Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, December 23, 2017

Laksa johor untuk Emma

 Buat laksa johor untuk majlis tahlil dirumah kawan pada minggu lepas... dua hari berturut2 kak rose  memasak untuk kawan in this trying time... memasak dirumah kak rose dan petang nya bawa ke subang untuk sama2 bertahlil dirumahnya.. semuga Emma sabar dan tabah dengan pemergian suami tercinta. Inalilahiwainailaihirojiun dan Al-Fatihah.... untuk tahlil hari kedua, kak rose masak nasi dengan lauk2 untuk seratus orang dan dibantu oleh dua orang kawan yang sama2 volunteer dari segi kewangan, tenaga dan masa... terima kasih Ezam dan ibu Pah yang sanggup datang dari jauh.

 laksa johor untuk hari ke tiga tahlil, walaupun renyah menyediakannya tapi tukang masak akan sangat berpuas hati bila masakannya habis dan disukai ramai... malahan hingga tak cukup pulak!


spaghetti yang almost done... masih berposing dalam periuk.

kuah untuk laksa johor yang pekat lemak kaw kaw!

dan juga seperiuk besar bubur kacang...

Friday, December 22, 2017

Kuih hari Jumaat..

 kuih yang berulang2 kak rose buat untuk pot luck rutin mingguan bacaan surah Al-Kahfi bersama sama jemaah kat kawasan perumahan disini... sebenarnya kak rose lebih suka buat sendiri dari membelinya... walaupun sedikit renyah dan kelam kabut dipagi hari, tapi kuih2 home made cam ni lah yang lebih digemari... tapi kak rose buat pun yang mudah disediakan jer... hihi pulut serunding yang sedap ni boleh sediakan serundingnya awal2 dan pagi esoknya cuma nak kukuskan pulut dan kuih jumaat pun ready... mudah kan!

 kuih cara manis... yang ini kak rose sediakan pada pagi2 hari.. buat satu adunan, ngam2 untuk 4 kali bakar dalam loyang dua bleas lubang ni... cepat jer siapnya.

 cekodok sayur mayur dengan ikan bilis... sudah pastilah dibuat pada pagi hari kan... cili sos tak sempat nak enter frame pulak... lebih sedap aklau dapat buat home made sos kan..

yang ni kak rose siapkan pada malam sebelumya... sejukkan dalam fridge dulu barulah sedap makan sejuk sejuk kan.. puding roti marble yang sedap!

Thursday, December 21, 2017

Nasi arab lagiiii

 Tabbouleh... finely chopped parsley with bulgur, tomato, lemon and olive oil...

Mulawah and saltah..  bread and yameni style marinated minced meat, vegetables, egg, herbs&spices

 lamb madghut for 2 pax...

 another madghut... tapi chicken pulak

satu jug beso fresh orange for four of us... memang kenyang sampai terbuntang rasanya!

Wednesday, December 20, 2017

Sekali sekala jer...

 kfc twister.. sekali sekala melayan tekak.

kenyang dengan twister, yg lain x punya tempat dah!

Tuesday, December 19, 2017

Begedil daging burger

 Asalamualaikum dan selamat pagi semuanya... sambil melepaskan penat selepas berbriskwalk pagi ni, kak rose nak tepek projek pada hari jumaat lepas...   ad hoc project sbb gantikan kawan yang tak dapat nak adakan majlis bacaan mingguan Surah Al-Kahfi kami dirumahnya... so kak rose pun buat dengan apa yang ada kat rumah je... pastinya yang mudah2 jer la kan... dan sempat jugak kak rose sediakan mee hoon soto untuk jamuan pagi tu... pegedil tu kak rose buat malamnya, esok pagi baru gorengkan... begitu juga kuahnya, malam dah kak rose siapkan sbb majlis mula 9 pagi... pasti tak sempat kalau nak siapkan pagi tu kan..Alhamdulillah, dipermudahkan urusan dan begedil pun cukup untuk +- 35 orang tetamu...

 resepi pegedil daging beger kak rose kongsikan kat sini ya.. resepi ni untuk panduan... sbb kak rose buat dengan dua kilo kentang dan 8 keping daging ramly beger... so pepandailah nak adjust bahan2 tu ya..

