nasib baik dapat merasa yang sepeket ni....
Lanai Kijang
Wednesday, September 9, 2015
WW: Bila terlupa....
nasib baik dapat merasa yang sepeket ni....
Tuesday, September 8, 2015
Ikan tenggiri tumis asam
ikan tenggiri masak asam tumis yang paling sempoi yet sangat sedap dimakan dengan nasi panas2... lauk macam ni makan banyak pun tak per kan... sebab tidak lah berlemak dan tak muak rasanya... tapi tetap jugak berminyak2 dengan tumisan dan ikan yang digoreng terlebih dulu.... apa pun memang sedap.... pada tekak kak rose ni la..
resepi sempoi ni kak rose copy dari sini.... mekasih ya...
Bahan-bahan:
bawang merah di mayang
bawang putih dihiris
halia
cili api dipotong2
air asam secukupnya
garam, gula secukup rasa
cara:
-Ikan tenggiri digoreng
-Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia bersama hirisan cili padi
-Bila sudah naik bau masukkan air asam jawa dan gula dan garam secukup rasa
-masukkan juga hirisan bawang besar dan cili merah
-masukkan ikan goreng tadi...dah siappp...

Monday, September 7, 2015
Cendawan goreng berempah cajun
Asalamualaikum dan salam pagi isnin... memulakan minggu yang baru dengan harapan agar rajin lag nak mengupdate rumah maya kak rose ni... dan ni sayur yang kak rose masak untuk lunch semalam. bila ade cendawan selalu teringat resepi yang sedap ni... mekasih pada Nor Secubit Garam yang kongsikan resepi asalnya... dan kak rose ni tukang kopi jer... dan nak letak dalam tu pun ikut apa yang ade dalam peti magic kak rose tu... dan kali ni cuma ada kacang holland ni jer, ok la tu kan...
meh kak rose kongsikan resepinya kat sini... kalau ada kawan2 nak mencuba untuk hidangan tengahari buat keluarga tersayang...
meh kak rose kongsikan resepinya kat sini... kalau ada kawan2 nak mencuba untuk hidangan tengahari buat keluarga tersayang...
Bahan:
200gm cendawan tiram
sedikit udang ~ dibuang kulit
2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 sudu kecil serbuk cili kasar
1/2 sudu kecil cajun
1 sudu kecil sos tiram
3 bj cili api ~ jika suka lebih pedas
sedikit capsicum hijau dan merah ~ dipotong (tak de, kak rose gantikan dengan holland peas)
1 sudu kecil jus limau nipis/kasturi
sedikit garam
sedikit minyak
Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan serbuk cili kasar, cajun dan sos tiram serta capsicum.
Kacau hingga wangi.
Masukkan udang, cili padi yg dipotong serong dan garam.
Masukkan pulak cendawan dan kacau. (kuatkan sedikit api pd masa ni)
Bila cendawan dah nampak sedikit layu serta udang dah masak, masukkan per
han limau dan tutup api.
Kacau hingga sebati dan hidangkan panas2.
** kak rose masukkan kacang tu bersama dengan cendawan... masak sekejap jer, so holland peas tu akan tetap crunchy bila dimakan nnti)
Sunday, September 6, 2015
Lama tak ke dusun....
Asalamualaikum dan selamat berhujung minggu buat kawan2 semua.... this lately memang tak de mood sungguh nak amik gambo masak2, walaupun makan tu tak pernah nya malas! masak pun yang sempoi2 jer... yang cepat disediakan dan cepat jugak dapat menikmatinya.... sudahnya rumah maya ni macam terbiar jer... hingga tabung kesayangan kak rose pun dah hilang dari pandangan... sebelum hilang hari tu selalu jugak jenguk dah ade rm65++.... sekarang ni nak tengok pun dah tak de! sayang kan! camner nak dapat balik ya? kawan2 yang tau, tolong la bagi tau kak rose yg buta it nih! dan kak rose dulukan ucapan terima kasih ya.
sementara malas nak masak tu, meh kak rose jamu dengan buah2 jer.... bila encik asben yg beli, sebanyak2 dihangkut.... macam lah kami ni penuh satu rumah nak makan! tu ade lagi buah betik tak sempat enter frame.. 10 hengget for each jenis.... pear, perssimon, red plum, green kiwi dan sekilo buah dokong n sebiji betik yang beso yang belum cukup masak untuk nak dingap....
dan buah untuk bekpes pagi ni.... kiwi, pisang kaki dan red plum yang melekat kat biji.... adoyai la!!!! tak pe, walaupun buruk rupa tapi manis pulak isinya.... tak macam yang kak rose bli ari tu.... masam mengalahkan asam jawa rasanya. dan lepas ni .... saya suka makan buah.... hari2 saya makan buah.... he he he.

Friday, September 4, 2015
Kari kepala ikan
Asalamualaikum dan salam jumaat penghulu segala hari... sebelum membaca surah Al-Khafi, amik masa dulu menghadap komputer nak menghapdate rumah maya yang sering terbiar this lately... masak2 dan mood amik gambar pun dah hanyut kelaut dalam agaknya sejak pemergian bapa tersayang.... anyway, it's time to move on, apa pun life must go on kan... cuma jangan lupa kiriman doa sepanjang masa buatnya... Al-Fatihah.
so nak tepek kari ikan yang kak rose masak ni... ikut panduan resepi dari Yatie, tapi kak rose guna ikan tenggiri dan masak pun tak lah sampai seekor.... jadi pandai2 la nak ejas resepi ni kan...
so nak tepek kari ikan yang kak rose masak ni... ikut panduan resepi dari Yatie, tapi kak rose guna ikan tenggiri dan masak pun tak lah sampai seekor.... jadi pandai2 la nak ejas resepi ni kan...
BAHAN-BAHANNYA :-)
- 1 ekor ikan merah (kak rose guna ikan tenggiri)
- 2 biji terung ungu
- 1 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
- 1 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
- 1 keping asam gelugor
- 3 camca besar rempah kari ikan (Baba's)
- 1 camca besar cili kisar
- 1/4 cawan pati santan
- Air secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1/2 inci kunyit hidup
BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
- 4 biji bawang merah kecil, hiris
- 2 ulas bawang putih, hiris
- 2 tangkai daun kari, dilurut
- 1/3 camca teh jintan halus
- 1/3 camca teh jintan kasar
- 1/3 camca teh biji sawi
- 1/3 camca teh halba
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ikan dipotong kepada beberapa bahagian, cuci dan perap dengan jus limau nipis dan sedikit garam selama 15 minit, cuci bersih dan toskan. Terung dikerat 2 setiap 1, kemudian belah 2 setiap keratan. Dan belah 2 tapi tak putus untuk setiap kerata. Rendam. Satukan bahan kisar halus dan rempah kari, kacau hingga menjadi pes. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan). Masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing. Masukkan pes rempah, kacau rata dan masak hingga rempah wangi dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
- Tuang air secukupnya (anggaran 1200 ml), kacau dan masukkan asam gelugor. Bila mendidih, masukkan kepala ikan, masak sekejap dan boleh masukkan terung (toskan) dan cili hijau dan merah. Tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih hingga terung lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain.
Thursday, September 3, 2015
Brownis kedut
Asalamualaikum dan selamat pagi semua.... terjebak jugak sudahnya.... sana sini buat tayangan amal dengan brownis kedut ni, so memang teringin sangat nak mencuba dan ini lah kejadiannya... tidak seperti yang kak rose harapkan pasal rupanya tu... kedutnya tak tau pulak hilang entah ke mana????? tapi walaupun rupa parasnya sangat tak semenggah, rasa nya sangat lah umphhhh gitu... dan lepas sehari rasanya lagi moist n sedap sangat. terim kasih pada semua yang kongsikan resepi ya
kak rose mohon kopi kat sini resepi dari ita masam manis.... tengok step by step nya tu lagi la teruja nak buat.... mekasih ya ita, walaupun inilah rupa kejadian brownis kedut kak rose!
CHOCOLATE BROWNIES KEDUT
Resepi Oleh: Cik Cek
Di kongsikan oleh : Ayu
Rujukkan : Juicy Cake
400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko
Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil. Untuk dapatkan bronies yang enak sebaiknya guna coklat masakkan yang baik kualiti dan mutunya. Barulah rasa coklatnya lebih umph!
Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.
Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.
Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak. Untuk rasa brownies yang lebih enak, pilihan serbuk koko juga amat mempengaruhi kesedapan brownies. Pilihlah serbuk koko yang bermutu tinggi untuk hasil brownies yang lebih lazat.
Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.
Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.
Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.
Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit
Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.

Wednesday, September 2, 2015
WW: Surah Al-Ikhlas
Surah Al-Ikhlas untuk arwah bapa tersayang....
genap 12 hari setelah pemergiannya.... kiriman 10k Surah Al-Ikhlas dari anak mu.... semuga bapa tenang disana dan ditempatkan bersama2 golongan yang beriman. Aamiin.
kehebatan fadhilat Surah Al-Ikhlas, terima kasih kongsikan.
Subscribe to:
Comments (Atom)