Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, April 10, 2018

Bila ada kerajinan..

 huh! tajuk bukan main lagi kan?... tuan tanah ni memang ade banyak vitamin m, tapi kalau sesekali tu boleh lah nak rasa masakan sendiri... yang penting ada tukang nak makan lah kan... hari sabtu lepas, memang tersangat lah malas nak keluar untuk lunch...dan kebetulan telo itik yang beli minggu sebelumnya tu ada lagi. dan yang paling best ada gak beli ikan masin masa g beli groceries minggu lepas... so, moh le kita masak...

 ikam masin gelama ni memang jahat tau! membuatkan bertambah2 nasik!

 dan gulai lemak tolo itik style nisemilan ni, bila dah digandingkan dengan ikan masin tu... laju jer nyuapnya...kak rose masak ni tak la pedas sangat, untuk lima buji telo itik ni kak rose cuma guna dua biji jer cili api. boleh hirup kuah lemak tu... hihi. dan tangan pun tak sedo dah senduk nasik tambah... tu kak rose ler tu!!! 😏😏

 tak de sayo tak mengapa, kata en. asben.... potongkan timun dan tomato pun boleh jer!

patutnya sebelum makan nasik kena amik buah ni dulu, tapi dek penangan gulai tolo dan ikan masin tu... habis terlupa... pas makan nasik baru capai buah yang dah kak rose gaulkan dengan asam cicah pak chu 916 tu...

Monday, April 9, 2018

Musim bunga


kodokut betul.... tak leh main kat sini lak...
so... kalu nak denga lagu best ni, klik la kat link tu ya...

Tumis labu air

 sayur sempoi kak rose... meratah jer sbb tukang masak ni tak berapa rajin nak masak nasik. Alhamdulillah, kenyang dengan dua mangkuk sayur ni...

 Bahan-bahan

  • sebiji kecil labu air (pastikan ia muda) - buang kulit dgn pengupas timun & dipotong dadu.
  • setengah cekak suhun @ so'un
  • semangkuk kecil isi ayam(hiris nipis) @ udang basah
  • 7 biji bawang merah,5 ulas bawang putih & 2cm halia muda - dihiris
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam, 1/2 senduk minyak utk menumis
  • (kak rose tambah carrot )

Cara-cara

  1. panaskn minyak,tumis bahan2 hiris hingga wangi lalu masukkan ayam.goreng hingga ayam layu lalu masukkan 2 mangkuk air.
  2. biar mendidih seketika utk lembutkn ayam pastu masukkan labu air.biar mendidih 3 minit lalu masukkan suhun. masukkan juga serbuk lada hitam. garam & secubit gula.biar mendidih seminit,tutup api dapur & tutup rapat periuk dlm 5 minit utk empukkan labu. kemudian renggangkn tutup periuk utk elakkan labu jd lembik.
  3. bolehlah dihidang panas atau sejuk..

Sunday, April 8, 2018

stock-up...

 bila kehabisan stok buah2, selalu teringat masa tinggal kat Penang, just walking distance ke Rope Walk yang jual bermacam barang dan yang paling kak rose suka macam2 buah ada jual kat situ... hari2. and fresh sangat buahnya... selalunya kak rose akan pergi kesitu lepas berbrisk walk pagi hari tu.. beli untuk stok seminggu terus, tapi kalau kehabisan pada week days pun tak risau...sbb dekat sangat nak pergi kedusun di rope walk tu kan..

 tapi sekarang bila dah berpindah ke shah alam ni, kak rose selalu beli jer kat chekers, kira ok jugak lah stock dia. not so bad... tapi harga pun not bad jugak lah... nak makan, kena beli jugak la kan... fragrance pear @rm9.90/kg, seedless grape ni @19.80/kg. apple n green pear tu boleh beli loose... harga/pc gitu.

buah tembikai ni dah siap potong... a quarter for rm3.99/pc. manis sangat. sedaplah makan masa hari panas2 ni...

