Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, September 10, 2018

Sagat ubi kayu

 harap jangan kecam kak rose yang asik hidang ubi kayu jer ni... macam2 menu ubi kayu yang kak rose amik resepinya dari sifu masak2 yang memang terra mengolah ubi menjadi hidangan yang enak.. pada tekak orang v macam kak rose ni lah.  ni versi kukus pulak, digaulkan dengan gula melaka dan kelapa putih yang muda... ralit menyuapnya. terima kasih kak wan kongsikan resepinya.

Bahan-bahanya

500 gm ubi kayu, kupas dan cuci bersih
150gm/3 keping gula melaka racik halus (kak rose guna brown sugar jer)
1 tsp garam
4 helai daun pandan - potong pendek
1/2 biji kelapa parut+garam dan kukus sebentar
 
cara-cara

1. ubi kayu disagat kasar dan perahkan airnya dan gaul dengan garam hingga rata.
2. bagikan kepada 2 bahagian ubi kayu dan gula melaka.
3. panaskan pengukus dan aturkan potongan daun pandan dalam loyang pengukus.
4. taburkan satu bahaguan ubi kayu diatasnya dan diikuti dengan gula melaka.
5. taburkan sebahagian lagi ubi dan gula tadi. dan letak daun pandan diatas taburan tadi.
6. kukus 25-30 minit atau hingga masak.
7. angkat dari kukusan dan gaul rata. hidang dengan taburan kelapa parut diatasnya.

Saturday, September 8, 2018

Pengat ubi kayu

 dah dapat makan ubi, asik nak lagi pulak kan.... kali ni buat pengat pulak. orang v macam kak rose ni tekak pun nak makan yang macam dulu dulu jugak... anak memang tak nak makan kalau buat pengat macam ni... kalau ubi goreng tu nak pulak dia makan, tak kata makanan zaman jepun dah! kadang tu kalau teringin sangat nak makan, beli jer pengat macam ni. tapi tak kan sama dengan yang kita masak sendiri... dan yang penting boleh makan berulang2 sampai jemu, gitu!

 kak rose kongsikan resepinya ya..

Bahan bahan



3 ketul ubi kayu ( saiz sederhana) - buang kulit, bersihkan dan rebus hingga empuk

2 cawan santan 3 sudu makan gula pasir - tambah jika suka lebih manis 1 ketul gula kabung

1 helai daun pandan - simpulkan

Secubit garam
2 sudu makan sagu biji - rendam terlebih dahulu. rebuskan hingga jernih dan tapiskan.

Cara cara



 1. Masukkan semua bahan kecuali ubi kayu ke dalam periuk. Panaskan dengan api yang perlahan.

2. Sentiasa dikacau supya santan tidak pecah minyak. Biarkan hingga gula hancur dan hampir mendidih.

3. Masukkan ubi kayu dan sagu biji yang telah direbus tadi. Biarkan seketika dan kuah mendidih.
4. Dah siap boleh la dihidang.

Friday, September 7, 2018

Erti bacaan dalam solat


Kak rose kongsikan kat sini artikel yang lalu kat wall fb, semuga bermanafaat buat semua. terutama diri sendiri yang sering lalai dan terlupa...Aku mohon keampunan Mu, aku mohon Rahmat Mu dan aku mohon Keredhoan Mu Ya Allah. Aamiin.

Assalamualikum..
Mari lah kita renung-renungkan dan faham-fahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat..

*Takbiratul-Ihram / Takbir:*
Allah Maha Besar.


*Doa Iftitah:*
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

*Al-Fatihah:*
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

*Bacaan ketika rukuk:*
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

*Bacaan ketika bangun dari rukuk:*
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

*Bacaan ketika iktidal:*
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

*Bacaan ketika sujud:*
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

*Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:*
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

*Bacaan ketika Tahiyat Awal:*
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

*Bacaan ketika Tahiyat Akhir:*
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Semoga bermanafaat utk kita bersama!

Terima kasih pada Pn Jamayah Bujang yang kongsikan artikel ni...
Sahabat jika artikel ini bermanfaat silakan dikongsikan, sampaikan walau satu ayat
Sabda Rasulullah SAW;
*"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada."*
(Hadis Riwayat Muslim)

Thursday, September 6, 2018

Apam kampung

apam yang mudah nak buatnya dan sedap juga makannya... apa lagi dapat ciciah dengan kelapa parut yang muda dan digaul dengan sdikit garam... digandingkan pulak dengan secawan nescafe o... laju jer kak rose makan. dan separuh lagi kak rose bawak untuk buah tangan pergi mengaji petang2... boleh makan2 dan gebang2 lepas mengaji tu...resepinya kak rose cnp dari blog masam manis. mekasih ya ita.

1/2 cawan gula melaka atau gula perang
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
1 helai daun pandan di simpul

Satukan bahan ini dalam periuk dan masak sampai gula larut
Sejukkan, dan tapis. Pastikan dapat 2 cawan air gula ni, kalau kurang tambah sikt air jadikan 2 cawan

11 gm yeast
1 sudu teh gula
1/2 cawan air suam

Satukan semua bahan ini, kacau rata dan perap selama 10 minit. Ia akan berbuh-buih dan naik sekali ganda

4 cawan rata tepung gandum
secubit garam
1/2 cawan air

Satukan tepung dan garam dalam bekas
Buat lubang kat tengah dan tuangkan yeast yang telah di perap tadi.
Gaul rata
Tuangkan air gula dan gaul rata
Tuangkan 1/2 cawan air lagi dan gaul rata sampai tidak berbentil. Kalau susah boleh masuk dalam blender, tapi jangan masuk semua.. kena masuk sikit-sikit sebab adunan kental blender susah nak berpusing. Kalau nak guna hand mixer pun boleh.

Kemudian tutup ( tutup dengan tudung yang tinggi sebab adunan akan naik ) dan perap adunan selama 1 jam hingga ia nak 2 kali ganda
Sediakan loyang 11 inc yang telah di sapukan minyak
Tuangkan adunan dalam loyang
Tutup loyang dengan kertas aluminium supaya air kukusan tak menitis atas apam.
Kukus dengan api besar selama 40 minit
Bila dah masak, tunggu sejuk baru potong
nak mudah potong, sapukan sedikit minyak pada mata  pisau
 

Tuesday, September 4, 2018

Makan makan dihari cuti...

Makan makan rakyat marhaen dihari cuti...

 MAG, Sasana Kijang.. triple chocolate muffin dan lemon n white chocolate muffin

 the drinks... cappuccino, latte n americano coffee

 restoran Soga, soto untuk sarapan pagi

 roti boom yang di idam2 kan..

 PakLi kopitiam nasik lemak ayam goreng

 Al-Rawsha, pekena nasi arab pulak.

sebunbun nasik untuk makan tengahari...

Monday, September 3, 2018

Laksam

 Asalamualaikum dan salam pagi isnin... semuga semua ceria disamping keluarga tersayang.  cuti hari jumaat kak rose amik kesempatan buat laksam ni sementelah anak dan en asben pun bercuti... boleh lah makan sama2 kan... memula bila terpandang kat ig kak noor yang sungguh menggoda jiwa dan tekak, memang terasa sangat nak makan laksam ni... lama sungguh tak buat kot? ade beli kat pasar malam kat sini tapi tidak memenuhi rasa tekak jawa ni... nak jugak yang buat sendiri walaupun hanya untuk kami anak beranak... merajinkan diri jugak lah...dan yang bestnya....>>> dapat makan berulang2 😀😀.  jom tengok resepinya..

 Bahan-bahan untuk laksam
  • 3cwn tpg beras
  • 1/2 cwn tpg gandum
  • 4cwn air suam
 
 untuk kuahnya...

bahan kuah:

  • Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
  • Sdkt halia
  • Sdkt bwg putih
  • Sdkt bwg merah/besar
  • Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
  • Santan
  • Asam keping
  • Sdkt garam
  • Sedikit gula merah/gula
Bahan ulam

  • timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum, bawang, bunga kantan (dipotong halus)
  • >>cili:
  • cili merah
  • belacan (kak rose x makan so gantikan ngan udang kering)
  • garam
  • limau
 
Cara-cara

  1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
  3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
  4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau