Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, December 31, 2024

Doa malam 1 Rajab

 Asalamualaikum dan salam 1 Rajab 1446H dan selamat tahun baru 2025


 


terima kasih pada yang kongsikan doa ni di fb dan kak rose mohon kongsikan kat sini pulak ya. 

** Last post n bye bye 2024.

Thursday, December 26, 2024

Rojak tauhu

sesekali teringin nak makan yang lain sket lah... pernah makan masa g kampung kakak kat batu putih, memang sedap sangat sampai teringat2 dibuatnya... dan kali ni bile pergi lagi memang kedai tu lah yang di tuju. tapi sayang kali ni memang lain benar dengan apa yang kek rose pernah makan satu ketika dulu.. mungkin sebab oder tapau yang banyak jadinya dia buat cincai boncai jer ker? dengan kuah kicap yang cair pedas berdesing dan tauhu yang keras semacam, memang tak puas hati lah dibuatnya kan..
so bila balik rumah kita cuba lah buat sendiri, tapi yang saladnya sajalah.. kuah rojak yang sedap ni oder dengan kawan sekampung. baru lah puas hati makan bertambah2... dan yang sempat amik gambar ni yang kak rose bagi kat rumah adik. yang sendiri makan memang tak sempat nak amik gambo lah...
bahan yang kak rose ada tauhu goreng yang sangat lembut dan sedap, daun salad, timun jepun, sengkuang dan sedikit carrot yang disagat. tak lupa taburan kacang tanah yang disangai dan ditumbuk sedikit hancur. curah kuah rojak yang sedap tu... dan nikmatilah sepuasnya... Alhamdulillah 😋😋
 

Saturday, December 14, 2024

Mencari Redha Allah

 Terima kasih atas perkongsian, juga pesanan buat diri sendiri..

 


Bbrp kali sy tgok sakaratul maut, Tp yg plg memberi kesan is org yg plg sy syg, kedua ibu bapa sy. Bila teringat muka masa allah nak ambil nyawa, mata dia, mulut dia, Ya Allah. Pedihnya yg sy rasa bukan kepalang. Mula2 ya ok. Lama2 rasanya makin sakit sgt bila teringat.
.
Hinggalah ada antara sorg guru sy, jumpa sy lewat malam, duk minum dgn sy. Dia bgtahu, antara pelajaran dlm ilmu tasawuf, is to Live in present, kena hidup pd masa ini. bukan masa lepas, dan bukan juga masa depan.
.
Kalau kita hidup pd masa lepas, masa yg sakit, kita akan terus sakit. Kalau kita hidup pd masa lepas yg happy, sbnrnye kita juga akan sakit. Sbb masa itu dah takda lagi dgn kita.
.
Dan
.
Knp pula takboleh hidup pd masa depan.
Sbb masa depan tu Allah yg punya. Kn kita ni merancang saja. Tp kalau terlalu hidup, kejar, dan hidup pd masa depan. Apa yg kita akan hilang?
Of Course, kita akan hilang masa kita yg sekarang.
.
Katanya, hidupilah dan nikmatilah pd masa akan yg ada skrg. Masa dgn anak2, masa dgn keluarga dn plg penting untuk agama. Ya, masa skrg ni. Saat ni. Masa yg anda smua tgah baca tulisan sy ni. Gunalah sebaik baiknya.
.
Sbb masa yg akan dtg belum tentu ada kn? Masa yg lepas pula, dah takkan ada lagi. yg kita rindu masa kecik2 dlu, balik raya main dgn sepupu, zaman remaja, hidup mcm tak ada mslah. Masa tu dah tak ada. Yg kita ada cuma masa yg skrg.
.
So nak tak nak, For sure, Hidup kena jalan terus. Mcm jalan raya kat belakang sy ni 🙂
.
Tanpa terlalu fikir dan risau tentang dunia, trlalu risau tentang rezeki, sbb itu semua allah punya. Takda apa yg kita punya. Even PUNYA itu pun, allah yg punya.
.
Tentang masa yg ada?
Katanya pd sy. Kejar satu saja, Redha Allah.
Buat apa sj, untuk keredhaanNya.
.
Nak kejar dunia, boleh, mmg kena pun, tp bukan utk dunia, bawa utk akhirat, utk redhaNya. Nak kaya, niat utk kesenangan org lain, utk agama.
.
Dulu sy nak buat apa2, terlalu berkira2 dgn pahala.
Contohnya..
Dgn Rm50, kat mana yg sy letak, utk dpt lebih byk pahala. Contoh yg sy fikir, bg Al Quran pd anak tahfiz, akan lebih byk dpat pahala dripada bagi makanan pd org yg tgah memerlukan. sbb kalau makan, cuma sekali pahala. Instead of bagi Al Quran pd anak tahfiz.
.
Tp kata guru sy, pentingkan yg mana lebih dtg dulu pd kita. Kalau org yg susah tu di depan mata, lapar, atau ada keperluan lain yg org lain perlukan, berlaku dah depan mata. Katanya kalau boleh utamakan yg itu.
.
Sbb, ukuran pahala tu hanya pd Allah.
Iaitu, Semestinya mendapat keRedhaanNya.
Boleh jadi pahala yg bg org makan td lebih byk..
.
Itu bergantung ikhlas dan keadaan hati kita.
Sb kebaikan yg dtg dri kita pun sbnrnya bukan dri kita.
.
Even,
Segala pemberian, pertolongan, yg kita buat, untuk org lain.
Set dlm kepala, atau zahirkan pd mereka,
“Ini semua dari Allah yg bagi, bukan dari aku, aku ni cuma perantara saja” Insyallah, Hilanglah keakuan dlm diri.
iaitu merasakan, aku yg tolong, aku yg pandai, aku yg bagi itu ini, ni semua sbb aku, kalau takda aku tak jadi mcm ni, dan mcm2 lagi.
.
Ok,
.
Now, its time, to live in the present.
Yg lepas, dah berlalu, tentunya ada hikmah.
Hari Esok, belum tentu ada.
Hiduplah nikmatilah masa yg ada.
.
but at the same time, dia juga pesan untuk,
Dtglah pd Allah, sekosong kosongnya.
Insyallah nt sy cerita lg tntg ni.
.
Sy cuma sampaikan pesan.
dan Pesanan ini juga utk Sy yg hina
 
