Monday, October 31, 2011

Ayam bakar lada hitam bermayonis

ayam bakar lada hitam bermayonis yang sedap ni digandingkan dengan nasi mandhi semalam....manis lemak dek mayonis tu, juga bertambah2lah lemak yang berebut2 nak duk dalam badan ni. ayam ni mmg sedap, lagi la kalau dapat perap lebih lama.... kak rose cuma perap 2 jam jer, tu pun rasa dak ok sangat... mekasih pada ros jintanmanis (masa tu ros CDBT lagi) dan juga Ummi yang sharekan resepi ayam yg sedap nih....kak rose mintak izin nak tepek kat sini lak ya...

Bahan:-
  • 1/2 ekor ayam (bersihkan dan cucuk2 dengan garfu)
  • 1 sk serbuk lada hitam (blackpepper)
  • 2 cm halia
  • 2 biji bawang putih
  • 1/4 biji bawang besar
  • 1 sb. madu
  • 1 sb. gula
  • 1 sk. kicap manis
  • 1/2 sk garam
  • 2 sb. mayonis
  • sedikit lada sulah

Cara-Cara:-

  1. Blend bawang besar, bawang putih dan halia hingga hancur.
  2. Kemudian curahkan ke dalam bekas dan campurkan dengan lada sulah, garam, madu dan lada hitam.
  3. Masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis.
  4. Gaul sebati dengan ayam dan perap dalam fridge antara 2 -3 jam.
  5. Bakar pada suhu 180C selama 40 minit hingga ayam bertukar warna perang keemasan (balik2kan ayam semasa membakar). Sedia untuk dihidangkan.

(*Nota - makin lama diperap makin sedap..)


gandingan yg sangat sedap buat kak rose yg dah lapo sangat.... sbb masak dah lewat dan terusla Bismilahirohmannirohim Allahumma...... x toleh kiri kanan dah!

9 comments:

  1. as-salam kak ros
    sedap3..tgk lama2 kat ayam tu terliur... cantik warna nasi tu kak ros..

    ReplyDelete
  2. salam kak rose...nmpk moist jer ayam tu...lapo la kak...order sekor...hiihi

    ReplyDelete
  3. HEHEHE.. SEDAP NYEE...
    NANTI BOLEH LAAH CUBA RESIPI NI PULAK..

    :)

    ReplyDelete
  4. ady, masa lapo ni apa pun nampak sedap kan...

    ReplyDelete
  5. Ros, lapo punya pasal sekali ngadap jer!

    ReplyDelete
  6. liza... nnti kak rose anto bau ya oder tu... he he he

    ReplyDelete