Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, August 23, 2018

Jelatah sedap

 Asalamualaikum dan selamat pagi buat kawan2 semua... terima kasih pada yang masih sudi singgah kat dapo maya kak rose ni. walaupun macam segan2 nak hidup, tapi masih gagah juga kak rose nak teruskan dengan entry yang kadang2 cuma merapu meraban ni... pagi ni nak kongsikan jelatah yang kak rose buat untuk gandingkan dengan menu hari raya semalam... sedap dimakan bersama nasi hujan panas, daging beriyani, ayam masak merah dan kurma kambing. balik dari solat hari raya, jamu selera dulu dan lepas tu terus ke mesjid untuk gotong royong korban 10 ekor lembu...

 kak rose kongsikan kat sini resepi jelatah mudah dan sedap ni...

Bahan-bahan ( 5~6 )

  • 1 biji nanas yang masak
  • 2 biji timun (kalo guna timun jepun kurang biji)
  • 2 biji carrot(optional)
  • 1/2 labu bawang besar
  • 2~3 biji lada besar(merah)
  • 120ml cuka makan
  • sedikit gula dan garam ikut rasa

Cara-cara

  1. potong semua bahan2. Timun dihiris bulat nipis2,nanas dihiris segiempat nipis,bawang dan lada dihiris nipis.
  2. carrot dipotong memanjang (nak cantik boleh gunakan vege cutter yang munga2 tu...)
  3. campurkan bahan2 yg telah dipotong dlm satu mangkuk. Masukkan cuka, gula dan garam.Gaul rata.
  4. sedia utk dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak...tak pun nasi putih pun sedap..
  5. tips 1: jelatah ni sedap dimakan selepas beberapa jam disediakan sbb air nanas dah sebati.Carrot tu biasanya org tak letak. Saya letak sbb nak warna yg menarik.
  6. tips 2:kalo nk sedap lagi letak kacang tanah yg ditumbuk sedikit..ini pun optional.
gandingan yang sedap.... pinggan kak rose. nasi hujna panas, jelatah yang sedap, ayam masak merah dan daging beriyani. kurma kambing tak dek sbb kak rose tak makan mmmbekk tu...

Wednesday, August 22, 2018

Salam Aidil Adha

Salam Aidil Adha 1439

dari kami sekeluarga...

Tuesday, August 21, 2018

Gate baru pulak...

Ade je yang nak kena gantikan...

 Rumahku syurgaku, gate yang ade dah berkarat dan berlubang2... sebelum ada yang rosak terhempap dek besi pagar ni, kenalah jugak gantikan dengan yang baru..

dan akhirnya... nak siap dah. Alhamdulillah.

ni rupa gate yang rosak berkarat nak patah dah... masa ni tengah cat tiang pagar tu.

Buat lagi....

 Agar agar sumi jelly ni sangat nikmat dimakan sejuk2 dimusim yang panas ni... dan kebetulan ada banyak sumi jelly baki dari majlis gader2 yang lepas... so buat lah agar2 simple ni...

 yang comel2 ni untuk kami2 dirumah... bila makan susah pulak nak berenti, tiga cup macam tak terasa lagi... nasib baik ada banyak. puas lah makan...

yang dalam loyang ni kak rose bawak g makan2 lepas kelas mengaji kami... camner la nak kurangkan lemak yang banyak na bertepek tu sbb setiap kali lepas mengaji ade jer juadah yang dihidang... berbriskwalk 4 kali seminggu dan makan2 jugak empat kali seminggu! nangessss!

Monday, August 20, 2018

fresh..

dari pokok dibelakang rumah kampung.

Saturday, August 18, 2018

Home made telor masin

 Bila dah puas makan gulai tolo itik, kak rose buat pulak telo masin ni... walaupun bukan penggemar tolo masin, tapi boleh lah sesekali makan untuk nak rasa. dan inilah hasilnya setelah direndam dalam air garam selama dua minggu... amik sebiji dan try dulu, Alhamdulillah just nice rasanya... tak lah masin sangat..

 dalam proses rendaman air garam..

Bahan-bahanya
10 biji telur ayam ( kulitnya putih) klu nak guna kulit yang warna coklat pun boleh
3 senduk garam biasa
air secukupnya
(kak rose guna telur itik)

bekas
balang kaca
Cara-Caranya

1. Telur di basuh bersih dan masa basuh telur disarankan baca lah selawat ke bismillah ke, lepas tu toskan, biarkan kering, nak lap dengan permukaan telur dengan kain bersih pun boleh. Kalau ade kerajinan lagi, lepas basuh telur tu boleh jemur kejap, hingga permukaan nye betul-betul kering.
2.  Masukkan garam ke dalam periuk yang berisi air, biarkan garam betul-betul larut, didihkan sebentar, tutup api dan biarkan air garam betul-betul sejuk.
3. susun telur di dalam balang kaca, dan curahkan air garam tadi, pastikan telur tenggelam dalam air garam, jika nampak terlu seperti terapung itu tandanya air garam tu cukup masinya.
4. Tutup rapat balang kaca dan simpan selama 14 hari ke 21 hari, masa dah 14 hari tu, ambil satu dan cuba rebus, kalau dah jadi, boleh keluarkan semua telur dan simpan di dalam peti ais, bila nak makan rebus dan potong dua, selamat mencuba. 

dah ni dia, try test sebiji dulu.... just nice, tak masin sangat. so boleh la dah keluarkan dari air garam tu kan.. so sapa2 yang nak try buat tu... boleh lah ikut cara2 yang dah kak rose kongsikan tu. selamat mencuba!

Friday, August 17, 2018

Kuih hari jumaat..

 pulut gulung inti manis yang pucat lesi... untuk buah tangan g mengaji Al-Kahfi.

 gulung bagi padat gunakan sushi bamboo tu... pas tu potong2 lah..

ade banyak, en asben boleh bawak bekal g office.