Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, May 6, 2010

Lauk hari ni....

Selamat tengahari semua..... tentunya waktu sekarang ni tengah berehat2 lepas lunch.... dan ni lauk lunch kak rose hari ini.....masak yang senang2 je dan cepat boleh siap dan makan...... dan yang paling penting, kenyang.... Alhamdullilah.... ishhhh... lupa segala nak kurus tu!

sambal tumis udang

sayur kegemaran.... mixed vege yang sempoi ...

ikan siakap goreng.....

dah habis dah..... Alhamdullilah kenyang.

Wednesday, May 5, 2010

Ikan siakap kukus


ni barulah lauk untuk lunch ari ni.... tapi dah dekat kul 4 petang lom lunch lagi..... sebab tadi bekpes sangat lambat ..... pot pet dengan ibu sharifah sampai lupa .... sudahnya bekpes dah kul 11.30 jadi lunch pun lambat lah. masak ikan kukus ni pun yang simple sangat dengan bahan yang ada je..... resepi main belasah je... tapi sebenarnya ada gak jeling2 resepi CMG tu tapi disebabkan banyak bahan yang tak de dalam simpanan jadinya kak rose pun main taruk mana yang ada je... sayur kak rose letak cauliflower, carrot, tomato dan green capsicum.... letak sikit minyak zaiton.....hmmmm nyam nyam...

close-up sikit....ikan siakap kukus yang tertimbus dek sayuran....

Ayam paprik

Selamat tengahari semua..... eh dah petang dah... tentunya semua dah lunch kan....lauk ayam paprik ni kak rose masak semalam lagi tapi ni baru nak tepek kat sini.... kalau simpan dah basi dah tapi nak gak tayang .... buat pun dengan bahan mana yang ada dalam fridge je.... sayur cuma carrot n cauliflower .... asalkan menepati citarasa kami sekeluarga kira ok la tu kan.... Alhamdullilah kenyang pewot kami anak beranak.

Tuesday, May 4, 2010

Kerabu mangga


Salam semua.... ha hari ni baru lah aman sikit nak memasak.... sebab kerja2 ubahsuai tu dah siap sepenuhnya....tapi keja mengemas la pulak.... x pe tu boleh buat pelan2 kan.... yang penting nak masak dan makan2..... so ari ni stat masak tapi yang simple2 jek.... yang penting perut kenyang.... kerabu mangga ni amik resepi dari sini.... tapi kak rose tak letak kerisik sbb tak ada stok.... tapi rasa memang ok.... so kak rose cnp resepinya dan tepek kat sini ya.....

+ 3 biji mangga muda
+ 1 cawan udang kering
+ 1 cawan kacang goreng
+ 3 labu bawang besar
+ 2 biji cili merah
+ 5 biji cili padi
+ 3 batang serai
+ 4-5 helai daun limau purut
+ 4-5 biji limau nipis (perah ambil jusnya)
+ 1 paket kerisek
+ gula dan garam secukup rasa

Mula-mula sekali, udang kering disanggai/sauté selama 5 minit.
Kemudian, masukkan udang kering tadi ke dalam batu lesung dan tumbuk sehingga lumat.
Sekarang tumbuk kacang dan biar hancur kasar sahaja supaya kerabu mangga ini ade rasa ranggup. (paham ke? :P ) (kak rose x letak)
Potong buah mangga secara memanjang.
Bawang besar, serai, cili padi & daun limau purut dimayang. Cili merah dipotong memanjang
Masukkan kesemua bahan-bahan tadi, kerisek, air asam limau, gula dan garam secukup rasa. Gaul rata sehingga sebati semua bahan-bahan tadi.
Dah siap....

kerabu mangga dah siap.... jemput makan semua....

Monday, May 3, 2010

Selamat bertunang, Kak Chik

Selamat bertunang pada Kak Chik, anak buah kak rose yang berada di JB.... dia ni adalah kakak kepada Imah yang bertunang pada February lepas dan kini giliran kak chik pulak. tahniah buat kak chik dan jangan lupa jaga diri elok2 dalam masa bertunang ni kata orang darah manis jadi kenalah lebih berhati2.... Majlis bertunang dan merisik sekali.... bertuah kak chik dapat 2 bentuk cincin sekali gus.....sekali lagi tahniah....dan antara barang hantaran dari pihak pompuan....

sirih junjung

hantaran dari pihak pompuan

kemeja dan perfume

pulut kuning

cekelat.....cantik nya munge2 gitu...

sirih junjung dari pihak lelaki

bekas cincin yang comel

aneka buah2an

sepasang persalinan buat kak chik

dinar emas dan perak..... he he he.... cekelat jer...

Award dari Love




Love, tq for the awards, kak rose suker sangat.... tu yang amik banyak2 dan gantung kat sini..... terima kasih sekali lagi dan may our cyber friendship will last forever even we may not be able to see each other in person....

Saturday, May 1, 2010

Matrik, UiTM. Yang mana satu?

Selamat pagi semua.....
andai anda di beri pilihan....bagaimanakah cara nak memilih pilihan yang terbaik buat anak anda..... ni berkenaan tawaran kemasukkan anak ke IPTA.....tawaran ke Matrik dah terima awal lagi dan telah buat bayaran dan persediaan, manakala UiTM baru dapat malam tadi....tapi mlaang sungguh pagi ni nak tengok sekali lagi portal UiTM tu dah "Page not found'.... try banyak kali pun cam tu jugak..... cuti hari buruh ke? nobody men the portal? camnaler budak2 tu nak cek terima tawaran atau tidak ya?.....entahlah.....
K, kak rose nak cau balik Johor pagi ni.... sampai jumpa lagi....semuga bila balik nanti akan dapat buat pilihan yang tepat dan terbaik untuk masa depan anak. Cau dulu, bye bye....