Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, December 17, 2018

Makan2 semalam...

 bila pergi meronda ronda tapi tak tahu nak makan apa... at last singgah jer kat TCRS ni. since en asben nak makan nasik, tuan tanah pulak nak yang something berkuah... boleh jer makan kat sini... tak perlu nak pergi tempat yang fancy2, nanti perut melayu ni tak kenyang makan pulak kan...

nasik set... punya lah banyak dayang pengiring untuk nasik ayam ni... Alhamdulillah, perut pun berterima kasih sbb kekenyangan dengan soya drink lagi kan..

 tuan tanah opt for wantan mee kari... sebesen beso the portion dia. puas makan!

 the set come with 2 pcs of  pai tee, dessert dan opt for chinese tea instead of soft drink.

dah puas meronda cuci mata dan poket, nak balik tu singgah pulak kat resepi rahsia ni.. terbeli pulak 3 pcs of cake ni untuk makan dirumah. huh!!! seharian menternak lemak!

Sunday, December 16, 2018

Gader2 makan2...

 cerita hari cuti hari keputraan sultan selangor ari tu... budak kecik ni dah lama minta nak makan laksa johor yang mama rose buat, tapi asik tak berkesempatan jer... tak tau apa yang disibukkan oleh tuan tanah ni pun tak tau lah... kebetulan hari tu is her 10th birthday. so mama rose dan cik ezam pun decide nak buatkan laksa johor sambil sambut birthday dia kat rumah... Happy birthday Athirah, semuga terus berjaya dan bahagia disamping kak Long yang dan abang2 yang sentiasa menyayangi. anak yatim piatu diusia muda yang kehilangan abahnya pada 12/7/2017 dan emak tersayang pulak menyusul pada 7/12/2018. Al-Fatihah buat arwah Pak Jali dan Emma... semuga tenang bersama dialam firdausi sana...

 seperiuk kuah laksa johor yang sangat dia nak makan... dah makan kat kedai dan orang lain buat pun ade gak.  tapi masih nak jugak yang mama rose buat... so ni lah dia. makan lah puas2... teringat siarwah emaknya jugak sangat suka dengan laksa johor ni...masih terbayang saat bersamanya... terasa baru sangat dia bergader2 bersama kami... tapi realitinya dah hampir 7 bulan dia pergi dijemput penciptanya. 😢😢

 spaghetti sedang melegak berposing dalam piok atas dapo...

 laksa johor yang buat ramai terliur... maaf lah pada yang tak dapat datang tu. nanti lain kali mama rose buat lagi ya...

 birthday cake tajaan cik Ezam. tq so much... cheese cake with brownis base... sedap sangat.

 karipap inti daging jugak dari air tangna cik ezam... muruku tu mama rose beli kat pasar tani stadium... fresh sangat. kat situ juga derang menggoreng..

 cream puff yang mabeles dari cik madiha dan yong taufoo tu along yang bawak untuk kami makan2...

small gathering dari kami2 untuk Athirah... walaupun tak sehebat celebration dari kakak dan abang2, harap Athirah happy disamping kami yang sentiasa menyayangi....

Saturday, December 15, 2018

Kuah dhal home made

 bawak balik lebihan roti canai frozen masa buat family day kat kampung hari tu. so bila nak makan tu kenalah ade pencicah atau kuahnya kan... nak masak kari takberapa nak rajin lah pulak, sbb memang tak de tukang yang nak makan kat rumah ni... so tanya cik google camner nak buat kuah dhal ni... dan jumpa lah resepi mudah ni... tapi terlupa pulak lah nak masukkan kunyit dalam kuah tu... so kaler pun seadanya lah...😜😜 memula tu pelik jugak kenapalah kaler dhal ni semacam jer, en asben yang tegur tak bubuh kunyit tu.... adoiiii laaaa!

jom tengok resepinya ....

KUAH DAL

Bahan Bahan:

Kacang Dal -1/2 kg.
Bawang Merah  -  6 ulas
Bawang Putih  -  2 ulas
cili kering  -  8 tangkai
Halba campur  -  2 sudu besar
Daun kari  -  6 tangkai
sedikit serbuk kunyit jika suka
garam secukup rasa
sedikit jintan manis (yg ni kak rose tambah)

Cara:

1.  Kacang dal direndam hingga kembang kemudian direbus hingga lembut
2. Bawang merah dan bawang putih dihiris dan cili kering potong dua
3. Tumiskan bawang merah dan putih, cili kering, jintan manis dan  halba hingga wangi
4. masukkan kedalam rebusan kacang dhal yang telah lembut tadi, tambahkan air jika perlu.
5. perasakan garamnya
6. masak hingga kepekatan yang dikehendaki
 

Friday, December 14, 2018

8 Amalan yang ganjarannya sangat besar


perkongsian dari WhatsApp kak rose sharekan kat sini untuk kita amalkan bersama...semuga bermanafaat.

