Monday, October 31, 2011

Kuih bakar kentang

sana sini tayang kuih bakar kentang.... apa lagi kak rose ni kan x leh tengok tayangan amal cenggini terus je terasa sangat nak makan.... dan kenalah buat sendirik kan.... x de kelapa, guna santan serbuk jer... nasib baiklah turn out ok. dapatlah merasa kuih ni bersama secawan susu omega dikala hujan turun dengan sangat lebatnya.

resepinya kak rose amik dari dapur Ummi lagi...yg resepi asal dari Jun...tp kak rose buat separuh adunan jer... maklumlah dua molot je nak nyuapnya.... dapatlah ngam2 6 biji dalam acuan silikon yg pertama kali guna ni... mekasih buat anda berdua sharekan resepi ni dan kak rose mintak izin nak kongsikan resepinya kat sini lak...

Bahan:-
  • 2 biji ubi kentang sederhana besar - rebus n kisar
  • 1 biji telur
  • 2/3 cawan gula pasir
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • sedikit pewarna kuning/hijau
  • 1/3 sudu besar minyak sapi-cairkan
Cara-Cara:-
  1. Dalam bekas, kacau telur n gula hingga gula larut.
  2. Masukkan tepung n santan. kacau rata, pastu tapis.
  3. Masukkan dalam ubi kentang tadi dan kacau rata.
  4. Masukkan minyak sapi cair dan kacau sebati.
  5. Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sebentar, tuang adunan.
  6. Masak atas api kecil, tabur bijan jika suka.
* jun guna acuan kecil2 n bakar dalam oven aje lebih kurang 15-20min..(akak guna ramkin berdiameter 5 inci dan bakar selama 35 minit selain acuan kecil2 tp agak nipis acuan tuu..hehe)

panas2 baru kuor oben.... kuih mmg panas tp acuan x panas pun.... jakun sungguh bila pertama kali guna acuan silikon ni.... (ketinggalan ketapi sungguh kak rose ni kan...) bli punyalah dah lama hingga terlupa yg kak rose ada acuan nih!

Ayam bakar lada hitam bermayonis

ayam bakar lada hitam bermayonis yang sedap ni digandingkan dengan nasi mandhi semalam....manis lemak dek mayonis tu, juga bertambah2lah lemak yang berebut2 nak duk dalam badan ni. ayam ni mmg sedap, lagi la kalau dapat perap lebih lama.... kak rose cuma perap 2 jam jer, tu pun rasa dak ok sangat... mekasih pada ros jintanmanis (masa tu ros CDBT lagi) dan juga Ummi yang sharekan resepi ayam yg sedap nih....kak rose mintak izin nak tepek kat sini lak ya...

Bahan:-
  • 1/2 ekor ayam (bersihkan dan cucuk2 dengan garfu)
  • 1 sk serbuk lada hitam (blackpepper)
  • 2 cm halia
  • 2 biji bawang putih
  • 1/4 biji bawang besar
  • 1 sb. madu
  • 1 sb. gula
  • 1 sk. kicap manis
  • 1/2 sk garam
  • 2 sb. mayonis
  • sedikit lada sulah

Cara-Cara:-

  1. Blend bawang besar, bawang putih dan halia hingga hancur.
  2. Kemudian curahkan ke dalam bekas dan campurkan dengan lada sulah, garam, madu dan lada hitam.
  3. Masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis.
  4. Gaul sebati dengan ayam dan perap dalam fridge antara 2 -3 jam.
  5. Bakar pada suhu 180C selama 40 minit hingga ayam bertukar warna perang keemasan (balik2kan ayam semasa membakar). Sedia untuk dihidangkan.

(*Nota - makin lama diperap makin sedap..)


gandingan yg sangat sedap buat kak rose yg dah lapo sangat.... sbb masak dah lewat dan terusla Bismilahirohmannirohim Allahumma...... x toleh kiri kanan dah!

Sunday, October 30, 2011

Nasi mandhi

selamat berhari minggu semuanya.... asik berbw nak cari resepi ayam, terjumpa lak resepi nasi mandhi ni kat blog Ummi, terus lah terberkenan nak mencuba, tp tidaklah rajin mengikut seperti yang dicadangkan diresepi tu... letak arang untuk dapatkan bau yg harum.... sama macam umi lah, kak rose skip cara tu..... tapikan masa memasak nasi ni pun dah berbau harum minyak sapi dan rempah tumis tu.... dan rasanya pulak cam kata Ummi, rugi kalau x mencuba... so meh kita tengok resepinya yg kak rose cnp dari rumah Ummi...

Bahan:-
  • 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
  • 3 camca besar minyak sapi
  • 4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
  • 1 biji bawang besar ~ hiris halus
  • 3 ulas bawang putih ~ hiris halus
  • 1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
  • 1/3 cwn kismis
  • Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit pewarna kuning- guna
  • 1 sk kunyit campur dgn sikit air (---> yg ni kak rose konpius sket... masuk masa bila ya?)
  • Garam secukup rasa.

Cara penyediaan:-

  1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu.
  2. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
  3. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  4. #Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
  5. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
  6. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
(kak rose skip jugak step no 4.... idok ler rajin nak bako arang bagai.... so masih nasi mandhi ke idok kalau camni?)

sedap makan panas2 dengan ayam bakar berlada hitam bermayonis dan salad sempoi.... celery+timun jepun +tomato cherry+mayonis.....

Saturday, October 29, 2011

Fluffy pancake

ni la rezeki bw petang ni..... terjumpa resepi pancake yg sedap nih.... tp kata nya ni yg ori, yg telah diderhakan belum lagi nak dikongsikan.... x pe kak rose cuba yg ni dulu.... pas masak je terus ngap sekeping... mmg fluffy sangat sesuai dengan namanya... cumanya kejadian pancake kak rose ni tidak secantik tuan punya resepi tu yg ada twinkle2 little star tu suma... jeles sungguh tengok acu yg macam2 tu.... nak kena cari jugak nampak gayanya!

mekasih nor kongsi resepinya, izinkan kak rose sharekan kat sini lak ya..... apa pun kak rose tunggu resepi yg telah diedit tu.... apa agaknya bahan yg ditambah dalam tu... sabor menunggu nih.
FLUFFY PANCAKE
source: Allrecipes
source : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients
3/4 cup milk
2 tablespoons white vinegar
1 cup all-purpose flour
2 tablespoons white sugar
1 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon baking soda ~ k.nor letak secubit jer
1/2 teaspoon salt
1 egg
2 tablespoons butter, melted
cooking spray ~ optional

Directions
Combine milk with vinegar in a medium bowl and set aside for 5 minutes to "sour".
Combine flour, sugar, baking powder, baking soda, and salt in a large mixing bowl. Whisk egg and butter into "soured" milk. Pour the flour mixture into the wet ingredients and whisk until lumps are gone.
Heat a large skillet over medium heat, and coat with cooking spray. Pour 1/4 cupfuls of batter onto the skillet, and cook until bubbles appear on the surface. Flip with a spatula, and cook until browned on the other side.

Cucur bom manis

nama yg sangat ganazzzz.... hati2 kalau makan ya, bukan takut meledak tapinya takut x leh berenti mengunyah sbb sedap sangat bagi kak rose yg mmg penggemar cucur aka cekodok ni.... cucur yg rangup diluar dan lembut sangat didalamnya.... dah sejuk pun masih lembut jer. buat petang semalam dan boleh sambung wat sarapan pagi ni.... x abes jangan dibuang, x baik membazir kan.... dan berebut2lah lemak nak tumpang menepek dibadan yg dah jadi cam cekodok jugak!

meh tengok resepinya yang ramai sangat dah buat.... kak rose cnp dari rumah izah ya. terimakasih pada semua yang share resepi cucur sedap ni.... jangan takut, x meletup punya!

Sumber : daun_kesum@Jurnal Alkiram
sumber: annaqawina

Bahan :
1 sdt yis
1 cawan tepung gandum
2 sdb gula
3 sdb susu pekat manis
secubit garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
Campurkan yis, gula, susu & sedikit air.L arutkan *Ana biar sampai pekat berbuih.
Campurkan campuran yis tadi ke dalam tepung gandum, tambah kan sedikit air, agak2 macam nak buat jemput2 biasa tu le.
Perap adunan dalam 1-2 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik & kuih jadi bulat masa menggoreng.
Panaskan minyak masak.
Sebelum menggoreng, tambahkan secubit garam ke dalam adunan dan goreng hingga keperangan.
*Izah tambah garam, gaulkan kemudian biar sebentar adunan nampak naik balik, baru goreng.
Hidangkan.

*izah buat double adunan, tapi yis izah letak cume 1 1/2 sk dan air lebih kurang 250ml (50ml bancuh yis+200 bancuh tepung semua).

Friday, October 28, 2011

Abok abok

ni abok abok untuk minum petang semalam.... kuih yg paling senang nak buat, tp nak bungkus tu sungguh lah mencabar keras tangan kak rose ni... kelongsong pun abes terbarai... yg tu suma letak balik tabir je la... x nak mengaku dah terkantoi! tayang yg x terbukak dan nampak elok je... aci tak cam tu?

resepinya kak rose amik dari Myr oleh cikgunita, terima kasih ya cikgu... dan kak rose mintak izin nak kopipes kat sini lak... pernah buat jugak kat sini...

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 2 cawan sagu biji.
  • 2 cawan kelapa parut putih
  • 3 sudu makan gula merah
  • 3 sudu makan gula pasir
  • secubit garam.
  • 10 calong daun pisang. Lidi penyemat

Cara-cara

  1. Basuh sagu dan toskan 5 minit.
  2. Gaulkan sagu dengan kelapa. Tambahkan garam.
  3. Campurkan gula merah dengan gula pasir.
  4. Masukkan 2 sudu campuran sagu ke dalam calong daun pisang. Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan akhirnya masukkan 1 sudu campuran sagu.
  5. Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit. Siap.
kuih yg berasaskan sagu ni mmg dah jadi pebret kak rose... bungkus besar gedabak - makan satu kenyang sampai malam! kalau dapat sagu gula melaka tu lagi best kan... dapat makan yg sejuk2... hmmm nyaman sekali!

petang ni nak kena g dentist lagi..... hishhhh!

Thursday, October 27, 2011

Tayangan ulangan...

salam semua... tayangan ulangan sup sayur yang entah dah berapa kali....apa yg kak rose suka makan pasti ada saja ulang tayang kan.... yang pasti nya sup sayur yang sangat mudah disediakan dan sedap jugak pada kami sekeluarga.... cuma pada resepi ni kak rose tambah carrot munger2... nak bagi kaler2 dalam sup tu.... biar cantik dipandang dan sedap ditekak... buh kuah banyak2. sedap dihirup bersama dengan nasi panas2....

ni la resepi labu air tumis bersama suhun oleh kak besah ni yang kak rose dah derhakakan.... ampun kan kak rose ya.....

Bahan-bahan
  • sebiji kecil labu air (pastikan ia muda) - buang kulit dgn pengupas timun & dipotong dadu.
  • setengah cekak suhun @ so'un
  • semangkuk kecil isi ayam(hiris nipis) @ udang basah (kak rose gantikan ngan pati kiub jer)
  • 7 biji bawang merah,5 ulas bawang putih & 2cm halia muda - dihiris
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam, 1/2 senduk minyak utk menumis
  • (kak rose tambah carrot yg dipotong munger2....)

Cara-cara

  1. panaskn minyak,tumis bahan2 hiris hingga wangi lalu masukkan ayam.goreng hingga ayam layu lalu masukkan 2 mangkuk air.
  2. biar mendidih seketika utk lembutkn ayam pastu masukkan labu air.biar mendidih 3 minit lalu masukkan suhun. masukkan juga serbuk lada hitam. garam & secubit gula.biar mendidih seminit,tutup api dapur & tutup rapat periuk dlm 5 minit utk empukkan labu. kemudian renggangkn tutup periuk utk elakkan labu jd lembik.
  3. bolehlah dihidang panas @ sejuk..

Wednesday, October 26, 2011

Cucur badak blackout

ada ke kuih nama ni?.... nak tau kenapa? masa tengah uli tepung dengan kentang lenyek ni tiba2 kedebooommm.... kilat n petir yang sangat kuat dan apalagi rumah ni bergelap lagi.... sllu sangat power trip.... blackout lagi..... dah la rumah ni mmg gelap... sepanjang hari kena pasang lampu! kak rose ni jenis penakut sangat, jd tunggu hingga hujan reda barulah on kan balik switch board tu... tu pun jolok guna ruler kayu, siap pakai seliper bagai as a precaution. takut!

buat kuih ni dalam cahaya samar2 dari luar jer... nasib baik kuih ni x la hitam cam badak sungguh kan.... tp goreng pun masa dah ada api balik, tu yg x jadi hitam macam badak... resepi kulit cucur badak ni kak rose amik dari rumah Ummi, tp inti kak rose x buat, guna serunding daging yg dah sedia ada... sorri ya Ummi, kak rose dah kasi nama baru pd badak ni... he he he

Bahan-bahan:- ( anggaran 16 biji )
  • 500 gm ubi keledek ( kalau color merah lagi sedap) (kak rose guna kentang)
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kanji
Cara-Cara:-

  1. Rebus ubi sampai empuk, angkat dan tos kan, terus lecek2 kan ubi tu masa tengah panas
    lepas dah sejuk boleh letak tepung dan gaul2 rata.
  2. Ambik sedikit doh dan buat bulat2, kemudian leperkan pada tapak tangan dan isi inti.
  3. Lepas tu bulat2 kan kasi cantik, letak kueh yg dah siap atas dulang yg telah ditaburkan dengan tepung utk elak kan dia melekat bila diangkat nanti.
  4. selepas siap, goreng kueh dengan api sederhana. selalu balik2 kan kueh agar kueh masak sekata. bila kekuningan boleh lah diangkat.

Kerana petir lagi.....


musim hujan di Shah Alam.... dan kawasan perumahan ni mmg dikelilingi oleh kawasan perindustrian.... dengan hujan yg kerap dan kilat yg banyak.... sllu sangat rumah ni blackout.... bila ada kilat dan guruh berdentum sure la power trip, bergelap la sekejap.... kena sllu sediakan lampu suluh..... masa mula2 pindah sini dulu kak rose terus je hubungi tnb, ingatkan seluruh kawasan bergelap, rupanya rumah kak rose je yg power trip.... so sekarang ni dah tau la... dan belumpun 2 tahun duk kat sini modem dan kena 3 kali strike.... nasib baik amik package yg ada life time warranty... so derang datang ganti je ....

kali ni line telefon yg kena .... call 1300 no to tm... mmg kena tunggu laaaaaama sangat baru dapat cakap dengan telefonis tu.... kalaulah mesin tu boleh jawap kita punya pertanyaan kan senang x yah nak tunggu lama2! bila dapat cakap, dia pun reset dan suruh nya kita buat troubleshoot... bila dah pasti kerosakan barulah nak antar technician datang baiki.... so tengahari td kontrektor tu datang baiki... ok dah line tenet ni...

dia punya magic receiver....

soket ni yg kena lightning strike.... so dah ganti baru.... baru je betulkan yg ni dan petang td satu lagi petir dan kilat yg sangat kuat... power trip lagi... nasib baik yg lain2 x kena.... syukur sangat2.

Pulut kuning - semalam punya!

salam morning wanekem pagi2 semua..... happy deepavali kepada kawan2 yg beragama hindu dan selamat bercuti kepada semua sambil sama2 merayakan deepavali....Ina, kak rose miss ur deepavali gathering macam dulu2... seronok kan... tose n kari panas2.... la ni kalau nak makan tose kena la g kedai mamak pulak!

nak cerita pasal pulut kuning yg kak rose masak petang semalam.... mulanya tengok resepi angel hair goreng tomyam kat blog CMG tu, pas tu kat bawah yg u might also like this tu adalah tunjuk pulut kuning dengan sambal tumis dia posing cantik mengamcam... terus lah tekak ni pun nak jugak merasa.... so sambil masak angel hair tu terus la g rendam pulut, sementelah sambal tumis pun dah sedia ada... jahat kan tekak dan mata kak rose ni! nasib baik lah kelapa pun ada dalam simpanan sbb kak rose suka guna santan fresh... manis gitu!

sempatlah kukus untuk minum petang aka dinner semalam.... dan ada baki untuk kak rose bekpes pagi ni .... makan dengan rendang daging pulak. makan bagai x hengat donia tp briskwalk pagi2 tu malas la pulak.... hissshhhhh!!

Tuesday, October 25, 2011

Angel hair goreng tomyam

salam tengahari semua... tentu dah abes lunch kan.... kak rose ni cnp resepi CMG yg menjejehkan air liur tu... dengan dia punya presentation yg vogue... kalau sapa terpandang pasti nak rasa kan... so meh kita buat sendiri barulah boleh rasa.... tp ari ni terlambat sikit masak sbb bila tengah browsing tetiba gedebommmmm! kilat sekuatnya.... teruslah kak rose off kan modem, x sempat nak kopi resepi ni hinggalah hujan berenti barulah berani nak on kan semula.... semalam dah baca tp x berani lah nak belasah gitu jer, kang x sedap kan dah rugi sbb x ingat exact bahan... so kena sabar tunggu hingga boleh bukak DTS semula.... mekasih ya Mat, kak rose kopikan kat sini pulak ya..

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram spaghetti angel hari, rebus hingga lembut, gaul dengan minyak zaitun
1 gengga, udang kecik, cuci dan toskan
1 1/2 camca besar pes tomyam (kak rose guna 1 kiub maggi tomyam)
1 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih cincang halus
1 biji tomato, cincang halus (kak rose guna 6 biji cherry tomato)
2 helai daun limau purut
8 biji cili padi, cincang halus
Sos ikan secukup rasa
Sedikit gula
Hirisan daun bawang untuk hiasan ( x de, gantikan dengan daun sup)
Hirisan cili padi untuk hiasan
Belahan limau kasturi untuk hiasan
Minyak zaitun untuk menumis

close-up sket.....

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih, bawang merah dan tomato hingga layu dan tomato lembut. Masukkan cili padi cincang dan pes tomyam, kacau rata dan masak hingga rempah garing.
  2. Masukkan udang dan sedikit air. Bila udang berubah warna, masukkan spaghetti, gaul rata dan tambah sos ikan secukup rasa dan secubit gula. Gaul hingga mesra. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Hidang dengan menabur hirisan daun bawang dan cili padi. Perah jus limau kasturi sebelum dimakan, jika suka....

Monday, October 24, 2011

Bingka roti kukus pandan

kes x leh nampak orang buat.... pagi td ternampak kat rumah Yat easybakes tu, dan baca komen2 kat situ mmg sangat melelehkan air liur... mmg teringin sangat nak mencuba dan yg penting nak makan la kan.... so kak rose cnp dari rumah Yat, yg asalnya dia dapat resepinya dari rumah Ummi dan resepi asal dari Notabilia. terima kasih semua yg sharekan resepi mudah n sedap ni.... tp biasala, rupa kuih kak rose ni tentu x memenuhi piawaian, tp yg pasti rasanya sangat lah umphhh!

BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
Resepi : Notabilia
Source : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
8-10 keping roti putih (akak guna 9 keping roti Gardenia - x perlu disiat kecil)
200 ml santan - (akak guna santan kotak Kara je)
200 ml air
1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je gula kastor)
4 biji telor - (akak buang tali pusatnya)
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh pes pandan
2 helai daun pandan - disimpul

Cara-Cara:-
Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (akak sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (akak balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).
Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan.


Brokoli bawang putih

salam hari isnin semuanya.... harap2 x de monday blues ya.... muga riang dan ceria saja dipagi hari untuk memulakan minggu yg baru ni... secerah matahari pagi ni dan harap2 panas hingga kepetang la kan.... dan pagi2 lagi kak rose dah tayang sayur ni... sedap dan boleh ratah gitu jer. tp kalau dapat makan dengan nasi panas2 pun laaaaaagi sedap! resepi kak rose amik dari blog Resepi Raidah... simple n nice, mekasih ya dan kak rose mintak nak sharekan kat sini lak... boleh la kawan2 mencuba untuk lunch nanti...


Bahan-bahan:

500 gm broccoli
5 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
3 sudu sos tiram
1 camca teh tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
1/2 camca lada sulah
Air ais ~ untuk merendam broccoli
Garam

Cara penyediaan:
1. Celur broccoli selama 2-3 minit dalam air mendidih. Kemudian sejatkan dan rendamkan ke dalam air ais, 2-3 minit dan toskan.
3. Tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan angkat.
4. Masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Apabila kuah telah mendidih, masukkan broccoli dan kacau seketika. Letaklah lada sulah dan garam secukup rasa.
5. Angkat ke dalam mangkuk dan taburkan dengan bawang putih yang telah digoreng tadi. Sedia dihidang. (kak rose tambah taburan sesame seed yg dah disangai)

Sunday, October 23, 2011

Nasi lemak pandan

selamat berhari minggu yg mendumg kepada semua.... hari ni kak rose terajin sket nak masak setelah sekian lama asik makan nasik tapau jer.... ni pun sebab anak bujang kak rose balik dan dapatlah bekpes sama2 tadi....lama dah x masak nasik lemak sbb pagi2 sllu makan either roti bakar or oat je... sesekali nak jugak kelainan kan... tp tu pun depend pada tahap vit r yang ada.... selalunya mmg vitamin m saja yang ada kat kak rose ni.... hmmm

so pepagi ni merajinkan diri masak nasik lemak pandan ni.... harum bau pandan dan lemak semerbak satu rumah. wangi jer. kak rose guna hijau daun pandan+kaler ijo+perasa pandan... bertambah harum nasik kak rose pagi ni...

resepi ni dulu kak rose penah buat dan amik dari dapur hana..... jom kita tengok resepinya... rasanya semua pun boleh masak nasi lemak cumanya kita tambahkan air daun pandan untuk dapatkan kaler jio yg cantik tu...

Bahan-bahan
  • Beras
  • Air pandan secukupnyer (blend daun pandan dan tapis)
  • Santan pekat
  • Garam
  • Halba (kak rose x letak pun)
  • Halia
  • Daun Pandan - simpul
  • Pandan emulco@pewarna ijo + sedikit air (utk renjis)
Cara-cara
  • Basuh beras bersih. Campurkan santan pekat dan juga air pandan mengikut sukatan beras.
  • Masukkan skali garam, halba, halia dan juga daun pandan. Jika kaler ijo kurang menarik, bleh tmbh ngan sedikit pandan emulco@pewarna ijo yer!
  • Masukkan rice cooker dan masak hingga beberapa minit nk tanak.
  • Lagi beberapa minit nk tanak tuh, ambil sedikit pandan emulco@pewarna ijau. Campurkan dengan sedikit air (kaler ijo yg ni bior lg pekat dr warna nasik td yer) dan renjis2kan ke atas nasik. jgn gaul dulu. tutup smula periuk dan tanak hingga masak.
  • Dah masak baru gaulkan. so nmpk la nasi lemak anda warna ijo yg cantik! heeeee... Slamat mencube!! :)


selamat sudah bekpes dengan nasik lemak pandan yg sedap. makan bersama ikan bilis + ayam goreng +kacang tanah + timun + telor mata dan sambal ikan bilis.... x cukup sepinggan makan.... kalau tapau tentu x leh nak menambah kan....

Friday, October 21, 2011

Sayur goreng jawa


salam Jumaat yg mulia semuanya.... sayur goreng jawa yg sangat sedap. sejak terpandang kat rumah Dr. Inahar hari tu, mmg sangat teringin nak makan...biarpun x cukup bahan sbb guna apa saja yg ada didapur, jadilah sayur goreng jawa seadanya.... rasanya kalau x de tempe boleh ke bagi nama sayur goreng jawa jugak?...x kisahla kan asal bahan yg lain suma ada dan sangat sedap kat tekak tukang makan ni kura ok la tu . meh tengok resepi yg kak rose cnp dari rumah doktor yg pandai dan rajin masak ni... mekasih share resepi ya.

Resepi Sayur Goreng Jawa

3 keping tauhu ( di potong dadu kemudian di goreng)
2 biji kentang ( potong dadu dan di goreng )
1 keping tempe ( potong dadu dan goreng ) (yg ni kak rose x de. hu hu hu....)
5-6 batang kacang panjang@buncis ( hiris menyerong nipis nipis)
3-4 biji lada hidup ( dipotong nipis2)
1 paket kecil suun – ( rendam dan di potong sedikit )
1 paket kecil tauhu kering ( di rendam dan potong kecil )
1/2 cawan udang sederhana besar ( boleh gak tambah daging tetel,hati, pedal ikut suka )
3 -4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit kicap manis
1/2 cawan santan pekat
garam secukup rasa
Minyak secukupnya
serbuk perasa secukupnya

Cara Penyediaan

1. Tumis bawang merah, bawang putih, lada hidup hiris hingga wangi.
2. masukkan udang hidup @ bhn2 seafood yg lain.tumis sebentar kemudian masukkan sayur-sayuran,tempe, tauhu kering dan bahan2 yang telah di goreng tadi!!
3. Masukkan kicap,santan serta suun.kacau rata kemudian masukkan garam, perasa dan kacau rata.
4. Bila telah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Thursday, October 20, 2011

Kuih bakar jagung

bakar dakam bekas kecik2.... senang nak ngap!

salam dan selamat petang.... dah minum petang ker?.... hari ni kak rose masih bz goyang kaki... menyudahkan keja jahitan tu.... dan kuih bakar jagung ni dah pun selamat.... 2 hari lepas punya menu minum petang baru nak tepek kat sini.... x pe kan?

resepinya kak rose amik dari Myr oleh zana, mekasih ya dan kak rose mintak izin nak sharekan kat sini lak... meh tengok resepinya...

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan (kak rose guna sepeket santan serbuk + secawan air)
  • 1 cawan susu sejat
  • 3/4 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 1 tin jagung manis ala krim
  • sedikit pewarna kuning
  • sedikit bijan jika suka

Cara-cara

  1. "Blender" semua bahan hingga sebati kecuali jagung dan bijan
  2. Masukkan jagung dan "blender" sebentar.
  3. Tuangkan dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
  4. Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam

Wednesday, October 19, 2011

bz.... goyang kaki

salam hari rabu semuanya.... tu la kak rose ni x de keja carila keja x bergaji....so seharian lah hari ni bz menjahit tolong kawan yg buat persediaan alatan perkahwinan.... nak buat beg uncang yg isi goodies tu, dah la nak guna hari sabtu ni, hubby pulak admitted kat PPUM sehingga hari khamis dan kawan ni kenalah jaga hubby dia kan.... so terbengkalai semua keja dia. kak rose pun offer diri nak tolong jahitkan..... nasib baik ada mesin jahit singer yg antik ni (agaknya kalau kat orang lain dah lama jadi tukun ikan kat dasar laut kan....) so seharian la kak rose goyang kaki.... kak kak rose dah kata mesin antik, x de pakai sambung power elektrik punya.... nak guna 300 pcs tp kak rose ni tolong mana yg terdaya nak jahit je la... tu pun jahit semacam ular kena palu jer....

so disebabkan bz goyang kaki, lunch dengan ni je .... kenyang jugak!

Tuesday, October 18, 2011

Jom bekpes....

salam dan selamat pagi semua.... hari ni dah genap seminggu kak rose g briskwalk pepagi.... mmg sangat sunyi kat taman tu pepagi cam tu sbb x de orang lain jalan sama.... dulu masa belum posa tu ramai gak la kaum ibu yg jalan pusing2 taman tu pagi2.... x kisah la kan... sorang pun kak rose gigih briskwalk.... nak kuarkan peluh... alat stepometer yg kak rose guna dulu tu dah gone haywire.... hampeh x leh guna, so steps x dapatlah nak kira.... tp apa pun kak rose jalan hingga 20 pusingan of that taman and must be in one hour time.... tp x dapatlah hingga 10k steps/day tu..... (nak kena jalan at least 28 round taman tu baru dapat -+ 10k steps...) mmg berpoloh2. rasa ringan sikit badan ku yg bambam nih! dan balik dari briskwalk tu, buatlah bekpes ni.... satu mangkuk beso..... agak2 sama x jumlah kalori yg masuk dan yg dah burnt out?

meh sarapan dengan oats + zespri kiwi + black raisin and a mug of nescafe o tanpa gula...kalori? karbo?... x kisahla kan asalkan kenyang dan esok g jalan lagi ..... kalau rajin la....

Monday, October 17, 2011

Benih bawang?

bawang dan kentang dah tumbuh pucuk... dalam drawer yg x de cahaya pun dia leh tumbuhkan.... boleh wat bisnes jual benih bawang n kentang dah ni.... ada yg kak rose dah cucuk dalam pasu dan tumbuh subur pun.... dan inilah tanda tuan dapur yg sangat x rajin nak masak nasi dan lauk bagai. sepanjang minggu lepas mmg x masak.... asik tapau jer. entahlah bila hati x senang nak kedapur pun rasa sangat malas... hati.... Ya Allah berilah ketenangan dalam menghadapi dugaan ini...

pisang yg masak ranum pun terbiar.... dan pagi ni baru ada hati nak buat lempeng... 2 keping ni pun x terabes makan. ada sapa2 nak lempeng pisang hangit ni?

mee goreng bodo2 untuk dinner petang semalam.... belash je apa yg ada dalam fridge , asalkan kenyang perut kira ok la kan....

Saturday, October 15, 2011

Cucur nasi tempura

salam dan selamat pagi semua.... dah sarapan ke? pagi ni kak rose buat cucur nasi tempura.... ilham dari dapur Yatie dengan cucur nasi jejari ketam tp sbb kak rose nyer dah abes buat megi goreng ari tu, so apa yg ada dalam fridge je la kan.... ada juga bebola ketam dan ayam, tp kak rose nak cuba dengan tempura ni dulu.... maaf la ya Yatie, kak rose ni memandai menderhakakan resepi, tp bak kata CMG resepi tu sebagai panduan dan kita sendiri kena lah keratif ikut bahan yg ada dan sedap ditekak tukang masak yg x pandai ni.... (ayat mintak maaf sbb dah menderhakan resepi... he he he) so inilah jadinya... cucur nasi tempura. Yatie, kak rose kopi resepi tu kat sini ya.... mekasih.

Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 biji bwg putih
  • 1 sudu besar udng kering-rendam dan toskan
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 8 btng crabsticks-atau lebih, di potong kecil2 ( kak rose gantikan ngan tempura didadu)
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali udng kering, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati. Masukkan sekali potongan tempura dan gaul hingga sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah.
= Boleh juga gunakan sudu utk mengoreng cucur ni...sudu hendaklah di celupkan sebentar kedlm minyak panas tadi dan jemputlah adunan cucur tadi kedlm minyak gorengan....dan buatlah sehingga habis...

sedap dimakan panas2, cicah ngan cili sos+mayo dan semug nescafe.... berbaloi ke briskwalk kak rose selama sejam pagi ni????

Friday, October 14, 2011

Apam pisang cokelat

seharian geram dengan streamy.... grrrrr!!! lembaba mengalahkan siput. kadang tu nak bukak pun page not found.... kenapalah servisnya begini teruk berbanding dengan bayaran bulanannya... hishhhh.... dari tadi nak buat entry apam pisang cokelat ni pun nak tertido menunggu!... resepi dari Myr oleh noorana, mekasih ya share resepi dan kak rose mintak izin nak sharekan kat sini lak..

Bahan-bahan

  • 2 cwn tepung gandum*
  • 2 sudu makan serbuk koko*
  • 1 sudu teh soda bikarbonat*
  • 1 sudu teh baking powder* semua bahan diayak bersama
  • 1 sudu teh garam
  • 1 cwn pisang emas yang dilecek
  • 1 cwn minyak masak
  • 1 1/2 cawan gula perang
  • 2 biji telur (dipukul)
Cara-cara
  1. 1)Panaskan kukusan. 2) Masukkan bahan yang telah diayak ke dalam mangkuk. 3) Masukkan bahanbahan yang tidak diayak ke dalam adunan tadi. Gaul sebati. 4) Masukkan dalam acuan kecil atau loyang. 5) Kukus selama ½ jam atau sehingga masak.
  2. pastikan air kukusan tidak jatuh ke dalam loyang semasa mengukus.
jom minum petang ni dengan apam pisang cokelat ni... sedap dan gebu dengan manis pisang kat dalam dia.

Thursday, October 13, 2011

Kuih kukus bawang goreng

ha.... kan dah kena jangkitan kuih kukus bawang goreng ni.... tu la kak rose ni x leh nampak orang tayang nak jugak nak merasa.... pagi td tengok kat rumah nor terus teringin sangat nak merasa kuih ni. ramai kawan2 dah mencuba dan kak rose pun nak gak la.... ikut style nor punya jadi kaler bendera kedah pulak dan terlebih rajin buh dalam acuan kecik2 ni.... mekasih pada Izah yg sharekan resepi ni ya dan kak rose cnp dari rumah Nor secubit garam.... terimakasih pada kawan2 yg telah mempromosikan kesedapan kuih ni juga..


KUIH KUKUS BAWANG GORENG
resipi asal : Izah Daud
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
3/4 cawan + 2 sb tepung gandum
1/4 cawan tepung ubi kayu
1/2 cawan gula halus
1 cwan air pandan *5-7 helai daun pandan
1 cawan santan pekat
sedikit pewarna hijau apple * jika suka
1/2 genggam bawang goreng

Caranya:
Panaskan kukusan.
Campurkan semua bahan di atas kecuali bawang goreng.
Kemudian blend/ kisar sehingga sebati.
Masukkan ke dalam mangkuk, masukkan bawang goreng. Kacau-kacaukan.
Kemudian tuang ke dalam loyang yang telah disapu minyak.
Kukus sehingga masak (30-40 minit).
Tunggu sejuk kemudian hidang.

*kuih ni dapat kecik comel je. Kena gunakan loyang paling kecil.
*disyorkan menggunakan bahan2 semula jadi. Contoh: bawang goreng buat sendiri, santan perah dan daun pandan.
*bawang goreng kena letak sikit aje, nak kasi rasa lite lite gitu. Dalam gambar tu, saya letak terbanyak bawang goreng nyer. sedikit menjejaskan rasa.

Traffic light?

pagi2 nak tayang jeruk traffic light ni... buah apa x tau la, bentuk macam buah cermai tp sikit masam pun dah x de.... manis dan sangat cantik, kalerful... kalau dah manis ni boleh ke panggil jeruk jugak? tu la kalau g penang ada saja jeruk yg dibawak balik.... buah kabung, kedondong yg jugak kalerful, jeruk mangga, jeruk buah pala, jeruk buah yg dari pokok sagu tu pun ada gak.... apa nama entah le... kiranya macam2 ada!

jeruk penang mari punya...

lama dah belinya, tp sayang tersimpan jer...

sangat traffic light kan...
ada sikit lagi, lepas amik gambo tadi terus bagi2 kat jiran sebelah rumah...

Wednesday, October 12, 2011

Megi goreng a la Ummi

yesss! td lunch dengan megi goreng ala Ummi yg sedap nih... kalau kemalasan melanda gini le jadinya.... dah dua hari asik lunch tapau je, ari ni kak rose goreng megi lak. sebenarnya td nampak megi kat rumah Ummi tu terus lah teringat nak wat yg sempoi cenggini.... walaupun nampak berderet bahan2 yg digunakan, tp pasti semua rumah ada bahan2 dapur tu kan... meh la layan fried maggie with scrambled egg & crabstick -----> berpintal lidah kak rose nak nyebutnya tp bila makan laju jer. Ummi kak rose copy yer. mekasih.

FRIED MAGGIE WITH SCRAMBLED EGG & CRABSTICK
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 5 paket mee maggie - patah-patahkan.
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 4 ulas bawang putih - cincang
  • 3 sudu besar cili kering yang telah dikisar
  • 5 cawan air (lebihkurang)
  • 2 kiub pati ayam
  • 1/4 cawan sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah (x letak, terlupa suda...)
  • 1/4 biji kobis - dihiris
  • 1 batang kecil - lobak - diparut kasar
  • 8 batang crabstick - dikerat 3 setiap 1
  • 4 biji telor - kacau goreng hancur2 dulu (scrambled egg)
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak masak
  • hirisan daun bawang dan daun sup (x de la pulak... cuma tabur ngan bawang goreng jer.)
Cara memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan pula cili kisar dan kacau-kacau biar cili agak masak.
  2. Masukkan kiub pati ayam, kesemua sos dan kicap tadi, kacau sebentar.
  3. Masukkan air secukupnya dan biarkan ianya mendidih. Masukkan garam secukup rasa. (agak2 dulu la yaa..kang termasin lak)
  4. Masukkan sayur kobis dan maggie yang telah dipatahkan tadi dan kacau-kacau sehingga maggie kembang masak dan kuahnya kering bersalut dgn bahan tumisan.
  5. Masukkan crabstik, parutan lobak dan diikuti dengan scrambled egg. Kacau rata perlahan agar crabstick tidak hancur dan seimbangkan rasa.
  6. Angkat dan hidangan dengan hirisan daun bawang/daun sup/cili merah.
cili api potong dalam kicap cair sebagai pelakun tambahan.... pedassss!