Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, July 9, 2018

Jom perbaiki diri kita...



Bagaimana untuk memperbaiki hidup anda.

1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.
2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda miliki pada masa ini.
3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.
4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda. Tiada siapa yang berbuat demikian.
5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip.
6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.
7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah mempunyai semua yang kamu perlukan.
8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.
9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.
10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.
11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.
12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu.
13. Senyum dan tertawa selalu.
14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.
15. Hubungi keluarga kamu selalu.
16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.
17. Maafkan orang lain.
18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.
19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu.
21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung.
22. Dahulukan Tuhan dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.
23. Tuhan itu penyembuhan.
24. Buat perkara yang betul.
25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.
26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi.
27. Yang terbaik akan datang kemudian.
28. Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.
29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.
30. Kalau kamu kenal Tuhan kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.
Apabila kamu mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kamu sayangi, orang di sekolah kamu, orang yang kamu selalu bermain bersama, orang yang kamu kerja bersama, dan orang yang tinggal bersama kamu. Bukan sahaja ianya akan memperbaiki hidup anda, tetapi juga orang di sekeliling anda.
Menarik utk dikongsikn bersama..😊😊😊 terutama untuk peringatan diri sendiri yang sering terlupa...

###perkongsian dari sini... terima kasih ya..

Sunday, July 8, 2018

Lempeng+kuah kacang

 lempeng bodo2 pun boleh jadi untuk dinner kami berdua... kalau buat untuk sarapan pun ok jugak kan... dan yang ni kak rose bubuh sedikit butter dalam bancuhan batter dan goreng hingga sedikit garing... makan hangat2 cicah dengan kuah kacang, lima keping kecik2 ni sekali ngadap jer untuk kami berdua...
selalunya kalau makan lempeng ni cicah dengan sambal tumis jer, tapi kali ni disebabkan kuah kacang tu dah ada, maka lupakan sekejap lah sambal tumis tu... sedap tak terkata lah...memang gandingan yang ngam buat tukang masak yang tak rajin macam kak rose ni... hihi

Friday, July 6, 2018

7 mahkota dunia akhirat




 Asalamualaikum dan salam Jumaat buat semua....

Allah SWT berfirman:
“Sungguh Kami telah menciptakan atas kamu semua tujuh buah jalan dan kami sama sekali tidak akan lengah terhadap ciptaan Kami.”(Al-Mu’minuun: 17)

#1 – Mahkota Zikir

لا إله الا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير
(Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa Syariikalahu lahul Mulku wa lahul Hamdu wa huwa ‘alaa kulli syai’in Qodiir)

Maksudnya: Tiada sembahan kecuali Allah semata, tiada sekutu bagiNya, semua kerajaan dan segala puji hanyalah milikNya, Dia yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu.

#2 – Mahkota Tasbih

سبحان الله وبحمده عدد خلقه ورضا نفسه وزنة عرشه ومداد كلماته
(Subhaanallah wabihamdihi ‘adada kholqihi wa Ridha nafsihi wa zinata ‘arsyihi wa midada kalimaatihi)

#3 – Mahkota Doa

ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار
(Rabbanaa aatinaa fid dunya hasanah wa fil aakhirati hasanah wa qinaa ‘adzaaban naar)

#4 – Mahkota Istighfar

اللهم أنت ربي لا اله الا انت خلقني وانا عبدك، وأنا على عهدك ووعدك مااستطعت،أعوذ بك من شر ما صنعت، ابوء لك بنعمتك علي، وابوء بذنبي، فاغفرلي فإنه لا يغفروا الذنوب إلا أنت.
(Allaahumma Anta Laa ilaaha illaa Anta, Kholaqtani wa anaa abdika, wa ana ‘alaa ‘ahdika wa wa’dika mas tatho’tu, a’uudzu bika min syarri maa shona’tu, abuu’u laka binikmatika ‘alayya, wa abuu’u bidzanbiy, faghfirliy fainnahu laa yaufirudz dzunuuba illaa Anta)

Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tiada tuhan kecuali Engkau, Engkaulah yang menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan aku akan setia atas perjanjianku denganMu semampuku. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan perbuatanku. Aku mengakui segala nikmatMu kepadaku dan aku mengakui semua dosaku, maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa kecuali Engkau.

#5 – Mahkota Perlindungan

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم.
(Bismillaahil ladzii laa yadhurru ma’asmihii syai’un fil ardhi walaa fis samaa’ wa Huwas Samii’ul ‘Aliim)

Dengan nama Allah yang bila namaNya disebut, tidak akan memudaratkan segala sesuatu yang di bumi dan di langit, Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

#6 – Mahkota Pelepas Bencana

لا اله الا انت سبحانك اني كنت من الظالمين
(Laa ilaaha illaa Anta Subhaanaka innii kuntu minadz dzoolimiin)

#7 – Mahkota Penenang Hati

لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم
(Laa haula walaa quwwata illaa billaahil ‘Aliyyil ‘Adziim)
Jadikanlah mahkota-mahkota ini selalu menghiasi kepala dan membasahi lisanmu, sebagai amalan dan senjata kita.
Mudah-mudahan dengan mengamalkan salah satu mahkota tersebut Allah mengangkat segala cubaan, menghindari dari musibah, mengampuni dosa kesalahan, dan memasukkan kita ke dalam SyurgaNya. Amin.
Kongsikan amalan doa ini dengan niat baik agar lebih banyak lagi orang merasakan dan mendapatkan manfaatnya dan kita tidaklah menjadi seseorang yang menyembunyikan ilmu. Kerana kita semua tidak tahu pahala mana yang akan memasukkan kita ke dalam Syurga Allah SWT.

