Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, January 16, 2021

Seadanyaaaa...

bila your tukang makan have to join the isolation team maka tukang masak pun lagi lah tak rajin nak masak... tapi makan tidak lah pulaknya nak malas kan... lagi dengan pkp ni, nak keluar makan pun dah tak boleh... so seadanya jer lah asalkan teralas perut... tukang makan dapatlah makan sedap2 hotel punya.... tapi tetap rindu nak balik rumah lah kan.. bila la covid ni nak abes kan..ni hari ke lima since he is away dan baaaaanyak hari lagi... huhu. tukang makan masak megi je lah..
tapi sarapan macam biasa lah, roti bakar dan nescafe o kosong... balik dari brisk walk baru lah sarapan. nak jalan ditaman pun kena berhati2 dan elak kan dari temat orang ramai. kak rose pergi awal pagi so tak ramai orang lagi... bila dah ramai yang datang berriadah kat taman tu is time to balik lah kan... muga kita semua dijauhkan dari wabak ini, kita jaga kita. ALlah jaga kita dan kita pun kena lah berusaha mengelakkan diri dengan patuhi sop yang disediakan...
 

Friday, January 15, 2021

Kuih cara berlauk

Asalamualaikum dan salam jumaat buat semua... buat kuih cara berlauk untuk minum petang kami. kalau dulu hari jumaat jer mesti ada kuih hari jumaat kak rose untuk bawak g mengaji surah Al-Kahfi setiap pagi jumaat... kini semuanya tinggal kenangan. entah bila lah agaknya boleh stat balik... rindu sangat saat itu, nak gader2, baca Al-Kahfi  ramai2 dan lepas tu makan2 dengan bermacam buah tangan yang kami semua bawak.. happening sangat! kini buat kuih untuk makan sendiri jer lah...

Bahan untuk Inti

200g isi ayam cincang
1 biji bawang besar, dipotong dadu
3 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk kari dicampur dengan sedikit air untuk dijadikan pes
sedikit minyak untuk masak
sedikit daun bawang dan daun sup dipotong halus, potongan cili untuk hiasan
sedikit garam dan gula

Bahan untuk batter :

1 1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur

1 cawan santan
1 1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit pewarna kuning telur
 

Cara-cara membuat kuih cara berlauk:

1. untuk batter kuih cara, masukkan semua bahan dan gaul sebati. Jangan terlalu cair. ketepikan

2. untuk inti, panaskan minyak, tumis bawangputih yang ditumbuk, masukkan pes serbuk kari sehingga naik minyak. masukkan daging dan gaul sebati.

3. masukkan bawang, daun bawang dan garam. gaul sebati. masak hingga kering kuahnya.

4. panaskan acuan kuih cara di atas dapur, sapukan minyak pada acuan, masukkan batter kuih cara. kemudian masukkan inti kedalam batter kuih cara tersebut. hias dengan cili merah dan daun sup.

5. biarkan 7-8 minit atau sehingga kuih masak. 

Thursday, January 14, 2021

Sos harrah untuk nasi arab

Hari kedua PKP2.0. semuga covid ni cepatlah lenyap dan kita semua boleh kembali kepada kehidupan yang ceria seperti dulu, kan... sos yang kak rose buat untuk digandingkan dengan nasi arab kabsah. dah banyak kali buat nasi arab ni, mudah dan sedap lah buat kami naka beranak. sementelah rempah ready made dah ada, jadi mudah lah nak buatnya. dengan nasi yang dah lengkap berperisa, tak perlukan kuah dan lauk yang banyak. jom tengok resepi nak buat sos harrah ni...
 bahan2 untuk nasinya, salad arab dan juga untuk sos harrah ni...

Sos Harrah

2 biji tomato
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil perahan lemon
3 bj cili padi
1sudu tomato paste
daun ketumbar
garam
gula

Kisar semua bahan tanpa air.
Sedia utk dihidangkan

salad arab yang sangat simple yet sedap bila digandingkan dengan nasi arah...
ready nak masak nasi... masuk semua dalam piok, tekan HP 7 minit dan tunggu hingga bip bip bip.... nak resepi nasi arab ni boleh tengok kat sini ya
ha...dah ready nasi arab kabsah dengan dayang pengiring. jemput lah semua....
 