Bahan²
2 biji kentang saiz sederhana besar
Sedikit garam
1 keping daging burger
Daun sup / daun bawang dicincang _ optional
1/2 - 1 sb tepung jagung
1/2 sudu teh perencah pati ayam Tumix _  (kak rose x bubuh)
1/2 sudu teh Maggi seasoning _ ( x de)
Sedikit serbuk lada hitam
sedikit cili flake- yg ni kak rose tambahkan
bawang goreng - yg ni kak rose tambah
*** daging beger tu kak rose gorengkan dulu dan kisar kasar guna fp baru campur dalam kentang lenyek


Bahan² A
1 biji telur _ dipukul sedikit + secubit garam
Minyak untuk menggoreng


Cara²


  1. Basuh dan buang kulit kentang.
  2. Rebus kentang dalam air bergaram sampai tenggelam hingga empuk.
  3. Menggunakan garfu, lenyek-lenyekkan kentang hingga lumat ( ketika kentang masih panas ).
  4. Bila kentang agak suam, masukkan daging burger ( defrost dahulu ), daun sup/daun bawang ( jika guna ), perencah pati ayam, serbuk lada hitam dan Maggi seasoning. Gaul sebati.
  5. Masukkan 1/2 sb tepung jagung dan gaul sebati. Adunan jangan terlalu kering atau terlalu basah, takut berderai atau hancur semasa goreng.
  6. Kalau nampak basah, tambah lagi 1/2 sb tepung jagung.
  7. Ambil segenggam adunan, kepal-kepalkan sedikit dan bulatkan dengan kedua-dua tapak tangan. Leperkan sedikit dan susun atas dulang/pinggan. Buat sampai adunan habis.
  8. Simpan dalam peti sejuk dahulu sementara panaskan minyak dalam kuali ( untuk mengelakkan begedil hancur ).
  9. Celup adunan begedil satu per satu ke dalam telur dan goreng dalam minyak yang sederhana panas.
  10. Jangan selalu diterbalikkan, cukup bila satu permukaan sudah nampak keperangan baru terbalikkan begedil untuk masak permukaan yang lagi satu.
  11. Angkat dan toskan atas paper towel.

Monday, December 18, 2017

Kuih seri muka

Asalamualaikum dan salam pagi isnin buat kawan2 semua
semuga sentiasa dalam rahmat Allah hendaknya...

pagi ni kak rose nak tepek kuih seri muka yang dah selalu sangat buatnya... dan dah berkali jugak buat entry dalam dapo maya kak rose ni... tak pe la kan... sendiri buat, sendiri makan dan jugak sendiri tepek kat dapo maya ni... tak cilok gamba dan entry orang lain...😜😜😜. meh kak rose kongsikan resepinya sekali lagi..

Lapisan Bawah:

  • 1 1/2 cawan pulut
  • 1 1/2 cawan santan cair (saya letak 1 cwn je..bergantung pada jenis pulut)
  • sedikit garam
Cara Penyediaan
  1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
  2. Lapikkan plastik dalam loyang bulat 10 inci.
  3. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak...dlm 30 minit.
  4. Setelah masak, angkat dan tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  5. **Sapu plastik dngn sedikit minyak, ratakan dan tekan2 pulut supaya mampat.
  6. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
Lapisan Atas

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 4 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna hijau dan perisa pandan
  • Cara-cara
  • Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
  • Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
  • Kukuskan lebih kurang 30 minit.
  • Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.

Sunday, December 17, 2017

Jom sarapan...

Selamat pagi dan salam hujung minggu kengkawan...
breakfast apa pagi ni agaknya ya?
nak tiru orang malas cam kak rose punya bekpes tak?

 most of the day, ni la bekpes kak rose.. nescafe o kosong tak enter frame lak!

 kalau rajin dan ade leftover lauk, boleh jugak buat lempeng pekak cam ni kan..

 beger daging ni boleh terus skip lunch...

dan yang ni memang once in a blue moon lah nak rajin buat nasik goreng cam ni... brunch!