Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, June 10, 2021

Vaccination day, AstraZeneca

 simpan sini buat kenangan, how we battle untuk nak dapatkan slot ini. Alhamdulillah semalam dah dapatkan suntikan dose pertama AstraZeneca.

appoinment dalam my sejehtera aialah pukul dua petang, tapi seawal jam 1.30 kak rose dah sampai ke IDCC... dan..... pintu semua tutup sebab derang tengah rehat, jadinya kami semua berbaris di kawasan parking yang panas berbahang ditingkat 6. dan barisan adalah saaaaaaaaangat panjang dengan panjarakan dan panas nya. sabar je lah kan... so suffocating kat situ.
kat kawasan parking ni lah semua berbaris panjang menanti pintu buka untuk ke pusat vaksinasi ditingkat tujuh...
masa berbaris tu derang dah siap2 edar borang untuk diisi dan terus dibawa masuk dalam dewan vaksinasi, dan ini entah stesen kaunter yang entah ke berapa agaknya... walaupun banyak kaunter kena singgah for verification, tapi ok lah sangat cepat prosesnya.. ramai volunteer yang membantu.
and.... time to get the cucuk AstraZeneca Vaccine daripada SN Zulaiha
Auchhhhh.... ala tak sakit pun... dan sangat cepat jer dah siap.
nak gak selpie dengan staff nurse ni, mekasih SN Zulaiha
yang ni wajib lah buat kenangan katanya kan...
en asben pun layan kan jer nak posing kat board ni..
untuk 2nd dose kena check kat my sejahtera within 12 weeks... lamanyaaaa kan.
dan lepas selesai semua, dapat free nestle cares pack ni. Alhamdulillah tak de kesan sampingan lepas amik vaksin tu. semuga kita semua terus dilindungi dari wabak yang sungguh bahaya ini. kepada semua rakyat Malaysia, go get vaccinated!
 

Monday, June 7, 2021

Kuih getas getas

 

Bahan-bahannya:-

250gm tepung pulut
20gm tepung gandum
150gm kelapa parut putih/kelapa parut muda
130-150ml air (jangan terus tuang semua, tuang sikit-sikit dulu)
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng

Cara-caranya:-
Satukan kedua-dua tepung dan kemudian masukkan kelapa parut serta garam. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan ia tidak terlalu lembik.
Biarkan sebentar selama 10 minit
Buatkan bulat-bulat kecil dan kemudian leperkan. Susun di atas bekas yang disapu sedikit minyak.
Panaskan minyak dengan api sederhana.
Apabila agak panas, goreng kuih sehingga kekuningan
Pastikan anda sentiasa balik-balikkan kuih supaya tepung tidak mengelembung dan pecah.
Bila dah kekuningan, angkat dan toskan dengan tisu masakan.

Menyira gula :

1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air

Cara-caranya:-

Masukkan gula dan air kedalam kuali yang agak besar. Masak dengan api sederhana......api sederhana ye bukan api kecil atau api yang kuat.

Jika anda perhatikan buih-buih tu mula-mula ia akan memenuhi bahagian tepi dan kemudian ia akan merebak kebahagian tengah.

Biarkan ia selama 7 minit.

Apabila sudah 7 minit, cuba titiskan setitik air gula atas piring dan kemudian guna jari telunjuk sentuh air gula tadi dan temukan jari telunjuk dengan ibu jari. Lekat-lekatkan beberapa kali.....ia dikira sudah 'menjadi' bila anda rasa ia melekit-melekat dijari dan akan menghasilkan ketulan-ketulan halus kat jari. Kalau tak.....biarkan satu minit lagi. Ketika saya buat ia dalam 9 minit baru saya tutup api. So pastikan pada sukatan diatas, tempoh masak air gula supaya ia pekat adalah dalam 8-10 minit. Jika lebih 10 minit anda akan dapat gula hangus.
Terus matikan api dapur ye.

Kemudian baru masukkan kuih-kuih yang anda hendak sira ke dalam kuali dan kacau sampai bunga-bunga gula keluar.