Saturday, April 7, 2018

Bun inti kacang merah

 ni la hasil kerja tuan tanah yang keras tangan... tengok orang lain buat roti, nak jugak lah mencubanya... dengan bersemangat, sukat bahan2 dan dammm semua dalam bm dan pilih doh... pas tu bersenang2 main game sampai lah habis masa lebih kurang satu jam setengah... sekali tengok, tu diaaaaa... naik tinggi membuak2 sampai terkeluar dari mangkuk adunan dan sampai ke siling bm... terkedu punya pasal, sampai terlupa pulak nak amik gambo... huhu.. kat mana silapnya pun tak tahu lah....


 resepi yang kak rose guna... ni cikgu bagi semasa kak rose attend kelas blaja buat roti ari tu...

300ml air
1 biji telor
80gm gula pasir
1 sudu kecil garam
80 gm butter
400gm tepung roti
200gm tepung gandum
1 paket yis kering (11gm)
15g k-fine/super cream (bread improver&softener) - yg ni kak rose tak letak
inti kacang merah secukupnya...

 
lepas dah naik setinggi gunung tu, keluarkan dan tumbuk2... dan bentukkan sesuka hati keras tangan tuan tanah.. dan yang baki2 tu bulat2 kan dan goreng, tabur gula, jadila donat kecik2 ni... ishhhhh!!! kena praktis banyak lagi nih! tapi nak buat tu boleh jer, tapi tukang makan tak de la pulak..😕😕😕. tak kan nak bagi cik tong jer yang dapat merasa... huhu

Friday, April 6, 2018

Jom amalkan...

Asalamualaikum
Salam Jumaat...

peringatan untuk diri sendiri... baiki diri dan hati.

Thursday, April 5, 2018

Kuih dangai dalam loyang

 bila teringin sangat nak makan tapi tak jumpa kuih dangai ni makanya kena lah buat sendiri kan... walaupun rupa sangat lah tak sama macam yang jual kat pasar malam tu, tapi boleh jer untuk nak puaskan tekak sendiri... hihi.tal de acuan kuih dangai tu, kita buat jer dalam loyang. terima kasih pada sifu masak2 yang bagi idea nak meloyangkan kuih dangai ni. janji dapat makan, itu sudah cukup puas hati buat tukang masak ni.. kalau dapat kelapa putih yang betul2 muda memang lagi terangkat lah rasa kuih ni... yang ni kak rose guna kelapa parut putih, tapi dah tua kot, agak kasar kejadiannya!

Bahan-bahan

  • 150 g tepung pulut (1 1/2 cawan )
  • 150 g kelapa parut putih (1 3/4 cawan )
  • 1/2 sk garam
  • 30 g air
  • 100 g gula melaka*- dihiris halus (atau gula hitam/gula tanjung )
  • 30 g kelapa parut putih*

Cara-cara

  1. Gaul 4 bahan pertama hingga rata tapi masih bederai dan dibahagi 2.
  2. Gula melaka dan kelapa parut putih* digaul rata dan ketepikan.
  3. Loyang disapu sedikit minyak sekeliling,isikan dengan 1/2 bahagian adunan tepung tadi,ratakan dan tekan perlahan dan mampat dan bubuh campuran gula melaka dan ratakan.Akhir sekali ratakan pula 1/2 bahagian adunan lagi dan ratakan dan tekan perlahan2.
  4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pd suhu 150C selama 30 min atau hingga permukaan kuih kelihatan garing.
  5. ***Untuk lapisan pertama,selepas dimampatkan, akak bakar sebentar selama 5-7 min(resipi asal tk bakar),baru lapis dgn gula melaka dan lapiskan adunan tepung kedua..
  6. Sejukkan kuih dan potong dan hidangkan...kuih ini lebih mudah dipotong ketika masih hangat sebab masih lembut.