Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, January 27, 2020

Snacking time againnnn....

Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan..

 menu dari tukang masak yang tak berapa nak rajin ni.. bila tukang makan dah lunch kat office, jadi bila balik rumah ini lah tea time aka dinner kami... nasib baik tukang makan tak cerewet, makan apa saja yang tukang masak hidang... lagi lah bertambah vitamin m yang memang dah sedia banyak ni.. cekodok ikan bilis yang lembut gebus ni pun laju jer kami makan... Alhamdulillah.

 kuih bom frozen... tinggal nak goreng jer..

 yang ni memang sentiasa ready stock.. senang kerja tukang masak, kan.

 samosa daging frozen dari Azzain mart... tinggal nak goreng jer!

 ade sikit kerajinan, menjala dan buat kari ayam... bertambah2 makan roti jala!

 popia sayur, buat banyak dan frozenkan... memudahkan kerja tukang masak.

 ubi goreng ciciah dengan sambal kicap jawa yang mabeles

 pulut cicah dengan serunding udang kering

 pengat ubi pulak dengan sagu mata ikan.

 cekodok sayur pulak..bersama nescafo o kosong dan horlick

sementara ada kerajinan dan stok bahan pun ada, buat lah kuih cara berlauk ni... bila lama tak buat, jadinya makan baaaaaanyak lah. sedap!

3 comments:

Umi Nazrah said...

Alhamdulillah ni dah macam brunch ni. Hehe. Kami pun bruch nasi lemak ikan siakap masak sambal pagi ni ๐Ÿ˜

Kak Rose said...

Umi, ni la kak rose punya dinner... mmg tak rajin lah kalau nak masak2.

asd said...

ZumaQQ adalah situs judi online yang menyediakan deposit via pulsa1:13 PM 20-Jan-20
Dengan keunggulan tersebut memudahkan membernya dalam melakukan deposit
Sehingga sangat banyak sekali bettor judi online yang bermain disini
Agen Domino Terpercaya dengan bonus new member 30%
WA : +6281263106553