8 Amalan Ini Boleh Di Lakukan Dalam Masa ‘1 Minit’ Tetapi Ganjarannya Sangat Besar

Di dalam kesibukkan dunia hari ini, minit demi minit berlalu dengan cukup pantas. Sehinggakan timbul rasa menyesal di dalam diri kita kerana gagal mencari waktu dan masa untuk beribadah kepada Tuhan.

Kita selalu merasakan diri kitalah yang tergolong di dalam manusia yang rugi seperti firman Tuhan di dalam Surah al-Asr.

Namun, tahukah anda ada amalan-amalan yang boleh dilakukan dalam masa satu minit sahaja, tetapi ganjarannya cukup besar. Ia boleh dilakukan ketika anda menunggu di lampu isyarat, menunggu bas atau teksi, berjalan menuju ke sesuatu tempat dan sebagainya. Berikut adalah amalan-amalan yang anda boleh praktikkan.

#1 – Membaca Surah Al-Ikhlas

Di dalam masa satu minit, kita boleh membaca sekitar 10 kali Surah Al-Ikhlas. Ia adalah surah yang cukup mudah untuk dihafal dan ia adalah surah yang cukup popular untuk dibaca di dalam solat apabila kita mengejar masa. Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda;

Siapa yang membaca qul huwallahu ahad sampai akhir (Surah Al-Ikhlas) sebanyak sepuluh kali, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga. (Hadis Riwayat Ahmad)

Jadikan membaca surah al-Ikhlas sebagai amalan mengisi masa terluang, Insyallah kita akan memperolehi rumah di Syurga!

#2 – Berselawat Ke Atas Rasulullah S.A.W

Kita memang dianjurkan untuk sentiasa berselawat kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W kerana bagi setiap selawat, Tuhan akan memberi 10 kali salam kepada kita. Salam di sini bermaksud dirahmati kehidupan kita, dipermudahkan urusan kerja dan sebagainya.

Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda. (Hadis Riwayat Muslim)

Di dalam masa satu minit, kita boleh berselawat melebihi dari 30 kali atau jika kita melafazkan selawat pendek ia boleh mencecah sehingga 100 kali.

#3 – Beristighfar Memohon Keampunan

Setiap kali kita beristighfar, Tuhan akan memberikan kegembiraan, kelapangan dan memberi rezeki dari arah yang kita tidak sangka. Seperti sebuah hadis baginda Nabi Muhammad S.A.W;

Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Di dalam satu minit, kita boleh beristighfar sekitar 30 kali dengan penuh penghayatan atau sekadar menggunakan lafaz pendek “astaghfirullah hal adzim”, boleh dilafazkan sekitar 100 kali.

#4 – Bertanya Khabar Keluarga

Dengan wujudnya pelbagai kemudahan seperti media sosial pada hari ini, kita hanya perlukan satu minit untuk bertanyakan khabar ahli keluarga yang terdekat. Dengan satu pesanan SMS atau Whatsapp sahaja sudah boleh mengetahui keadaan ahli keluarga tersayang.

Itu juga sudah dikira sebagai menghubungkan silaturahim. Sabda Nabi Muhammad S.A.W;

Barangsiapa yang suka diluaskan rezekinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia menyambung silaturahim. (Hadis Riwayat Bukhari)

#5 – Lafaz Tasbih

Dua kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat di timbangan, serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih iaitu subhanallah wa bihamdihi, subhanallah hil adzim. (Hadis Riwayat Muslim)

Dengan dua kalimah yang sangat mudah untuk dilafazkan ini ia boleh membantu kita pada hari akhirat kelak dengan memberatkan timbangan amalan kita. Bukan itu sahaja, kita juga akan disukai oleh Tuhan Sang Pencipta Alam.

Dalam masa satu minit, kita boleh melafazkan tasbih ini sekitar 40-50 kali.