## perkongsian dari grup whatsapp... semuga bermanafaat

Thursday, July 5, 2018

Kacang rebus yang sedap...

 rebus lagi baki kacang kuda untuk kudapan petang2 sambil gebang gebang dengan kawan selepas mengaji.. ramai pulak yang suka dengan kudapan simple macam ni... kali ni kak rose rebus guna periuk biasa instead of guna pressure cooker tu... tak tau nak beza, tapi rasanya merebus lama dengan cara ni lebih mesra rasa masin dan manis kacang tu... ya ada manis sbb kak rose bubuh garam dan sedikit gula masa kacang tu dah empuk... hmmm tak berenti mengunyah pulak bila dah stat makan...

dekat dua jam jugak lah kak rose merebusnya... lembut dan sedappp... kulit pun mudah nak buang. eh! nak tanya ... kalau kawan2 makan kacang kuda ni buangkan kulit atau tak? kak rose mesti nak picitkan, buang kulit tu barulah makan... 

 
 yang ini jumaat lepas punya,  kak rose bawak g mengaji Al-Kahfi... ramai jugak yang suka kan kacang kuda rebus rupanya... Alhamdulillah...

Wednesday, July 4, 2018

tid bits

tak boleh stop munching...

Tuesday, July 3, 2018

Bubur gandum

 Nampak bubur gandum ni kat blog Geehut, sangat lah terasa nak makan nya... sebab bahan pun mudah jer dan mostly semua ada kat dapo, moh ler kita mencybanya... tapi sebab tak de sukatan air tu, jadinya kak rose ni agak2 jer la bancuhan gandumnya... kak rose bancuh macam nak buat cekodok tu... tapi hasilnya kurang menepati citarasa tekak kak rose... agaknya kena bancuh cair jer gandum tu? ishhhh!!! tak pandai betul bab nak agak2 ni... tak per nanti kita cuba lagi sampai puas hati.

resepi dari blog GeeHut, kak rose kongsikan kat sini... kalau tengok Gee punya memang nak sangat mencuba lagi... cantik dan sangat appealing. mekasih Gee kongsikan resepinya ya.

BUBUR GANDUM

Bahan A(doh):
1/2 cawan tepung gandum 
Air atau air pandan.
Secubit garam

Bahan kuahnya:
2 cawan santan
1/2 cawan air
Gula merah
Gula pasir
Daun pandan

Bahan C
Sagu mata ikan - rendam seketika

Cara:
1. Adunkan semua bahan A sehingga menjadi doh yang lembut. Ketepikan

2. Masukkan bahan kuah ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Kacau selalu supaya kuahnya tidak berbintil.  Ambil doh tadi dan cubitkan atau gunting kecil-kecil lalu dimasukkan ke dalam kuah yang mendidih. Buat sehingga doh habis. Biarkan mendidih dan doh gandum masak.

3. Akhir sekali masukkan sagu mata ikan. Kacau rata dan sedia dihidangkan.

Monday, July 2, 2018

Untuk kesekian kalinya...

 Asalamualaikum dan salam pagi isnin yang sejuk... hujan rahmat mencurah sejak pukul 4 pagi tadi... sejuk nyaman cuaca pagi ni. hati yang berkobar2 nak mulakan berbriskwalk pagi ni terus jer terbantut dek rahmat hujan pagi... ini juga sebenarnya alasan untuk nak bermalasan lagi!... masih dalam mood raya lagi kan?... weekend yang sibuk dengan tetamu beraya dan jugak kenduri yang back to back kena attend, juga jamuan raya jemputan dari kawan2. tu pun yang dekat2 jer dapat penuhi undangan, yang jauh tu mohon maaf lah ya sebab tak dapat hadirkan diri... jalan pun jammed semacam, semua orang nak raya kan... tu lah sebabnya dapo maya kak rose terbiar tak terjenguk!

dan untuk kesekian kalinya buat laksa johor untuk tetamu yang datang mengejut ni... nasib baik ada kuah yang memang kak rose buat awal2 dan frozenkan... so bila ade yang bagi tau ngejut2 cam ni, adalah jugak menu nak hidang kan.. packs of spaghetti dan segala mak nenek dayang2 tu pun kena ready jugak lah... tapi kali ni minus the taugeh dan daun kesum pun tak dek... cuma apa yang ada dalam stok jer, maklumlah tukang beli semua tak de kat rumah...

 kuah laksa yang jadi penyelamat... kalau nak sediakan from scratch memang amik masa buat amatur macam kak rose ni!

 dua packs of spaghetti tengah berposing dalam piok pun nak enter frame!

dan nasib baik jugak stok marina tempura pun ada lagi... just gorengkan dua packs n cicah cili sos pun boleh jadi menu raya kan... laju jer cucu-cucu tu makan. mak pak jer yang makan laksa..

tetamunya....my elder sister dan husband with her extended family, menantu dan cucus... thanks for coming dan bawakkan nangka dan cempedak dari kampung peninggalan arwah mak dan bapak...