam goreng pun tak pandang dah. ada tak yang macam kak rose ni bila ada masak lemak macam ni mesti nak gandingkan dengan ikan masin.. bertambah2 nasik!
 

Sunday, May 2, 2021

Iftar #19 less is more..

Asalamualaikum dan salam ramadhan ke 20 dah hari ini... semuga bertambahnya hari berpuasa, bertambahlah juga ibadah2 yang lainnya... dan semuga segala ibadah dan amal kebaikkan yang kita kerja dan amalkan itu akan diterima oleh Allah. Aamiin. dan jadi tukang masak untuk sediakan menu berbuka juga merupakan satu antara ibadah kita dibulan puasa kan.. dan untuk kak rose yang kebiasaannya masak hanya weekend, kini hari2 bersilat didapo untuk sediakan menu berbuka ni. walaupun masak yang simple2 jer, tapi kekadang tu pening kepala juga nak sediakan.. setiap hari akan tanya tukang makan, sama2 sediakan menunya, tukang asak akan sangat happy untuk sediakan..
dan menu berbuka petang semalam, semuanya dari permintaan en asben yang nak makan kuih manis ni. bila dah ada menunya, senang lah tukang masak ni nak sediakan kan. apam perlis inti pes kacang merah yang sedap.. buat separuh adunan jer, sebab cuma untuk kami berdua..
buah lai dan rock melon.. stok terakhir sebelum kena g dusun lagi pagi ni... both manis n crunchy, bila makan ni dan minum air nescafe o kosong hangat2 tu memang boleh terus kenyang lah...
mee hoon goreng juga atas permintaan en asben... tak nak makan nasi, katanya so kita ikutkan jer. tapi kan.... bila dah kenyang makan kuih dan buah tu, mee ni goreng sikit jer pun masih banyak berbaki.. sapa lah pulak yang nak tolong abeskannnn ni.. bersusun dah tipuware dalam fridge dengan leftover!
 

Saturday, May 1, 2021

Iftar #18 pulut serunding ikan

Asalamualaikum dan salam Ramadhan ke 19... semakin menghampiri ke penghujung dah bulan mulia ni... tapi sayang dalam keadaan norma baharu, semuanya pun dalam keadaan yang sangat berbeza dari tahun sebelum2nya... solat tarawih pun buat sendiri2 dirumah setelah pada awal ramadhan tu jemaah terawih dan tadarus muslimah dah ada yang disahkan positive covid dan telah menjangkiti at least 5 keluarga, dan hingga kini semua masih dalam rawatan di maeps serdang dan seorang ibu jemaah masih dalam unit rawatan rapi di hospital sungai buluh. semuga Allah berikan kesembuhan buat semua, dugaan sungguh dibulan ramadhan ni kan. apa pun kita smua jaga diri dan keluarga semuga dijauhkan dari segala wabak bahaya ini. jom lah sediakan juadah berbuka kita pulak.
semalam ada sedikit rajin, kukus pulut siap kaler daun pandan dan pewarna hijau bagi cantik2 baru lah berselera nak makan kan.. dan serunding ikan tu kak rose buat masa belum puasa lagi, so boleh lah makan dengan pulut tu. goreng juga potato wedges, tak habis makan pun.
buah jambu batu dengan serbuk asam yang sedap ni... meratah jambu ni pun boleh kenyang dah.
lauk legend yang teringin sangat nak buat setiap bulan puasa... so simple yet sooo sedapnya la haiii
gulai daging leftover pun ada banyak lagi, so panaskan untuk lauk kali ni... tapi kak rose tak makan pun yang ni. telor mata dengan kicap tu dah cukup dah!
sayur baby kailan goreng bodo2..tetap sedap digandingkan dengan telo mata kicap tu. Alhamdulillah dengan rezeki dibulan puasa ni..
 

