Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, October 10, 2017

Al-Fatihah

 Bismillahhirohmannirohim... Inalilahiwainailaihirojiun, Al-Fatihah buat arwah emak tersayang. Dah sepuluh hari berlalu... kuatkan diri untuk  nak abadikan kat sini buat kenangan dan tatapan dimasa akan datang... arwah mak dijemput Ilahi pada pagi Ahad 1 Oktober 2017 bersamaan dengan 10 Muharam 1439 di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang setelah admitted selama 3 hari  dan sebab yang tertulis dalam sijil kematian ialah sepsis secondary to cap with underlying advanced heart failure... tenanglah mak disana. Aamiin

 Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu... semuga Allah ampuni mak, rahmati mak, maafkan mak, muliakan kematian mak, lapangkan kubur mak, jadikan syurga sebagai ganti tempat tinggal mak dan tempatkan mak dikalangan orang orang yang beriman.... Al-Fatihah.

 gambar sewaktu buat follow-up terakhir diHEBHK... setiap kali follow-up pasti kak rose ade menemani mak berjumpa doktor.

dan tiap kali mak admitted, sepanjang mak dihospital, selama itu lah jugak kak rose akan berada disisi menemani mak siang dan malam... dari awal mak admitted hinggalah waktu discharge.  bila dengar je mak admitted kak rose akan terus ke sepital, begitu juga kali ni dari shah alam terus ke hospital untuk bersama mak...kali ni jugak hingga mak discharge dari sepital tapi dengan keadaan yang sangat berbeza... mak pergi menemui penciptanya dan tak kan kembali lagi...😢😢😢.. Redhokan pemergian mak, dan kak rose sangat beruntung kerana dapat menjaga dan bersama  mak hingga akhir hayatnya, sempat mandikan jenazahnya, sempat memakai kan mak baju terakhirnya yang putih bersih dengan wangian kapur barus dan air mawar... selamat bersemadi ditempat baru mak, Al-Fatihah. hilanglah doa dan satu keberkatan di sisi Allah dari mak buat kami anak2nya...

5 comments:

AsFaLeLa .. said...

Salam takziah....semoga roh Bonda puan sudah berada di Jannah Firdausi...dikelilingi oleh para Aulia dan para Nabi..

..samalah kita..baru juga kehilangan Bonda tercinta...AlFatihah buat mereka

A Baker's Endeavours said...

Salam takziah buat Kak Rose dan keluarga.

Juls Julie80 said...

salam takziah kak..sedih saya baca entry ni.. x dpt nak bayangkan kalau kehilangan mak lepas kehilangan arwah ayah 16thn yg lepas.. :'(

semoga mereka yang dah pergi dicucuri rohnya dan ditempatkan dikalangan hamba Allah yg beriman.

semoga akak sekeluarga kuat menghadapi dugaan ni. Insyaallah..amin2

Norhayati Mohd Isa said...

اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ

“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya"

Salam takziah kak rose..
Rasa bahagia bila dapat berbakti pada mak di saat akhir mrk kan kak rose..
Saya masih terasa akan pemergian mak wlpn dah 3 tahun mak pergi..

Al fatihah buat mereka..

ros said...

Innaalillahi wa innaailaihirajiuun
Allahumaghfirlaha warhamha waafihi wa'fuanha.. aamiin
Moga diampunkan & dimudahkan urusan mak Kak Rose..
Takziah buat Kak Rose sekeluarga.