Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, December 9, 2019

6hb December, 2019

Alhamdulillah...

Dengan sekali lafaz, Allah anugerahkan kami title parents in-law..
syukur padamu ya Allah atas nikmat yang Engkau berikan...

Wednesday, December 4, 2019

Lajunya masa melangkah pergi...

December yang penuh berwarna warni dalam hidup ini...

semuga kita semua akan sampai kedestinasi tujuan dengan Rahmat dan Redho Allah. Aamiin

Tuesday, December 3, 2019

cekodok pisang gebus gebas!

...dan molat molat...😅

Bila tamak membeli pisang, end up cekodok jugak yang jadi mangsa. masa pergi buat marketing tu ternampak lah pisang berangan ni bergantungan di dekat kaunter... since buah2 lain semuanya berbungkus dan tak leh nak pilih pilih dah 😜, so kak rose opt for yang memang kita nampak elok depan mata lah..tu yang beli sampai dua ikat pisang ni... dan memang pisang tak boleh nak simpan lama kan... tapi cekodok ni pun pebret lah... so tak lah membazir pisang tu kan...


dua sikat pisang berangan yang dah jadi cekodok..

Bahan-bahan
4-5 biji pisang berangan
1 cawan tepung gandum
2 sudu Planta atau mentega/minyak masak
3-4 sudu gula pasir
secubit garam
1/2 tsp soda baikabonat

Cara-cara
1. Di dalam bekas, lenyekkan pisang bersama mentega, gula dan garam. Kemudian masukkan soda bikarbonat, dan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak terlalu lembik. Ini kerana supaya apabila menggoreng, ianya tidak terlalu lembik dan gebu.
2. Di dalam kuali yang berisi minyak panas , masukkan adunan pisang secara perlahan-lahan. pastikan api sederhana digunakan. golek2 kan selalu supaya dapat cekodok yang bulat2..
3. Goreng sehingga warna keemasan dan terapung. balik2kan selalu. Toskan lebihan minyak dan hidangkan panas-panas

Monday, December 2, 2019

Sesekali je...

upah diri sendiri...




Sunday, December 1, 2019

Hello December...

Selamat datang Disember,
Semuga dipermudahkan segala urusan



Aamiin...

Wednesday, November 27, 2019

Saturday, November 23, 2019

Rebus telor masin 2 minit jer

Asalamualaikum dan salam hujung minggu buat semua..

 hari tu kan kak rose buat tayangan amal nasi kerabu bunga telang tu... dan ini lah dayang pengiring pada nasik tu.. telor masin yang kak rose rebus cuma 2 minits jer bila guna periuk noxxa . mudahkan..

 setkan hp 2 minit dan tunggu lah sampai bunyi tet tetttt... release the steam dan taraaa... masak lah dah tu..

alaskan periuk dengan tuala basah. basuhkan telor bersih2 dan masukkan dalam periuk, tutupkan dan laraskan tombol pada pressure dan set 2 minit...