Friday, April 30, 2021

Iftar #17 Nasi goreng jer

 Asalamaualikum dan salam Ramadhan ke 18 dah hari ini...

seharian kak rose bz yang entah apa2.. tp buzy lah kat luar... pagi tu teman anak beli stroller dan baby swing untuk sikecik tu... tu pun dah memakan masa kan, kesian betul masa macam ni, susah jugak nak membeli barang keperluan bila dalam pkpb macam ni. bukan x boleh nak beli on line, tapi macam tak ada rasa kepuasan bila barang yang kita oder tu tak sama  macam dalam gambar or ade defect kat mana2 kan.. so pergi jugak lah ke kedai My Lovely Baby dan pilih Hauck rapid4 stroller dan ingenuity swing untuk baby dia.. ribuan jugak lah koyak poket... tapi tak pe lah, pilih yang elok sikit sbb nak guna lama kan. dah tengahari balik rumah, lepas zohor pulak teman pulak en asben ketempat kerja yang baru di cyberjaya.. nak jugak familiarkan route kesana, maklumlah jalan yang beselirat, kalau tersalah lorong kan ke susah nanti kan.. Alhamdulillah pagi ni dipermudahkan semuanya. Aamiin
so balik rumah dah dekat nak asar, lepas solat terus berkuntau didapo buat popia sayur ni.. dan siapkan rencah2 nak buat nasik goreng tu. nama jer nasik goreng, tapi renyahnya nak siapkan dayang2 nya... udang pun keras kejung dalam freezer lagi.. kan amik masa jugak nak siang..kak rose goreng nasik ni lepas solat maghrib dan lepas isyak baru makan. dapatlah makan nasik goreng panas2 kan... keluarkan sate baki ari tu dan panaskan dalam microwave jer. boleh lah gandingkan dengan nasik goreng bodo2 tu. dan kurma frozen ni dah lama kak rose beli tapi tak termakan... manis ya amat, makan sebiji pun rasa nak minum air sejeluk baru ilang rasa manis tu..
sambil buat kerja yang lain sambil goreng popia sayur ni, separuh dah tapaukan untuk anak dan yang ni je untuk kami. tu pun membawa hingga ke sahur baru habis. bila dah makan buah dan minum air berjeluk2 memang terasa sangat kenyang sangat kan. dan makan nasik lepas isyak.
waktu berbuka memang banyak makan buah, buah apa pun ok jer buat kak rose... tu lah yang buat perut cepat kenyang. Alhamdulillah.
 

Membina keluarga

 


Perkongsian dari fb Puan Adlil Rajiah yang sangat bagus untuk kita amalkan, terima kasih dan mohon share kat sini untuk bacaan yang sudi singgah kat dapo kak rose ni.

 BAB MEMBINA KELUARGA

Baca perlahan-lahan dan cuba amalkan ok?
.
.
🔴 Jaga solat awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Allah akan hujani rezeki pada rumah orang yang jaga solat di awal waktu.
.
🔴 Wujudkan ta'lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta'lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis2. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.
.
🔴 Wujudkan 3 waktu ini dalam keluarga: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual. Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.
.
🔴 Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.
.
🔴 Sebut nama pasangan dan anak2 dalam doa selepas solat, setiap hari.
.
🔴 Banyakkan menyebut "ya arhamar rahimin" (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu— penyayang dan pengasih.
.
🔴 Hindari sikap MALAS. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.
.
🔴 Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.
.
🔴 Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.
.
🔴 Apa ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan koleksi majalah hiburan, games, frame gambar yang ada dalam rumah? Adakah kita akan hulurkan Quran yang dah berhabuk kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.
.
🔴 Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada 3: Tempat tinggal, Makanan, Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.
.
🔴 Rasulullah tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak2, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati hitam.
.
🔴 Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja2 "kotor" sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati—
"Rajiah, kau bukan siapa2, kau takde apa2, kau tak pernah buat apa2. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata."
.
🔴 Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan atau anak—
SABAR.
Betulkan diri sendiri dulu. Kadang2 kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul2 yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.
.
🔴 Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.
.
🔴 Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak2.
.
🔴 Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak2 setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.
.
🔴 Rasulullah tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak2. Baginda bijak menggunakan komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.
.
🔴 Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!
.
🔴 Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!
.
🔴 Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.
.
🔴 Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.
.
🔴 Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.
.
🔴 Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.
.
🔴 Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.
.
🔴 Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.
.
🔴 Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.
.
🔴 Seorang suami perlu ada sifat "ghirrah". (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada. 😂) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.
.
🔴 Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah: Surah At-Taubah, ayat 128-129.
Ini doa favourite Rasulullah saw.
.
🔴 Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat: Surah Ibrahim, ayat 40.
.
🔴 Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita: Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
.
🔴 Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat: Surah Maryam, ayat 1-10.
.
.
Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat, dan menjemput rahmat Allah ke dalam keluarga kalian.
.
Sama-sama kita berlapang dada,
cuba ikut sunnah Rasulullah,
dan perlahan-lahan kayuh kembali kepada Allah.