Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, October 18, 2016

Muffin febret kami..

 muffin yang mudah dan cepat jer nak sediakan ni la yang jadi febret kami.... chocolate chips muffin. dan bahan2 ni sentiasa ada dalam stok, so kalau buntu tak tau nak buat juadah apa untuk minum petang, kira muffin ni boleh jadi penyelamat la kan.. wthin 30 minutes dah ready boleh ngap.

COKLAT CHIP MUFFIN
  • 250gm tepung
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 175gm gula
  • 150gm coklat cip
  • 250ml susu segar
  • 90ml minyak
  • 1 biji telur A
  • 1 sudu teh esen vanilla
kloseup bedah siasat... kaya dengan chocolate chips yg melted
  1. gaul semua bahan kering dalam satu mangkuk.
  2. gaul bahan basah dalam mangkuk lain n masukkan campuran bahan kering tadi. gaul rata, masukkan coklat cip, gaul lagi.
  3. letak dalam papercup, tabur coklat cip lagi jika suka. bakar selama 20min.

Monday, October 17, 2016

Mee udang sedappp

 Asalamuaaikum dan selamat pagi isnin ya kawan2... semuga pagi ini tak de la yang mengalami sindrom monday blues, biarlah hari yang mendatang kita hadapi dengan ceria dan happy, redho dengan segala apa yang datang... kita merancang tapi perancangan Allah still the best kan... meh la hiburkan hati dengan sajian mee udang yang cuma tinggal gambar jer ni... pernah cuba buat mee udang guna resepi lain, tapi yang ni still the best pada kak rose la... sedap sangat!

 spaghetti yang berposing dalam piok, baru nak rebus...yang bestnya mee udang ni guna spaghetti... tapi kalau nak guna mee kuning tu pun ok jer. dan bahan untuk kuah pun tak banyak, so meh la kak rose kongsikan resepinya... mekasih pada tuan punya resepi, Ros Jintan manis.

Bahan-bahanye

2 ikat spagetti (kak rose guna setengah peket yg 500gm tu)
6 ekor udang harimau saiz besar
2 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar (saiz sederhana)
4 sudu besar minyak masak
1/2 paket bebola ikan
1 cawan santan pekat
1 cawan air

bahan sampingan
1/2 ikat kangkung di rebus (kak rose gantikan dengan sawi jer)
2 biji telur rebus
bawang goreng


Caranye

1. Blender bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan minyak dan masukkan cili kisar dan bawang yang telar diblender tadi, pastikan cili betul-betul garing, kemudian cedok sedikit minyak cili tadi lebih kurang 2 sudu besar dan ketepikan. (yg ni kak rose omit) Teruskan menumis dan masukkan udang kering.

2. sementara itu, buang kulit udang dan rebus kulit udang untuk dijadikan stok, setelah air stok udang mendidih masukkan isi udang dan rebus hingga udang masak, isi udang ditos dan ketepikan. (kak rose tak ikiut yg ni, tp terus masuk udang dalam kuah... kira malas la dah tu!)

3. Setelah bahan tumis garing masukkan air stok udang dan santan, setelah mendidih baru masukkan air dan fish ball, sesuaikan rasa, masukkan garam. masak hingga agak pekat kuahnya, tapi jangan pekat sangat, agak-agak je.

4. Rebus spagetti seperti biasa, masa merebus ikut arahan pada paket, pastikan air betul-betul mendidih dan masukkan 1/2 sudu garam dalam air rebusan. angkat dan toskan.

5. Celur kangkung dan rebus telur, setelah semua bahan sedia, cara penyediaan, letakkan spagetti dahulu di dalam bowl saiz biasa, kemudian curahkan kuah, atur udang, kangkung, telur rebus diatas pemukaan mee dan tabur sedikit bawang goreng sebagai hiasan, akhir sekali jangan dilupa baki minyak lada yang di cedok tadi, curahkan sedikit bagi menyerlahkan lagi warna kuah, sedia untuk dihidangkan, anda pasti menggemarinya. 

kali ni memang dapat udang yang beso2,  baru la puas makan... tapi sayang bawang goreng tertumpah terbarai dilantai masa nak garnishkan atas mee ni, so togel je mee udang kak rose ni... hihi tapi yang pasti resepi mee udang dari Ros Jintanmanis ni lebih sedap dari mee udang mak jah, tak caya kawan2 kena cuba lah ya.

Sunday, October 16, 2016

Ikan masin penambah selera

 menu cacamarba lunch hari jumaat lepas... bila en asben balik nak lunch dirumah, maka kak rose pun merajinkan diri memasak seadanya... selalunya bila hari jumaat jer la kak rose akan masak tengahari sbb en asben balik untuk semayang jumaat kat mesjid dekat dengan rumah ni... so ini lah menu kerajinan kak rose dihari jumaat..

 daging masak lomak cili api nisemilan yang tak berapa pedas tapi lemak kaw kaw punya... sbb akk rose memang tak tahan pedas, jadi en asben pun kena jugak makan gulai yang tak pedas ni... hihi. tapi dia seorang yang sangat simple, apa saja yang kak rose hidang, semua sedap padanya... and it's from the heart, katanya. Alhamdulillah senang kak rose nak membuatnya..

 sayur goreng tauge n carrot... betul2 vege, tak de udang or whatsoever, yet still so nice buat kami.

dan ini yang buat bertambah2 makan nasi... ikan masin gelama jeruk yang kecik2 ni... tapi memang semerbak bau satu rumah walaupun dah onkan cooker hood tu masa menggorengnya. agaknya lain kali kena goreng kat luar rumah kot...hihi. tak kisah dengan baunya, tapi sangat lah ngam digandingkan dengan gulai daging tu... bertambah lah lemak nak bertepek!

Saturday, October 15, 2016

Nasi goreng sadin

cepat dimasak cedap dimakan, tapi bukan maggi ya. simple yet sooo nice buat yang tak rajin nak masak macam kak rose ni... jom kita masak nasik goreng sadin ni...

Bahan2:

1 mangkuk besar nasi sejuk
1 labu bawang besar didadu
2 biji cili api -potong2 jer
carrot yang disagat atau apa2 sayur kegemaran
2 ketul ikan sadin - hancurkan dengan garfu
1 biji telor
sedikit kicap dan garam

Cara:
panaskan minyak, tumis bawang hingga layu dan masukkan cili
masukkan sadin yang dah dihancurkan dan jugak sayur, kacau rata sekejap
tolakkan ketepi dan pecahkan telor, kacau2 macam buat scramble tu
masukkan nasik, garam dan kicap, kacau rata cepat2 hingga sebati dan perasakan
siap dah....

Bahan2 : 1 mangkuk besar nasi 1 labu bawang besar dimayang 1 senduk cili kisar (boleh juga gantikan dgn cili merah + cili api yang ditumbuk) Sayur (saya gunakan kacang panjang & karot) 1 tin kecil sardin (buangkan tulangnya serta kuahnya dan ambil isinya sahaja, dihancurkan) 2 biji telur Sedikit kicap lemak manis Garam secukup rasa Minyak untuk menumis Cara masak : 1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu, masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak. 2. Masukkan isi ikan sardin & sayur. Kacau rata sekejap. Tolakkan kedua bahan ini ke bahagian tepi kuali. Pecahkan telur pada bahagian tengah kuali. Bila telur mulai masak, masukkan nasi, sedikit garam dan kicap. 3. Kacau rata dengan cepat hingga sebati semuanya. Siap.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
Bahan2 : 1 mangkuk besar nasi 1 labu bawang besar dimayang 1 senduk cili kisar (boleh juga gantikan dgn cili merah + cili api yang ditumbuk) Sayur (saya gunakan kacang panjang & karot) 1 tin kecil sardin (buangkan tulangnya serta kuahnya dan ambil isinya sahaja, dihancurkan) 2 biji telur Sedikit kicap lemak manis Garam secukup rasa Minyak untuk menumis Cara masak : 1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu, masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak. 2. Masukkan isi ikan sardin & sayur. Kacau rata sekejap. Tolakkan kedua bahan ini ke bahagian tepi kuali. Pecahkan telur pada bahagian tengah kuali. Bila telur mulai masak, masukkan nasi, sedikit garam dan kicap. 3. Kacau rata dengan cepat hingga sebati semuanya. Siap.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

Friday, October 14, 2016

Seuntai doa dipagi hari

 Asalamualaikum dan salam pagi Jumaat kawan2 semua... 

pagi ni kak rose nak kongsikan kat sini tentang seuntai doa dipagi hari yang kak rose copy dari blog Yati... doa yang sangat baik untuk kita amalkan tak kiralah dipagi hari atau bila2 masa saja... semuga perkongsian ini memberi manafaat buat kita semua... Aamiin. terima kasih Yati dan semua yang sudi kongsikan doa yang baik2 ini.

