Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, April 13, 2019

Tea time, macam2 ada..

tea time.. tapi tak de teh...

 home made karipap inti daging n kentang.

 pisang tanduk goreng cicah sambal kicap jawa. best!

pebret sokmo... cekodok bawang ciciah cili sos..😋😋

 kuih cara manis, pebret anak mama...

 karipap dan kek cekelat, beli jer semuanya...

 udang n vegetables fritters ciciah thai cili sos... cekodok apa pun, pebret semua kat rumah ni.. 

tuna panini... 
bila bz, maka beli je untuk minum petang aka dinner. mudahkan kerja tukang masak!

Friday, April 12, 2019

Bacaan Yasin 7 Mubin





 Mubin yang ke 7 dalam surah Yasin...

Asalamualaikum, selamat pagi dan salam jumaat buat kawan kawan semua... pagi ni kak rose nak kongsikan cara2 bacaan Yasin 7 Mubin dan fadhilatnya yang kami grup mengaji buat pada hari isnin lepas untuk mendoakan salah seorang ustazah kami yang akan menjalani pembedahan dan semuga dipermudahkan urusan rawatan selepasnya dan kembali sihat semula seperti biasa... terima kasih pada yang kongsikan dilaman fb dan juga di blog... kak rose mohon nak kongsikan kat sini pulak ya..

Cara Melaksanakan Bacaan Yassin 7 Mubin
===============================
.
Antara fadhilat Yasin 7 Mubin ialah:
.
1. Pendinding dari gangguan jin dan syaitan.
2. Memanggil anak-anak yang lari dari rumah.
3. Melindungi diri dari difitnah atau dizalimi manusia.
4. Dibaca bagi pesakit yang sedang tenat (baca pada air untuk diminum).
5. Untuk mendapatkan semula barangan berharga yang telah dicuri atau hilang seperti anak,kenderaan,barang kemas dan sbgnya.
(Tidak boleh dibaca bagi barang kurang berharga ataupun barang yang boleh luput seperti buah durian atau yang sejenis dengannya).
.
Perlu ditegaskan,ini adalah satu kaedah zikir, janganlah meletakkan pergantungan kepada ayat,jaga iktikad anda dan berserahlah hanya kepada Allah SWT semata.Ianya adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT.
.
KAEDAH MELAKUKAN BACAAN YASIN 7 MUBIN
.
Untuk memudahkan pemahaman,penulis ambil situasi ketika kehilangan barangan berharga sebagai contoh.Yasin 7 Mubin perlu dibaca dengan kadar yang segera.
.
Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.
.
Boleh juga dibaca Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali secara bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala ketika dalam sujud yang terakhir.
.
Selesai Solat Hajat,mulakan bacaan Surah Yasin.Apabila sampai pada setiap perkataan ‘Mubin’ (مبين),hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoalah supaya Allah SWT seperti mana langkah di bawah:
.
- Bacaan Yasin dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan Selawat 11 kali.
 - Baca Yasin sehingga di Mubin (مبين) pertama (ayat ke 12) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kedua (ayat ke 17) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang ketiga (ayat ke 24) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keempat (ayat ke 47) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kelima (ayat ke 60) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keenam (ayat ke 69)dan berdoa.
- Ulang semula dari awal sehingga Mubin yang ketujuh (ayat ke 77),berdoa.
.
Lengkapkan bacaan Yasin sehingga habis ke penghujung surah dan disudahi dengan bacaan penutup (صدق الله العظيم).Setelah selesai bererti anda telah berdoa sebanyak 28 kali.
.
YASIN 7 MUBIN UNTUK PULANGKAN SIHIR
.
Jika anda mengalami sihir yang berulang-ulang dan tiada kesudahan,boleh mengamalkannya.
.
Dan dengan niat memberi kesedaran dan pengajaran supaya penyihir/tukang upah tersebut insaf dan tidak lagi mengganggu ketenteraman kehidupan kita sekeluarga serta bertawakal mereka berhenti dari melakukan kerja-kerja terkutuk itu.
.
Kaedahnya adalah anda perlu melakukan:
.
1. Bangun pada waktu tengah malam, sucikan diri dan berwuduk.
.
2. Melakukan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
.
3. Mendirikan Solat Sunat Hajat 2 rakaat disudahi dengan doa dijauhi gangguan sihir.
.
4. Setelah selesai,baca Surah Yasin hingga bertemu perkataan ‘Mubin’ (مبين) yang pertama, hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoa “minta dipulangkan sihir kepada penyihir”.
.
5. Ulang lagi dari awal membaca Surah Yasin sehingga perkataan ‘Mubin’ (مبين) kedua, berdoa macam tadi.
.
6. Lakukan semua langkah tadi iaitu mengulangi semula membaca dari awal Surah Yasin,setiap kali berjumpa perkataan ‘Mubin’ (مبين) yang ke 3,4,5,6 dan ketujuh lalu berdoa lagi “minta dipulangkan sihir kepada penyihir dengan niat untuk memberi pengajaran”.
.
7. Kemudian teruskan membaca baki Surah Yasin tadi hingga selesai.
.
8. Selepas itu tidur dan bacalah Surah Al Kautsar 10 X dengan niat memohon petunjuk melalui mimpi.InsyaAllah berhasil….
.
Semoga ia dapat digunakan ke arah kebaikan dan memberi suatu yang bermanfaat untuk kita semua… InsyaAllah …Aamiin.