Sunday, June 6, 2021

jambu batu dan asam pak cu

sapa suka amkan jambu batu atau buah apa pun cicah dengan asam serbuk macam kak rose ni.. sejak jumpa asam pak cu yang sedap ni kak rose dah tak beli yang lain dah. ada sekali tu kehabisan asam ni, dan cari tak jumpa pulak nya nak beli, so beli lah asam serbuk yang lain, sudahnya memang tak menepati cita rasa lah... sapa yang dah rasa asam ni pastu tahu dia punya kesedapanya kan..
dan tiap kali beli jambu batu, pasti lah asam pak cu juga akan dibawak balik bersama. masam manis dia secukup rasa pada kak rose lah. kalau buah yang lain kak rose tak suka pulak nak colek dengan asam macam buah jambubatu ni. biar rasa asli gitu.
 

Saturday, June 5, 2021

buah total lock down!

 buah untuk bekalan semasa lockdown untuk tamban vitamin c, katanya..😜







 

Friday, June 4, 2021

Ayam panggang a la dominos

 total lock down hari ke 4, hari ke 444 sejak pertama PKP dan hari ke 144 darurat.

 selepas bakar 40 minits dan air fryer 5 minit.. garing diluar n juicy didalam. rasa memang macam dominos lah... tq pada yang kongsikan resepinya ya

sejak total lock down di umumkan dan kita kenalah berkurung demi untuk memutuskan rantaian covid 19 ni, jadi tukang masak ni kena cari idea nak sediakan apa kat meja untuk keluarga. nasib baik lah cik google ada dan sangat membantu dimasa2 tukang masak sangat buntu tak tau nak masak apa.. masa beli bahan pun main capai jer apa yang terfikir, semuanya nak kena cepat, tak nak berasak2 dipasaraya kan.. dan kebetulan dapat beli drummet ni. google resepi drummet, dan jumpa panggang ala dominos ni... kak rose ikut sebiji dalam resepi ni, tak rugi mencuba. sedap sangat!

sekilo dapat lah 16 ketui drummet ni... cukup untuk kami berempat.. dah siap marinate, tunggu nak masuk oben ni..

Sekilo drumstik yg kecik tu yer... kalau ikut resepi asal guna sekor ayam.. cuci bersih.. toskan

120g sos cili
120g sos tomato
120g sos tiram (yg ni saje2 makcik tambah)
2sb madu (yg ni pon makcik tambah)
2sb gula
1sb garam
1sb serbuk cili
2sb lada hitam
2ulas bwg putih di tumbuk lumat
60g butter

 lepas 40 minit bakar, macam berkuah lah pulaknya... so lepas kuor oben ni kak rose masuk dalam air fryer 180° 5 minits, jadi lah garing yang macam gamba kat atas tu.

Cara:

- masak kesemua bahan sampai butter cair
-sejukkan
-lumur pada ayam dan letak sedikit minyak
-perap (lagi lama lagi sedap)
-bakar suhu 180°-200° ikut oven masing2 qpi atas bawah...
-30-40 min (ikutlah nak garing mane yer..

close up sket... separuh lagi kak rose biar soak dalam kuah ni...
 

Thursday, June 3, 2021

Cek mek molek


 Bahan-bahan ( 12-13 biji )

  • 2 cawan ubi keledek(yg telah direbus dan dilecek)
  • 1 cawan tepung gandum
  • gula
  • minyak untuk menggoreng
  • (kak rose tambah 1 sb tepung jagung... sbb ada baca komen kat bawah tu untuk rangupkan cek mek molek tu)

Cara-cara

  1. Gaulkan ubi dengan tepung sehingga jadi doh yang lembut
  2. Bahagikan kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat.
  3. Leperkan doh kecik tadi. Kemudian masukkan 1 sudu kecil gula- kalau tak mahu manis boleh kurangkan sukatannya.
  4. Tutup rapat-rapat supaya gula tak keluar semasa menggoreng.
  5. Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.

Tuesday, June 1, 2021

Malaysia total lockdown

 1 June 2021

Allahhuakbar... segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, Tuhan yang maha pengasih dan penyayang kami mohon perlindunganMu dari segala bencana dan wabak ini. perkongsian dari fb, kak rose tepek kat sini buat peringatan diri sendiri terutamanya...
 

1 Jun 2021 : Reset - Restart - Reboot Hidup Kita
 
Mulai 1 Jun 2021 kita akan mula PKP Penuh. Jadikan tarikh ini sebagai titik mula untuk kita mulakan cara hidup dan gaya hidup baru.
Ubah dalam kepala otak kita berkaitan makanan, pakaian dan gaya hidup. Hidup sederhana. Sebelum ini makan nasi mesti 3 lauk, 1 lauk mesti ada kuah. Mulai sekarang makan nasi dengan 1 lauk pun sudah cukup. Ikat perut. Ikat ketat lagi.
Biar genting tetapi tidak putus. Biar lapar tetapi tidak mati.
Ya, sudah penat melayan hal ini. Ujian untuk semua. Sangat penat. Biarlah ini kali terakhir kita berjuang. Tahan dan bertahan sehabis daya.
Mohon pertolongan kepada Allah. Hanya Dia sahaja yang yang boleh tolong kita. Minta dengan penuh rasa rendah diri dan hina diri. Lihat pesanan Allah 'Azza wa Jalla kepada kaum Nabi Syuaib;
وَمَاۤ أَرۡسَلۡنَا فِی قَرۡیَةࣲ مِّن نَّبِیٍّ إِلَّاۤ أَخَذۡنَاۤ أَهۡلَهَا بِٱلۡبَأۡسَاۤءِ وَٱلضَّرَّاۤءِ لَعَلَّهُمۡ یَضَّرَّعُونَ ﴿ ٩٤ ﴾
Dan (Tuhan berfirman): Kami tidak mengutus dalam sesebuah negeri seorang Nabi (yang didustakan oleh penduduknya), melainkan Kami timpakan mereka dengan kesusahan (kesempitan hidup) dan penderitaan (penyakit), supaya mereka tunduk merendah diri (insaf dan tidak berlaku sombong takbur). - Surah Al-A'raf : 94
Sewaktu berdoa, mintalah kebaikan untuk semua rakyat Malaysia dan pemimpin negara agar membuat keputusan yang mendahulukan rakyat terbawah. Banyakkan memuji Allah supaya Allah memberi perhatian kepada kita semua walaupun sudah banyak dosa dan perintah-Nya yang kita langgar.
Hayati doa Nabi Ayyub 'Alayhi salam;
۞ وَأَیُّوبَ إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُۥۤ أَنِّی مَسَّنِیَ ٱلضُّرُّ وَأَنتَ أَرۡحَمُ ٱلرَّ ٰ⁠حِمِینَ ﴿ ٨٣ ﴾
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani". - Surah al-Anbiya' : 83
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَرَبَهُ أَمْرٌ، قَالَ : " يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ ".
Daripada Anas bin Malik, beliau berkata, "Rasulullah Sollallahu 'Alayhi wa Sallam itu apabila mengalami kesusahan dalam urusan, baginda berdoa; 'Ya Hayyu, ya Qayyum, dengan rahmat-Mu aku meminta tolong.' - Sunan al- Tirmizi
Bilakah kali terakhir kita menangis di depan Allah? Di 'depan Allah' itu bukan bermaksud di tikar sejadah sahaja. Tetapi di mana sahaja. Kadang kala ada yang segan merintih dan menangis di rumah sendiri. Carilah tempat untuk bersendiri meminta kepada Allah.
Kali ini kita usaha sehabis daya, kerahkan daya fikir dan kreativiti. Pasti ada jalannya insya Allah.
Saifuddin Yusof
Asa belum putus.
 
** terima kasih pada penulis asal En saifuddin Yusof yang kongsikan artikel ini