Seuntai doa dipagi hari

Ya Allah..
Ya Rahman..
Ya Rahim..

Bila hari ini masih menjadi bahagian hidup kami..
Berilah kami kemudahan dan kelancaran untuk menjalaninya..

Bila kelopak mata kami masih terbuka,
Bimbinglah pengelihatan kami untuk sentiasa melihat kebaikkan dan kebenaran.

Bila mulut kami masih diizinkan berucap,
Tuntunlah agar sentiasa megatakan kejujuran.
 


Bila kaki kami masih diberi kemampuan untuk melangkah,
Hantarkanlah ketempat2 yang menjadi ibadah kami.


Bila tangan kami masih dapat digerakkan,
Gerakkan untuk memberi kebaikkan bagi orang lain.


Bila matahari masih diperkenankan untuk menyentuh raga ini,
Sempurnakanlah cahayanya dipagi hari untuk menyehatkan tubuh kami.


Bila udara masih menjadi sebahagian dari nafas kami,
Lapangkan rongga dada ini untuk menghirupnya.


Bila rezeki yang diturunkan dimuka bumi ini masih ada bahagian haq kami,
Datangkanlah dalam jumlah yang banyak bagi kami, yg halalan thoyiban dari segala arah,
Agar kami dapat memberi menafaat bagi orang lain yang memerlukannya.

Ya Allah...
Ya Rabb...


Bila keluarga, saudara2, sahabat2ku disini masih diperkenankan mewarnai kehidupan kami,
Jadikanlah mereka sebagai warna-warni yang penuh keindahan,
Penuh kasih sayang, rukun damai dan selalu..
Angkat dan hilangkanlah segala penyakit dari keluarga, sahabat2 ku ini..
Gantikan lah dengan kesihatan yang sempurna,
Serta berikan lah sisa usia yang penuh manafaat dan barokah...


Aamiin Yaa Rabbal 'aalamiin.

Thursday, October 13, 2016

Swedish ikea meatball

 kisah sambungan yang kak rose buat home made meatballs tu... baru hari ni dapat nak buat entry nya... walhal dah lama jadi baja dah menu ni...hihi. cam ner pun nak jugak kongsikan kat sini untuk rujukan masa2 nanti kalau ada kerajinan nak buat lagi kan... yang betulnya rajin beli jer, senang kerja. hishhhh kak rose ni kan..resepi home made meatballs yang kak rose buat hari tu...

SWEDISH IKEA MEATBALL
Bahan-bahan
meatball jenama Ramly secukupnya digoreng tanpa minyak dan api sederhana. 

pastikan selalu balik-balikkan. jangan sampai hangus.
 kentang goreng secukupnya 
1 sudu jem strawberry/blueberry/mixed fruit (x letak, tekak jawa tak nak yg manis2...hihi)
potongan timun dan carrot - yg ni kak rose tambah

**** tips nak goreng meat balls supaya tak keras.... bila dah masak, sudukan sedikit air -+2 sudu cam tu dan tutup kuali, biarkan sebentar hingga air kering, pasti meat balls tu akan jadi juicy n lembut)


resepi untuk gravynya..

2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
1 biji bawang besar kuning - didadu kecil
2 biji tomato sederhana besar - didadu kecil
1 1/2 cwn air sejuk
100 ml susu segar/susu cair
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam

1 sudu gula
serbuk beef gravy segera/1 kiub pati daging



Cara penyediannya
1-  Cairkan butter guna api perlahan. Tumis bawang hingga bawang layu dan warna kecoklatan. jgn sampai garing.
2-  Masukkan tepung gandum. Kacau hingga berubah warna sedikit coklat. masukkan tomato dan biar hingga tomato layu.
3-  Masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub ayam, gula dan beef gravy. Kcau rata dan biar sampai mendidih.
4-  Sentiasa kacau bagi tak berketul. Perasakan dgn garam jika terasa tawar. 


Kalau kuah terlalu pekat, campurkan sedikit air, dan jika cair, tambah sedikit air tepung jagung.
5-  Kacau sebati. Tutup api, blend gravy tadi hingga halus. Tuang semula dalam periuk dan didihkan sebentar. Kacau sentiasa. Apabila sudah mendidih, tutup api dan tuang atas meatball. yummy!

Wednesday, October 12, 2016

Lempeng roses ku




lempeng roses inspired by Mamafami, tq.