Wednesday, January 13, 2021

PKP 2.0

hari ke 301 sejak PKP yang pertama, kini sekali lagi kita hadapi PKP 2.0


dan PKP kali ini terpaksa dilakukan kerana keadaan peningkatan kes baharu covid yang semacam tak terkawal hinggakan keadaan di hospital telah memenuhi kapasiti dan para frontliners seakan sudah terlalu penat kerana hampir setahun berperang dengan wabak ini. sama2 lah kita berjaga dari jangkitan pendemic ini dan kita semua dijauhkan dari jangkitan... #kitajakita #Allahjagakita. Aamiin

since pkp, pergerakan pun memang terhad, maka kita tapau jer lah kalau nak makan. pecal dari restoran Azira. memang selalu kalau makan kat sini, pecal jawa ni pasti jadi santapan wajib. dan bila dah tak dibolehkan dine in, kita tapau jer lah dan makan kat rumah. lebih secure kan...

 taufufa ni pun tapau jugak lah... tidak lah rajin nak buat sendiri kan... senang kerja tukang masak!

Tuesday, January 12, 2021

Baby bread pudding

Asalamualaikum dan salam Selasa buat semua...

 tengah bersauna

 terlebih sauna pulaknya... hangus itu sedap #nak sedapkan hati la tu..😜

Bahan-bahan ( 6 keping )

  • 2 keping roti putih
  • 2 sb tepung jagung
  • 3 sb gula halus
  • 100 ml susu cair
  • 2 biji telur(guna 1 putih telur saja)
  • 1-2 titik esen vanilla
  • sedikit buah2an campuran/kismis/gajus/ceri merah atau lain2 ikut selera
  • sedikit gula icing untuk tabur atas puding - (kak rose tak buh pun... dah manis!)
  • mangkuk muffin - disapu majerin 

Cara-cara

  1. Roti di siat2 kecil atau potong 1 inc. persegi.
  2. Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati.
  3. Masukkan roti dan buah2an campur(akak bubuh kismis aje) ke dalam mangkuk muffin.
  4. Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap.Buat hingga habis.
  5. Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
  6. Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing di atas puding jika suka.
  7. ***Sedap juga klau menggunakan roti berperisa buah2an.

 

Monday, January 11, 2021

Tumis sayur baby kailan

sayur baby kailan yang kak rose masak beberapa hari lepas. ada juga yang kata ini baby kubis, entah lah mana satu yang betul kak rose pun tak pasti... yang penting sangat lah sedapnya bila buat stir fry macam ni...dan kak rose tambah dengan sedikit kubis dalam sayur ni. jom la kita masak....

sepeket sayur baby kailan
Air secukupnya
sedikit kobis putih

1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 kiub pati ikan bilis

Cara:

1) Bersihkan sayur baby kailan dan di kopek daun sekeping demi sekeping .

2) Panaskan minyak secukupnya dan tumis bawang merah dan putih sampai wangi kemudian masukkan semua sayur baby kailan dan kobis tadi. masukkan juga kiub pati ikan bilis dan boleh la dimasukkan sedikit air supaya sayur ni tak kering . Kacau semua bahan dan  boleh dirasa sayur jika kurang masin baru tambah garam secukup rasa . Bila sayur dah masak boleh terus ditutup api dan dihidang

Quanfa Organic Leafy Vegetables Baby Cabbage | Quan fa Organic Farm

Sunday, January 10, 2021

Nasi goreng bayam brazil

nasi goreng bayam brazil bersama dayang dayang pengiringnya...ikut lah apa yang ada kan..
bayam brazil fresh dari taman sekangkang kucing kak rose ni. letak dalam telor goreng pun sedap!
ada mangga putik, buat kerabu pulak.. ok jer makan dengan nasik goreng. ko orang ade ke makan cam ni?