Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, October 24, 2009

Deepavali

Teman dan keluarga ku d Langkawi..... kami semua berjauhan dari keluarga..... dan sebagai gantinya inilah keluarga besar kami yang sangat rapat....semuanya kekenyangan selepas celebrate deepavali d rumah ina..... muga tahun-tahun akan datang kita akan dapat bersama lagi seperti ni..... psssst... tengok yang baju pink tu.... eeee.... besonya..... malu I....bila nak kurus nih.... dari raya hingga deepavali asik makan je.....

Dah abis makan makan dan borak2, anak pun dah penat tapi ibuk2 masih dok pot pet pot pet lagik.... sampai anak pun dah x larat..... ni lah jadinya...... Fatin Amani yang naughty but smart girl....
Kuih muih deepavali d rumah Ina dan Siva..... semuanya muruku...... bulat, bujur, bersegi, pintal-pintal...... semuanya ada....

keropok yang ku goreng dan bawa g rumah ina.... kita makan sama-sama k..... Kopok ni datang dari jauh tau.... Imported frm Narathiwat, Thailand lagik..... pemberian mek yang jauh....tima kaseh bebaaaaanyak mek.....

Pudin roti marble yang ku buat dan bagi ina untuk jamuan hari deepavali..... sekejap je dah abis.... agaknya sedap kot..... tapi memang sedap pun..... budak2 pun suka..... amik resepi d rumah hana..... leh tengok sini resepinya..... tapi kita terlupa bubuh butter tu.... apa-apa pun rasanya memang sedap walaupun terlupa letak butter tu.... banyak kali dah wat puding ni.... ada yang letak butter dan x letak.....tima kasih hana kerna share resepi puding yang sedap nih.... nak gak CP resepinya.......laen kali leh wat lagi......

Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2(kak ros guan agar2 tali je)
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)(lupa nak letak)
  • 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

Apam pelangi..... tapi dah menderhaka kerna pelanginya dah x de.... malas lah pulak nak wat kaler-kaler tu.... buat satu warna je dan kukus dalam loyang..... wat sarapan pagi tadi cicah ngan kelapa parut. sedap... resepi dari dyna My resepi. Kak rose CP resepinya ya.....

Bahan-bahan ( bergantung kepada saiz acuan )

  • 1 cawan nasi yang dah masak
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula (kak rose kurangkan sikit gula, a bit too sweet for me)
  • 1/2 sudu kecik yis (mauripan)
  • pewarna yang disukai

Cara-cara

  1. Nasi dan air diblend bersama sehingga nasi hancur
  2. Tepung beras dan tepung gandum diayak terlebih dahulu... kemudian digaul sebati dengan gula dan yis
  3. Satukan nasi yang diblend dengan adunan tepung td... digaul sehingga sebati...
  4. Sebelum perap.. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ikut bilangan pewarna.. pastu letak pewarna dan gaul sebati...
  5. Perap selama 3-4 jam... masukkan dalam acuan yang disukai... baru dikukus mengikut saiz acuan berkenaan.. klu kecik kukus la dlm 10-15minit.. klu acuan besar kukus la selama 30-40minit...
  6. Bleh la nak makan terus atau makan ngan kelapa parut bergaram...

No comments: