Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, February 20, 2025

Tang yuan

praktis buat untuk berbuka dibulan puasa nnti je gamaknya... sebenarnya lama sangat dah tak buat dessert mudah ni, tapi bila ada yang request nak makan maka rajin kan diri buat lah.. memang mudah sangat nak buat dan bahan pun sangat jimat yet sedap lah buat kak rose.. kawan2 boleh lah try untuk dessert bukak puasa nanti kan...
 
Syrup
1/3 cup sugar
1.5 cups water
2-3 pandan leaves/screwpine leaves
(kak rose tambah few slices halia dalam sirap ni as per cook's suggestion)

Rice Dumplings
2 cups glutinous rice (sticky rice) flour
1 Tbsp fine sugar
7 oz water
food coloring ( 2-3 different colors ) (kak rose guna 4 colors)

Method:

  1. To prepare syrup, boil water in a pot. Add the screwpine pleaves and let it boil on medium fire for 5 minutes. Add sugar and let it boil for 5 minutes. Lower fire and let it simmer to another 15 miuntes. Sugar can be added to taste if you like. Set aside.
  2. In a big bowl, mix glutinous flour with sugar.
  3. Add water and knead to form a paste. Continue to knead until it form a soft dough and no longer sticks to your hands.
  4. Divide into 3-4 portion and add 2-3 drops of food coloring to the each portion of dough.
  5. Divide into small balls and lightly shape into balls using both palms.
  6. Set aside a few hours or overnight as this will make the dough a bit harder and easier to handle. (kak rose x simpan pun, pas bancuh tu terus jer bulat2kan)
  7. Boil another pot of water, drop the dumplings into the boiling water. As soon as it floats to the transfer it to the syrup water.
  8. Serve. (kak rose sejukkan dalam fridge dulu baru serve... best makan sejuk2...)
Cook’s Note :
You can add a few slices ginger to the syrup water if you like. Or you can replace the fine sugar with palm sugar or brown sugar using same method.


Tuesday, February 18, 2025

Pulut serunding

pulut serunding emergency namanya ni. nak serve lepas isyak, tapi lepas maghrib baru nak prepare kukus pulut tu. nasib baik serunding tu memang ada buat earlier of the day. so cuma nak siapkan pulut tu lah. Alhamdulillah sempat siap seadanya lah untuk jamu orang yang datang tolong pasang khemah nak kenduri tu...
 

serunding kelapa udang kering yang kak rose dah buat awal hari tu sebanagi penyelamat lah kiranya... jom kak rose kongsikan resepinya.. 

Bahan2nya
 
1 biji kelapa kulit basah, parut putih*
1/3 camca teh serbuk kunyit*(*digaul rata)
3 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
2 camca besar cili kisar (atau lebih jika nak pedas)
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci lengkuas*
3 batang serai, hiris halus*
1 camca besar penuh ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
4 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa 

Cara:

  1. Kelapa parut yang telah digaul dengan kunyit tadi disangai dalam kuali selama 2-3 minit, angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan udang kering, tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana. Masukkan garam secukup rasa gula (selalunya serunding agak manis sedikit) dan daun limau purut, kacau rata dan biar masak sekejap.
  3. Masukkan kelapa tadi dan gaul rata, masak dengan api kecil sambil dikacau hingga serunding tadi kering dan ringan, tapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.


Monday, February 17, 2025

Siakap stim a la thai

 

Bahan-bahan:

  • Seekor ikan siakap
  • 2 biji limau nipis (dipotong dua) (kak rose guna sebiji lemon)
  • 1 batang serai (dihiris nipis)
  • 5 halia (dihiris nipis)
  • 3 cili merah kecil (dihiris)
  • 3 cili hijau kecil (dihiris)
  • 5 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 batang daun ketumbar
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 4 sudu besar sos ikan (kak rose gantikan dengan satu sudu makan sos tiram)
Cara kukus ikan
1. Bersihkan ikan siakap dan hiris bahagian badannya.
2. Selepas itu, masukkan halia dan serai ke dalam perut ikan.
3. Kemudian, perahkan jus limau nipis ke atas ikan untuk menghilangkan bau hanyir.
4. Setelah itu, kukuskan ikan selama 5 minit dan biarkan seketika pada suhu api perlahan.

Cara masak kuah stim ala Thai

1. Gorengkan bawang putih di dalam kuali sehingga warna kuning keemasan.
2, Padamkan api dan masukkan sedikit air suam, setengah kiub pati ayam, sos tiram, 1 sudu kecil gula, cili hijau, cili merah, lebihan serai dan perahan jus limau.
3. Rasa dahulu kuahnya dan tambahkan air, garam dan gula mengikut citarasa sendiri.
4. Kemudian, kacaukan kuah sehingga semuanya sebati.

Langkah terakhir
1. Tuangkan kuah stim ke atas ikan siakap dan taburkan hirisan daun kertumbar.
2. Kukuskan lagi ikan siakap bersama kuah selama 3 minit.
 

Kak rose kukus  8 minit dan 2nd tu 5 minit lagi. siap!

Sunday, February 16, 2025

Yee sang? Nooo lah!

 



Bukan yee sang tapi salad sayur lah kononnya... tapi tak healthy lah sebab guna kuah kacang untuk pecal jawa tu. tu pun beli yang ready made jer, cuma bancuh dengan air panas dan curah atas potongan sayur tu. dah readu boleh serve.

salad sayur simple cuma guna apa yang ada dalam fridge, sengkuang timun dan carrot, sagat halus dan gaulkan dengan kuah kacang tu. hmmm makan tak toleh kiri kanan dah jawa ni. 😋😋

Monday, February 10, 2025

Sarapan dipagi minggu

Lama kak rose tak tepek menu sarapan yang sentiasa samaaaaa je rsetiap hari kan....
hari hari pun sama... toast, nescafe o kosong dan buah2... Alhamdulillah.
 

Sunday, February 9, 2025

Apam keledek kuning

 Asalamualaikum dan jumpa lagi kat dapo kak rose ni ya...

Lamaaaaaa sangat tak buat apam ni... ni pun sebab ramai2 ada kat kampung so dapat lah buat dan ada tukang makannya. kak rose masih berulang duduk di kl dan juga dikampung.. sayang kan rumah dah lama siap tapi tak dapat duduk sepenuhnya lagi... dan sayang jugak lah rumah yang kat sini nak tinggalkan... so masih berulang, gitu keadaan buat masa ini... Insya Allah satu masa nanti akan dapat duduk kat kampung
 
buat apam yang enak lemak manis ni bertambah lah sedapnya bila makan ramai2 adik beradik masa kenduri kat kampung minggu lepas. dulu pernak buat kat sini, so kak rose cnp jer lah resepinya kalau ada yang nak mencuba. pasti tak rugi lah, memang sedap tau. walaupun tak de kelapa, dah cukup rasa dah apam ni. tapi kalau nak makan dengan kelapa parut pun lagiiiii lah sedapnya.

Bahan-bahan.

3/4 cwn gula pasir*
200 ml air*
1 helai daun pandan*(* masak sehingga gula hancur dan sejukkan)

2 cwn tepung beras (kak rose guna tepung gandum sepenuhnya)
1 cwn keledek rebus
250 ml santan
1 cwn tpng gandum
sedikit garam
1 sudu kecil yeast
1 sudu kecil b.powder
pewarna kuning* optional

Cara-Cara.

1. Keledek rebus di blend bersama dngn santan(biarkan sebentar)
2. Masak gula bersama air dan daun pandan....sejukkan.
3. Dlm mangkuk lain, satukan tepung gandum,yeast, b.powder dan garam.
4. Satukan semuanya dlm blender dan kisar sebati.
5. Perap selama 1 jam.Sapu minyak pada bekas kecil2.
6. Kukus dalam bekas kecil2 selama 15 minit.
7. Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
8. Apam ini boleh di makan bersama dngn kelapa parut.

Friday, February 7, 2025

Selepas tiga tahun...

 Asalamualaikum dan salam february dah... nampak gayanya sebulan sekali jer ade kerajinan nak mengupdate rumah maya kak rose ni kan... ada kalanya rajin jugak masak tapi kerajinan nak amik gambo dan nak tepek kat sini tu dah hilang semua dah... serupa macam tak dapat jalan pulang lah dah...

dan ini keputusan ujian darah yang dulu kak rose rajin buat every year... tapi ni selepas tiga tahun baru lah kak rose buat lagi.... itu pun sebab doc asik tanya bila nak buatnya. bz kan apa entah lah... tapi kali ni sampai jugak serunya nak buat ujian ni dan selepas dua minggu kat kampung baru lah kak rose g amik keputusannya.... dan memang adalah perubahan kalau dibandingkan dengan keputusang yang lepas tu... tapi yang penting glucose dan cholesterol level tu masih cantik lah. Alhamdulillah..




so ini lah keputusannya.  simpan sini untuk reference akan datang. harap tahun depan tak culas nak buat lagi lah supaya kita tetap tahu sejauh mana tahap kesihatan kita kan... semuga kita semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dalam lindungan Yang Maha Esa. Aamiin