Lanai Kijang
Monday, August 17, 2015
Masih di sini....
Asalamualaikum dan selamat pagi isnin yang ceria dari Lanai Kijang, Kuala Lumpur.... ni dah hari ke empat kak rose berkampung kat sini.... ikut encik asben yg menghadiri kursus kat sini, kita pun tumpang sekaki sbb takut nak tinggal sorang kat rumah....jadinya kemana dia pergi kita pun kenalah ikut.... dapatlah meronda melepaskan rindu pada Jalan TAR dan semestinya Sogo....bocorlah poket kak rose. Dan kesian pulak pokok2 kak rose yg kena tinggal....harap2 adalah hujan yang akan tolong siramkan pokok yang kurang kasih sayang tu... mlm ni fly balik ke Penang, dapatlah membelai pokok ditaman kak rose yang sekangkang kera tu....
hari terakhir stay kena tukar bilik pulak.... so berkemas n turun ke 4th floor la kami... bilik yang ni lain sket setting dia dari yang memula tu...x kisah la kan asalkan selesa dan cukup kelengkapan untuk kami nak bermalam..
ruang untuk bermalas2 sambil menghirup kopi ditemani pokok2 yang rimbun dibalik cermin tu... dan nun dibawah sana nampak kolam renang yang tenang...
lunch sebelum balik petang tu... en asben makan nasik goreng kambing, but not to his liking, katanya. camner pun habis jugak dia makan!
and my portion, chickem chop with milky mushroom gravy n segala dayang pengiring. sedap.... sampai dua kali kak rose makan ni semasa stay kat sini. dan healthy bowl yang sangat rich dengan isinya.... laici, kembang semangkuk, sea coconut n sengkuang cina. makan sampai licin.
Saturday, August 15, 2015
Pulut serunding dan kuah durian
pulut serunding dan kuah santan durian emergency....sebabnya en asben bagi tau nak adekan meeting dengan anak2 buahnya kat rumah malam tu. masa tu dah pun dah hampir pukul 6 petang dan dia kata buatkan pulut ni... tak ke melompat kak rose nak memasaknya... maklumlah kita ni bukan chef yang serba tau, nasib baik jer semua bahan dah ade kat rumah.... so bersilat la kak rose kat dapor petang tu... pulut pun tak sempat nak rendam, terus jer kukus dengan lebih sedikit santan tu... dan serunding udang kering pun memang ada ready stok... tinggal nak tepekkan jer!
tapi tang kuah santan durian ni, memanglah kena masak jam tu jugak... sambil kukus pulut, siapkan pulak kuah santan durian ni...dan durian pun memang ada stok dalam fridge lebihan en asben jamu anak2 buahnya lepas raya hari tu...bli sampai 2 tong besar... tak terabes so perisi dan simpan dalam fridge, dan inilah penyelamat dikala suntuk2 cam ni....terus buat kuah santan durian untuk digandingkan dengan pulut tu.
buat dua jenis sbb en asben bagi tau ade anak buah nya yang tak makan durian pulak.... tu yang godek fridge cari serunding udang kering n panaskan semula... masak jer pulut terus tepek dengan serunding, potong cili n daun pandan...kelam kabut pun nak buat cantik2 jugak, biar berselera nak makan...
yang hantu durian makan sampai bertambah2.... dan ade sedikit baki pulut dan kuah kak rose tapau bagi derang bawak balik... habis semua, senang kak rose nak kemaskan periuk belanga.

Friday, August 14, 2015
Cucur kentang lenyek
kalau dah memang penggemar cucur, apa pun isinya pasti kak rose suka. selalu jugak buat cucur kentang ni, tapi tak pernah pulak dengan cara lenyek cam ni. bila tadi ade yang kongsikan kat fb pasal cekodok kentang lenyek ni, apa kata kalau kita mencubanya kan... sedap dan lembut jer. ada jugak yang buat dengan diisikan bahan2 savoury, terus lah teringat macam nak buat begedil pulak kan... yang ni versi yang manis,dan tak sah kalau tak cicah dengan sambal kicap kan...
resepi nya kak rose dapat dari fb, mohon nak kongsikan kat sini ya.. kak rose buat separuh dari adunan ni...
dan tu dia!!!! stok sambal kicap jawa kak rose yang lebih banyak gula dari cili!.... buat banyak2, simpan dalam fridge, nak makan tinggal cedok jer. senang keja kan!
resepi nya kak rose dapat dari fb, mohon nak kongsikan kat sini ya.. kak rose buat separuh dari adunan ni...
-8bj kentang(rebus & lenyek
halus)
-12sudu bsr gula
-1/2 sudu kecil garam
-1/2 peket tpg gndum
-sedikit soda bicarbonat
Cara2:
-kentang d satukan dgn gula & garam
-masuk tpg gndum
-masuk soda & air sedikit demi sedikit..jgn lembik sgt..
(gaul dgn tgn lebih afdal..kikikiki)
-biarkan 5-10min
-grg dlm myk yg byk hingga kekuningan..
-12sudu bsr gula
-1/2 sudu kecil garam
-1/2 peket tpg gndum
-sedikit soda bicarbonat
Cara2:
-kentang d satukan dgn gula & garam
-masuk tpg gndum
-masuk soda & air sedikit demi sedikit..jgn lembik sgt..
(gaul dgn tgn lebih afdal..kikikiki)
-biarkan 5-10min
-grg dlm myk yg byk hingga kekuningan..
dan tu dia!!!! stok sambal kicap jawa kak rose yang lebih banyak gula dari cili!.... buat banyak2, simpan dalam fridge, nak makan tinggal cedok jer. senang keja kan!
Thursday, August 13, 2015
Apam susu
apa susu yang kak rose buat tiga hari lepas... bila tengok ramai kawan dok tayang apam ni mula la rasa nak buat jugak.... gigih mencari ovelette semata nak buat apam nih. tapi kejadiannya sangat lah tidak secantik yang kawan2 dok tayang tu.... kononnya merasmikan acuan silikon tu, dah siap adunan teruslah tuang dalam acuan dan kukus.... tiba masa nak kuorkan, sekali dia melekat pulokkk!!! dan dengan tak sabarnya korek dengan spatula... kuorlah dia dengan keadaan sompek sana sini....
resepinya kak rose copy dari blog Yatie, mekasih ya... tapi memang jeles bila tengok yang dia buat tu.... halus mulus jer keluar dari loyang. apa pun tetap sedap n gebus apam nih.
Bahan-Bahan
Cara-cara
resepinya kak rose copy dari blog Yatie, mekasih ya... tapi memang jeles bila tengok yang dia buat tu.... halus mulus jer keluar dari loyang. apa pun tetap sedap n gebus apam nih.
Bahan-Bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 4 biji telur
- 1 cawan gula halus
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 sudu besar ovellete
- 4 sudu besar susu pekat manis
- 4 sudu besar minyak jagung/minyak masak
- Pewarna dan perisa yang di sukai
sompek sompek pun nak enter frame jugak!!!!
Cara-cara
- Panaskan kukusan dahulu sebelum kita mulakan proses membuat apam
- Mula-mula satukan tepung bersama baking powder kemudian di ayak. Ketepikan
- Dalam bekas pemutar, satukan telur, gula halus, ovellete dan esen vanilla
- Kemudian putar sampai gebu dan adunan bertukar ke warna putih
- Masukkan susu pekat manis. Putar lagi hingga sekata
- Tambahkan pula minyak jagung dan putar lagi
- Masukkan tepung dan baking powder yang telah di ayak tadi. Kaup balik adunan rata
- Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 warna
- Setiap warna pilihan boleh letakkan perasa yang di sukai jika suka.Gaul rata
- Sediakan loyang 8 inc dan sapukan mentega pada loyang
- Tuangkan adunan berselang seli warna hingga habis
- Kukus dalam kukusan yang telah mendidih airnya selama 40 minit
- * tutup kukusan hendaklah di balut dengan kain supaya wap air tidak jatuh atas apam
- Angkat apam setelah masak.Keluarkan dari loyang..Potong apam bila ianya telah sejuk.
Wednesday, August 12, 2015
Tuesday, August 11, 2015
Begedil daging
Raya sebulan kan.... dan selagi tak habis bulan raya, jadinya open house pun masih nak buat jugak kan... dan begedil daging ni kak rose buat untuk digandingkan dengan soto masa open house untuk kawasan perumahan kat sini... bila buat untuk rumah terbuka memanglah banyak nak kena sediakan... so kak rose buat dua hari awal dan frozenkan... tiba harinya tinggal nak gorengkan saja... memudahkan kerja... dan ayam carik2 pun kak rose siapkan awal2... beli bahagian yg isi saja, gorengkan dan siat2 kan...
dua packet daging cincang kak rose goreng dulu baru campurkan dengan kentang lenyek..
2.5kg kentang yang telah direbus dan lenyekkan... ready untuk dicampur dengan bahan2 lain...
dan ini lah jadinya... part of 150 biji begedil dah ready... frozenkan dulu n then boleh simpan dalam bekas..
mula tu buat sikit dulu n try test... lembik ker, masin ker... Alhamdullilah semua ok jer..
baru tau cara goreng begedil supaya minyak tak berbuih sbb telor tu.... goreng deep fry, bila dah timbul baru masukkan next biji... tapi kak rose tak tunggu pun, terus masuk jer.... hingga last gorengan minyak masih elok... tak berbuih! terima kasih Nora n Sha bagi petua ni.
1st batch untuk hidangan masa open house tu...Alhamdullilah semuanya mendapat feedback yang bagus.... kuah soto pun habis kering... nasib baik kak rose tak pegang kamera masa derang tungging periuk kuah dan sambal kicap jawa kak rose tu... he he he
resepi yang kak rose guna....semua kak rose gandakan untuk begedil ni.
Bahan-bahan
1 kilo kentang (dikupas kulit)
400 gram daging (direbus dan dicincang halus, juga boleh ditukar dengan ayam jika mahu) (kak rose guna daging cincang)
50 gram daun bawang (dipotong halus)
50 gram bawang goreng
2 tangkai cili dipotong halus (untuk pedas, boleh tambah mengikut selera
1 sudu lada sulah
5 sudu tepung serbaguna (atau tepung goreng ayam)
3 biji telur (dipukul)
sedikit garam.
Minyak masak untuk menggoreng.
Cara memasak
Rebus kentang sehingga empuk. Kemudian toskan dan lenyekkan.
Campurkan kentang yang telah siap tadi dengan daging, daun bawang, bawang goreng, cili, lada sulah, garam dan tepung serbaguna. Gaulkan sehingga sebati dan menjadi doh.
Bentukkan doh tadi menjadi doh bulat yang lebih kecil.
Panaskan minyak menggoreng. Celup doh yang telah dibentuk tadi ke dalam telur dan goreng sehingga kuning keemasan. Tidak perlu menggoreng lama kerana bahan-bahan tadi telah pun dimasak terlebih dahulu.
Angkat dan siap dihidang.

Monday, August 10, 2015
Laksa johor yang sedap
laksa johor yang kak rose buat masa open house hari tu...memula tu ragu2 jugak buat laksa johor ni sbb kat sini kan tersangat lah femesnya dengan laksa penang derang kan.... takut jugak kalau orang tak biasa nak makan laksa johor....tapi alhamdullilah, memang diluar dugaan kak rose, dengan lima kilo ikan kembung yang gemuk2 buat kuah tu.... habis semuanya, siap menambah2 lagi derang makan... susah nak jumpa laksa johor yang sedap cenggini kat sini katanya.
kak rose guna resepi dari blog Azie sebagai panduan... dan selebihnya main ikut apa yang tekak kita rasa sedap la kan.... dan syukur sangat2 ramai yang menyukainya.. mekasih ya Azie kerana resepinya.. dan kak rose gandakan lima kali bahan2 untuk laksa ni.
memula tu rebus 3 packet jer spaghetti ni.... dan akhirnya tambah lagi 3 packet... Alhamdullilah, semuanya habis....
kak rose guna resepi dari blog Azie sebagai panduan... dan selebihnya main ikut apa yang tekak kita rasa sedap la kan.... dan syukur sangat2 ramai yang menyukainya.. mekasih ya Azie kerana resepinya.. dan kak rose gandakan lima kali bahan2 untuk laksa ni.
Laksa Johor
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 paket spaghetti - makan 10 orang
1kg ikan sardin/selayang (rebus)
¾ cawan rempah kari ikan Babas (kak rose guna kari adabi)
½ cawan cili kering yg dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
½ cawan minyak masak
1 sudu besar kerisik
Garam
Serbuk perasa
Asam keping (kak rose tambah)
Bahan kisar:
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar
Cara cara:
Ikan
dibersihkan pastu kukus. Ada orang rebus tapi kalau kukus lagi senang
nak carikkan isinya. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang
tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.
Panaskan
periuk bubuh 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai
naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit.
Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira-kira lima minit.
Pastu
masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit
minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan
air dan 2 cawan santan. masukkan juga asam keping Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan
kerisik.
menyediakan ulam2... potong timun ni yang amik masa....
konon le nak wat cantik2 kan...
daun kesum yang segar from my own sekangkang kera garden
Ulam ulam:
Timun
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Kacang panjang
Limau kasturi
Lobak asin (kak rose tak de yg ni)
Bawang besar
Sambal lada (lada merah+ciliapi+udang+asam limau, blend)
laksa johor dan lontong untuk tetamu kak rose...
Subscribe to:
Comments (Atom)