Salam Disember kawan2 semua.... ade ke lagi yang sudi nak bertandang kat dapo kak rose ni? Asik tenggelam timbul, sebab vitamin malas tu dah bertepek banyak sangat. susah dah nak buangnya.. kali ni meh lah nak tepek ikan yang kak roe masak dikala ade kerajinan tu...
- 6 ekor ikan | saiz sederhana besar
- 1/2 biji kelapa parut putih
- 1 batang serai
- 3 ulas bawang merah
- 2 biji cili merah
- 10-15 biji cili padi (terpulang pada kepedasan memasing ya)
- 1 labu bawang besar hiris
- Garam
- Gula sikit
- Serbuk perasa
- Serbuk kunyit
- 1 helai daun kunyit dihiris nipis
- 1 biji telur
CARA MEMASAK :
1. Ikan gaul garam kunyit, ketepikan.
2. Tumbuk serai, cili merah, cili padi, bawang merah, kemudian masukkan kelapa, garam, gula, perasa, kunyit serbuk dan bawang besar.
3. Tumbuk-tumbuk sedikit sahaja, masukkan daun kunyit gaulkan rata dan sumbat dalam ikan tadi
4. Pukul telur, ceduk dengan sudu dan curahkan di sepanjang inti tadi.
5. Curahkan bahagian pipi ikan juga. (tujuan untuk elakkan inti keluar masa goreng nanti)
6. Selepas itu boleh goreng macam biasa sampai garing dan angkat.