** credit fb Rafie Rahim

 

Wednesday, December 11, 2024

Sunday, December 8, 2024

Lemak putih pucuk ubi

Lauk kampung yang sangat pebret... petik jer daun pucuk ubi belakang dapo kat rumah kampung, fresh dari kebun dan sangat lembut daun pucuk ubi yang curly ni.
 

Bahan-bahan:
1 cekak pucuk ubi - celur hingga lembut
500ml santan pekat
1 mangkuk kecil ikan bilis
3 biji bawang merah - tumbuk kasar
1 biji cili merah - hiris kasar
garam dan perasa pilihan secukupnya


Cara:
1. Masukkan santan pekat ke dalam periuk bersama kesemua bahan yang lain.
2. Panaskan periuk di atas api sederhana panas.
3. Kacau sekali-sekala sehingga kuah mendidih agar tidak pecah santan.
4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan

Saturday, December 7, 2024

Ayam masak bali

 


 Bahan-bahan
Ayam ~ 3 keping wholeleg
1 biji bawang besar / 6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 sudu serbuk kunyit ~ k.nor guna 1in kunyit hidup
1 sudu kecil ketumbar (coriander powder)
1 sudu kecil jintan manis (aniseed)
1 sudu kecik jintan kasar (ground fennel seed)
3 batang serai (2 dikisar dan 1 diketuk)
Kicap pekat ~ k.nor letak 1 sudu besar
Cili kering ~ k.nor letak 2 sb cili mesin
1 tangkai daun kari
3-4 helai daun limau purut
Asam keping
Minyak masak
Garam
Gula

Cara-cara
Kisar bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis, jintan kasar, cili kering dan serai.
Gaulkan bahan yang dikisar bersama-sama kunyit dan kicap pekat. Kemudian perap ayam dengan bahan ini.
Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali. Bahan perapan jangan dimasukkan lagi.
Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi. Masukkan juga daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Siap untuk dihidangkan. Selain nasi, boleh juga dihidangkan bersama-sama nasi impit.

* * Cara K.Nor:
Setelah ayam digoreng 3/4 masak, angkat dan ketepikan.
Pastu tumis semua bahan2 perapan hingga kering dan masukkan sedikit air dan masak lagi hingga pecah minyak.
Pastu boleh la diteruskan kaedah berikutnya spt dlm resipi.