Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, October 8, 2018

Karipap

 buat karipap dengan doh yang tak perlu nak uli ni... sejak tangan kena carpal tunnel syndrom tu memang tak buat dah kuih2 yang kena uli.. apa lagi yang uli guna tangan... tapi beli noxxa bm pun macam jadi tukun jer... masih tak ade vitamin r untuk nak buat roti yang banyak kena uli tu... so buat karipap ni guna resepi dari Maz yang tak perlukan menguli beriya, boleh terus canai dan guna untuk buat karipap ni. jadilah karipap yang bermacam bentuk dan saiz ni...yang penting inti kentang dan ayam tu penuh dan gemuks gemuks jadinya!

Bahan-bahan

2 cawan all purpose flour
1/2 cawan mentega - suhu bilik
1/4 sudu kecil garam
air peti sejuk secukupnya

Cara:
1. Dalam mangkuk, satukan tepung dan garam. masukkan mentega dan gaul guna hujung jari biar jadi berketul2
2. Masukkan air sikit sikit dan gaul biar jadi doh yang lembut (tak perlu uli)
3. Ambil segenggam doh, tabur tepung secukupnya atas papan canai dan juga pada doh sikit, canai biar nipis, masukkan dalam acuan karipap. isikan inti secukupnya dan tuutp kemas... kak rose punya banyak yang terlebih isi, gemuk2 dan ade jugak yang terbukak kelimnya!

Sunday, October 7, 2018

Air sirap buah kabung

 sedap jer dapat minum dihari yang panas ni....buah kabung yang besar besar buah tangan dari penang, dicampur dengan sirap ros dan sedikit gula... tambahkan air dan  ketulan ais. nyaman seh!

bergelas2 boleh minum ni.... tapi tak leh ngadu sakit tekak esok pagi sbb minum air sejuk ni!

Saturday, October 6, 2018

Jejak kasih kita ii

Pertemuan jejak kasih yang sangat manis untuk dikenang sampai bila bila....

September 2017 Kuala Terengganu

September 2018,  Kuala Lumpur...kami masih tetap sama seperti yang dulu... tapi mungkin saiz dah berubah kot? 😳😳

setelah setahun berlalu, kami kami berusaha meluangkan masa untuk bertemu berjejak kasih kembali... bukan mudah untuk emak2 nak tinggalkan keluarga just untuk bersama bekas rakan sekerja yang telah lama terpisah... memasing diutara, selatan timur dan barat dan bersatu di KL


 dihari persandingan anak  salah seorang dari kami... 

tiba masa untuk berpisah... TBS memisahkan kita untuk meneruskan destinasi memasing untuk kepangkuan keluarga semula... dan yang tinggal ialah kenangan terindah yang membuat kan kak rose tersenyum sorang dalam komuter waktu perjalanan balik ke Shah Alam..

Friday, October 5, 2018

Jangan tinggalkan...

Asalamualaikum dan salam Jumaat, penghulu segala hari..



Jangan tinggalkan, peringatan untuk diri sendiri yang sering terlupa, terutamanya!... perkongsian dari grup whatapps, yang baik kak rose kongsikan kat sini... semuga memberi manafaat buat semua. Insya Allah.

Thursday, October 4, 2018

Congo bars

Asalamualaikum dan salam Khamis..

 wahai vitamin R, datang lah dikau.... tuan tanah ni semakin tak rajin nak mengupdate rumah maya ni. kesian dia kan... yang sebenarnya masak pun seadanya jer sbb tukang makan pun tak dekat rumah... tu yang lagi tambah menjauhkan vitamin r kak rose tu... huhu... ni buat congo bars ni pun sbb nak bawak g mengaji dengan kawan2... ada lah jugak yang nak tolong abeskan. terima kasih kawan2 yang sudi merasa dan tapau bakinya... jom tengok resepinya..

 bahan2nya:

2 cawan gula perang
2/3 cawan mentega masin

pukul kedua bahan atas hingga berkrim

3 biji telur ukuran besar, pukul sedikit, tuang perlahan dan kacau rata dengan butter dan gula tadi...kemudian masukkan 1 sudu teh vanilla esen...gaul rata

2 1/2 cawan tepung
2 1/4 tsp baking powder
1/2 tsp garam

2 cawan chocolate chips


gaul rata bahan diatas dan masukkan ke dalam adunan tadi...masukkan chocolate chips
gaul sebati...
ratakan doh ke dalam dulang bakar yang telah digris...
bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau sehingga masak...
bahagian tengah kek biar tak masak sepenuhnya...lembut gitu...:)

bakar lebih 30 minit kalau nak bahangian tengah tu masak betul ...
anda boleh tutup permukaan kek dengan aluminium foil supaya tak terlalu perang...
selamat mencuba...

Wednesday, October 3, 2018

Snacking time...

koleksi menu dinner kak rose yang sempoi...

 marina tempura bersama teh o panas

 pisang tanduk goreng ciciah sambal kicap dan potato wedges ciciah cili sos

 ubi goreng ciciah sambal kicap jawa

 french fries, cili sos dan nescafe o kosong

 nasi impit dengan kuah kacang dan rendang daging

 pulut kukus dan rendang daging

keropok lekor wif cili sos..

pulut kukus dan kuah durian... semuanya untuk menambah lemak yang memang dah sedia banyak!

Monday, October 1, 2018

Apam balik..

Asalamualaikum dan salam Oktober...

 buat kawan2 yang suka merajinkan diri didapo, boleh lah buat apam balik mudah ni untuk minum petang nanti...makan hangat2 bersama secawan teh o dipetang hari memang nyaman sekali... apa lagi yang dibuat dengan penuh kasih sayang untuk keluarga, pasti bertambah nikmatnya kan... tapi yang ni kak rose buat untuk bawak sebagai buah tangan untuk bacaan Surah Al-Kahfi pagi hari jumaat tu. sempat lagi pagi hari mengodek untuk pot luck ni.. kak rose sertakan resepinya kat bawah ya..


bahan2 nya
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar
  • (kak rose tambah jagung manis n butter dalam tu...best!)
Cara-cara

  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda bicarbonate, baking powder, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA dan sapukan butter pada kedua2 belah apam sebelum dipotong.