mee udang mengunakan resepi yang sama, yang pernah kak rose buat
berkali2... dan tiap kali nak buat mee udang pasti resepi keeper ni lah
yang jadi pilihan... pernah buat guna resepi yang lain, tapi yang ni
jugak tetap jadi pilihan. memang sedap dan kak rose sangat rekomenkan
pada sapa2 yang nak mencuba buat mee udang, resepi ni memang terbaik
lah...
Bahan-bahanye
2 ikat spagetti (kak rose guna 1/2 paket spaghetti yg 500gm tu)
6 ekor udang harimau saiz besar
2 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar (saiz sederhana)
4 sudu besar minyak masak
1/2 paket bebola ikan
1 cawan santan pekat
1 cawan air
bahan sampingan
1/2 ikat kangkung di rebus
2 biji telur rebus
sedikit tauge, buangkan ekornya (pun tak de)
bawang goreng
Caranya
1. Blender bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan
minyak dan masukkan cili kisar dan bawang yang telar diblender tadi,
pastikan cili betul-betul garing, kemudian cedok sedikit minyak cili
tadi lebih kurang 2 sudu besar dan ketepikan. (yg ni kak rose omit) Teruskan menumis dan masukkan udang kering.
2.
sementara itu, buang kulit udang dan rebus kulit udang untuk
dijadikan stok, setelah air stok udang mendidih masukkan isi udang dan
rebus hingga udang masak, isi udang ditos dan ketepikan. (kak rose tak ikut yg ni, tp terus masuk udang dalam kuah... kira malas la dah tu!)
3.
Setelah bahan tumis garing masukkan air stok udang dan santan, setelah
mendidih baru masukkan air dan fish ball dan udang. sesuaikan rasa, masukkan
garam. masak hingga agak pekat kuahnya, tapi jangan pekat sangat,
agak-agak je.
4. Rebus spaghetti dan toskan.
5. Celur kangkung dan rebus telur, setelah semua bahan sedia, cara penyediaan,
letakkan spagetti dahulu di dalam bowl saiz biasa, kemudian curahkan
kuah, atur udang, sawi, telur rebus diatas pemukaan mee dan tabur
sedikit bawang goreng sebagai hiasan, akhir sekali jangan dilupa baki
minyak lada yang di cedok tadi, curahkan sedikit bagi menyerlahkan lagi
warna kuah, sedia untuk dihidangkan.
Lanai Kijang
Thursday, January 10, 2019
Wednesday, January 9, 2019
Monday, January 7, 2019
Makan makan...
sesi menambah lemak diawal 2019
Secret recipe
caribbean style fish fillet n iced lemon tea.
TCRS.. three set meal for three of us..
butter chicken..
Nando's iced lemon tea lagi...
1/4 chicken with mediterranean rice... n peri peri soup with garlic bread
Friday, January 4, 2019
Kuih cara berlauk
memenuhi permintaan kawan untuk buatkan kuih cara berlauk ni... so gigihlah kak rose bersauna didapo nak siapkan order darinya...
terima kasih kak Haizan yang dah berulang kali repeat order kuih cara berlauk juga kuih cara manis. terima kasih sekali lagi ya..
terima kasih kak Haizan yang dah berulang kali repeat order kuih cara berlauk juga kuih cara manis. terima kasih sekali lagi ya..
Thursday, January 3, 2019
Ikan jenahak bakar sedap.
bila tukang makan teringin sangat nak makan ikan bakar, maka tukang masak pun kena tanya cik google untuk resepinya... maklumlah memang tak pernah buat pun ikan bakar ni... selalunya kalau nak sangat makan ikan bakar tu pergi je lah ke tempat makan yang ada bakar2 ni... tapi disebabkan ada pengalaman yang sangat tak seronok untuk dikenang, maka pilihan yang ada ialah buat sendiri jer ikan bakar tu... rupanya tak susah mana pun, apalagi dengan adanya pemanggang ajaib yang dah lama bertapa jadi tukun tu, boleh lah kita guna semula kan..
bila seru cik google, memang banyak lah resepi yang keluar... dan kak rose pilih resepi dari blog masam manis ni... tak rugi mencuba resepi ni. memang sedap dan kak rose rekomenkan kalau sapa2 nak buat ikan bakar, guna lah resepi ni... cuamnya kak rose kurangkan cili dan guna pati ikan bilis instead of belacan tu... meh tengok resepinya..
Bahan-Bahan Untuk Pes Chili
10 tangkai cili merah - ita campur dengan cili api*
15 tangkai cili kering ~ di kisar*
5 ulas bawang merah ~ dikisar
5 ulas bawang putih ~ dikisar
2 inc halia ~ dikisar
5 batang serai ~ dikisar
2 inc belacan bakar - kak rose gantikan dengan kiub pati ikan bilis
Gula melaka ~ secukup rasa
1 sudu besar ~ air asam jawa ( ita guna asam jawa yg takn ada biji )
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
**kak rose tak letak cili api tu dan kurangkan jugak cili kering tu sbb memang tak tahan pedas... tapi terpulanglah pada kepedasan memasing ya..
pes cili yang kak rose buat ni terus jer lumurkan pada ikan, perap sekejap dan terus bakar. kalau ikut resepi asal memang kena tumiskan dulu pes tu macam cara2 kat bawah tu ya..
Ita satukan semua bahan yang di kisar dan kisar sekali terus je
Panaskan minyak dan tumis bahan yang di kisar sampai harum dan garing
Bila dah garing masukkan air asam jawa, gula Melaka, garam dan gula secukup rasa
Masak sampai garing
Ikan yang hendak di bakar di belah 2 keping nipis
Ambil sehelai daun pisang dan lipat dua, letakkan paste chilli (kak rose guna aluminium foil je)
Letakkan ikan
Tutup dengan pes cili semula atasnya
Letak atas kuali pemanggang , tutup kuali dan bakar
Balikkan setelah sebelah bahagian ikan masak
Angkat dan hidangkan dengan limau kasturi dan bende yang di celur.
kicap pencicah ikan bakar kak rose... bawang besar didadu, cili merah, kicap dan asam limau kasturi...

Wednesday, January 2, 2019
Aapam nasi
Salam rabu dan apam nasi entry masak2 pertama tahun 2019...
memula tu ade sedikit kerajinan, buat lah dalam acuan kecik2 comel cenggini... bila dah lepas dua loyang pengukus, terus jer gedebuk dalam satu loyang beso tu... kesabaran dah hilang melayang kelaut dalam... resepi yang sama, acuan saja berbeza dan masa mengukus juga bertambah lama.. meh kak rose kongsikan resepinya kat sini ya...
Bahan-bahan
- 2 cwn nasi
- 2 cwn tepung gandum
- 2 cwn tepung beras
- 1 cwn brown sugar (kak rose guna gula putih sepenuhnya)
- 3/4 cwn gula
- 2 1/2 cwn air
- 1 sudu kecil yis (mauripan)
- kelapa parut dgn sedikit garam
- blend nasi dan air sehingga hancur.
- setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
- dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
- selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
- perap selama 3 jam.
- masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
- hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!
Tuesday, January 1, 2019
Subscribe to:
Posts (Atom)