Thursday, April 11, 2019

Bubur jagung bersagu

 musim panas membahang ni dapat makan bubur yang sejuk cenggini memang best sangat... bertambah2 makan... semamngkuk kecik ni memang tak cukup lah untuk menambahkan lemak yang telah sedia ada banyak tu...tapi sendiri kena ingat lah...kena merajinkan diri berjalan laju dipagi2 hari... dan kak rose buat at least 4 kali seminggu... but most of the time memang target unachived jer.. tapi kalau gadget tu attach kat badan, setiap kali kita melangkah tu akan dikira... so roughly memang lebih dari 10k steps lah setiap hari... khennnn!!

 Buat untuk berbuka puasa nanti pun sedap gak kan.. meh tengok resepinya...

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 2 tongkol jagung manis mentah - dihiris nipis
  • 4 sudu besar sagu - yang halus @ kasar
  • Secubit garam
  • 100ml santan pekat (santan kotak @ tin @ fresh santan)
  • 1.5 liter air - dicampur dengan santan pekat
  • 3 sudu besar gula merah - (kak rose guna sepenuhnya gula putih)
  • 5 sudu besar gula pasir - tambah lagi jika nak lebih manis
  • *** Kuantiti gula merah dan gula pasir hendaklah disesuaikan mengikut kemanisan yang diperlukan
  • *** Kuantiti air boleh dikurangkan atau ditambah bergantung kepada banyak kuah yang diperlukan

  1. Basuh sagu dan toskan. Jangan direndam. Basuh sekali lalu saja.
  2. Masukkan jagung yang telah dihiris, santan pekat yang telah dicampur dengan air, dan juga garam ke dalam periuk.
  3. Masak di atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih.
  4. Masukkan pula sagu, gula merah dan gula pasir. Kacau hingga sagu bertukar menjadi jernih.
  5. Siap untuk dihidangkan. Sesuai untuk minuman petang.
  6. Sesiapa yang tak suka sagu, tak bubuh pun tak apa.

Wednesday, April 10, 2019

Sedapnya meratah...

sup tauhu dan fish cake... semangkuk macam tak cukup pulak...

another tauhu dan fish cake dalam home made tom yam paste sup... sedap hingga makan berulang2!

Tuesday, April 9, 2019

Cakkk!!!



balik dari ber briskwalk pagi ni... ternampak sidia ni bersantai dicelah bunga2 wangi..

Monday, April 8, 2019

Pengat ubi bersagu


 buat lagi pengat ubi ... makanan pebret orang kampung macam kak rose ni. kalau dapat makan sejuk2 pun best gak kan. kena sediakan ubi untuk bulan puasa yang bakal menjelang nanti... buat bubur pengat macam ni untuk berbuka puasa memang laju jer nyuapnya nanti tu..tapi jarang sangat boleh dapat ubi yang kaler kuning macam ni... cantik kan kaler dia, lembut dan gebu jer ubinya..

jom kita buat pengat ni...

Bahan bahan

3 ketul ubi kayu ( saiz sederhana) - buang kulit, bersihkan dan rebus hingga empuk
2 cawan santan 
3 sudu makan gula pasir - tambah jika suka lebih manis 
1 ketul gula kabung
1 helai daun pandan - simpulkan
Secubit garam
2 sudu makan sagu biji - rendam terlebih dahulu dan rebus hingga bertukar kaler jernh


Cara cara

 1. Masukkan semua bahan kecuali ubi kayu ke dalam periuk. Panaskan dengan api yang perlahan.
2. Sentiasa dikacau supya santan tidak pecah minyak. Biarkan hingga gula hancur dan hampir mendidih.
3. Masukkan ubi kayu dan sagu biji yang telah direbus tadi. Biarkan seketika dan kuah mendidih.
4. Dah siap boleh la dihidang.

Nasi lemak dipagi minggu..

nasi lemak periuk noxxa... baru belajar nak guna, jangan kecam saya ya..😜😜

 resepi dan cara dari buku Chef Hanieliza... orang lain dah berzaman guna, kak rose baru nak mencuba... kesian dia dah lama jadi tukun, meh la kita keluarkan dan guna.. ada jugak pekdahnya kan.


Bahan- bahan:
- 3 cawan beras dicuci
- 1 1/2 cawan santan
- 2 cawan air
- 1 inci halia - dihiris atau dititik
- 1 biji bawang merah - dihiris kasar
- 1 batang serai - dititik
- 2 helai daun pandan
- 1 sudu kecil gula (kak rose tambah)
- Garam secukup rasa

Caranya:
- basuh beras dan rendam 30 minit, tuskan
- masukkan kesemua bahan ke dalam periuk noxxa. kacau rata
- tutup periuk dan laraskan tombol ke arah pressure
- teka high pressure 7 minit dan on
- bila periuk bunyi tit-tit, laraskan tombol ke steam. tekan off dan biarkan anggaran 5 minit
- buka penutup dan gemburkan nasi
- nasi sedia dihidang bersama dayang pengiring

 dah siap... nikmatilah dengan aman dan jangan lupa untuk ber brisk walking esok paginya..

dayang pengiring sempoi untuk nasik lemak kak rose.