#6 – Akui Semua Kejadian Adalah Kehendak Tuhan

Ayat kalimat ini sangat ringkas tetapi mempunyai manfaat yang luar biasa. Kita biasanya melafazkan ayat ini ketika mendengar guruh yang kuat di langit. Tetapi Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda;

Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga. (Hadis Riwayat Bukhari)

Bayangkan dengan lafaz mudah ini, ia boleh menjadi satu simpanan pahala yang berharga di syurga. Di dalam satu minit, kita boleh melafazkan kalimat ini sekitar 30 kali.

#7 – Mendoakan Orang Lain

Dalam satu minit kita boleh berdoa untuk sesiapa sahaja, Insyaa Allah Tuhan juga akan memberikan doa yang sama buat kita.

Contohnya ketika kita dalam perjalanan ingin pergi bekerja, kita melihat seorang peminta sedekah, maka kita terus berdoa kepada Tuhan, “Ya Tuhan, murahkanlah rezeki si fulan”. Insyallah kita juga akan turut dimurahkan rezeki!

Mulai hari ini, jangan lupa mendoakan orang lain. Nabi Muhammad S.A.W bersabda;

Barangsiapa yang mendoakan mukmin lelaki ataupun perempuan, nescaya Allah akan memberi pahala kebaikan dari setiap mukmin lelaki dan perempuan yang didoakannya. (Hadis Riwayat al-Thabarani)

#8 – Sebarkan Kebaikan

Di zaman dunia di hujung jari ini, cukup mudah untuk kita sebarkan kebaikan. Setiap kebaikan yang kita panjangkan kepada orang lain, mereka akan mendapat manfaatnya. Jika orang lain mempraktikkan apa sahaja kebaikan tersebut, kita juga akan mendapat pahala penuh mereka.

Seperti sabda baginda Nabi Muhammad S.A.W;

Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka ia akan mendapat pahala orang yang mengikutinya, yang demikian itu tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. (Hadis Riwayat Muslim)

Contoh mudah, dalam masa satu minit anda boleh berkongsi artikel ini kepada rakan-rakan anda. Apabila mereka mempraktikkan amalan-amalan yang telah dinyatakan, anda juga mendapat manfaatnya!

Kesimpulan

Sekarang terpulang kepada diri kita sendiri bagaimana ingin mempraktikkan amalan-amalan yang ringan tetapi besar ganjarannya di atas.

Jika kita bijak mengisi masa yang ada dengan amalan-amalan ini, Insyaa Allah kita juga akan merasai perubahan besar di dalam hidup kita.
Amalan-amalan ini juga adalah satu bukti bahawa Tuhan sangat menyayangi hamba-hamba-Nya dengan memberikan ganjaran yang luar biasa walaupun sesuatu amalan tersebut terlalu mudah untuk dipraktikkan.

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah ramai yang akan mendapat manfaat. Aamiin.

Thursday, December 13, 2018

Tak de rezeki la namanya tu....

 kau menyorok dalam fridge atau tuan tanah yang x nampak?

menjelma semula cuma bila kau dah expired? 😭😭

Wednesday, December 12, 2018

Tuesday, December 11, 2018

Creamy chicken soup

Alhamdulillah dengan rezekinya...

 sup peberet... buat berkali2 pun tak jemu. apa lagi kalau ada roti keras ni, sapu butter, bakar sekejap dan dip dalam sup ni... memang heaven lah.... makan cam tu jer pun sangat kena dengan tekak kami anak beranak. kadan g tu guna jer roti gardenia tu jer pun boleh jugak untuk dimakan dengan sup ni... kita yang buat dia kan...
 ni la roti baguette yang keras kejung tu... tapi bila dah sapu butter dan bakar sekejap memang rangup sangat. krup krap makan dengan sup ni. jom tengok resepi creamy soup ni...

Bahan2:


  • 50 g butter/margerine
  • 1 bj bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 keping dada ayam- hiris nipis
  • 2 kiub ayam
  • 1 liter air
  • 1/2 tin susu sejat
  • 1 sk dried oregano
  • garam 
 Cara2:

  • Cairkan butter/margerin dan tumis bawang besar sampai layu.
  • masukkan bawang putih dan tumis lagi.
  • masukkan ayam dan masak sampai ayam betul2 masak. masukkan sedikit air dan kuib ayam. masak sampai kuib ayam larut.
  • kecilkan api dan masukkan tepung gandum. kacau sampai rata.
  • masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga tiada ketul2. gunakan whisker jika perlu.
  • masukkan susu dan masak dgn api sederhana sampai sup mendidih. 
  • perasakan garam dan masukkan oregano.
  • siap! sgt sedap dimakan bersama garlic bread..