Monday, February 28, 2011

Crispy potato wedges

salam dan selamat malam. entry terakhir February 2011. buat potato wedges ni sbb dah x tau nak buat apa untuk minum petang td. nak buat kuih tersangatlah malasnya. teringat potato russet yg bli ari tu ada lagi baki 2 biji beso2. godek2 cari resepi dan terus kedapur buat nih. resepinya dari blog 1001 cerita 1001 rasa.... noorsha.blogspot.com. terimakasih ya kak rose nak cnp dan tepek kat sini.....

Bahan²

2 biji kentang - potong berbaji
2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO
1 sudu teh serbuk cili (x de kak rose ganti ngan serbuk kari)
1 biji putih telur - dikocok
Tepung gandum secukupnya untuk salut
Garam


Cara²

1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk.
3. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
4. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
5. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
6. goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
7. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.

hmmm... yummy2. makan panas2 rangup jer... bila dah sejuk lembik la pulok!

Jus buah naga

nama kan main garang... warnanya jugak. buah naga, tp yang ni x de makna nak garang2.... sudahnya kena ngap jugak. cuaca panas ni dapat minum yang sejuk2 memang menyegarkan... masa cari resepi lempeng kelapa semalam dah ternampak CMG buat jus naga ni.... kak rose pun teringin jugak nak rasa...so kak rose kopi pes ya mat... mintak dihalalkan resepinya nak tepek kat sini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji buah naga jenis merah, saiz sederhana (kak rose buat 1/2 biji jer)
1 1/2 camca besar gula pasir (atau ikut manis)
3 cawan air mineral
1/2 cawan susu sejat IDEAL
3 titik esen vanilla
Ais kiub secukupnya
Buah Stoberi sebagai hiasan (jika suka)

CARA MEMBUATNYA :-)
Buah naga dibelah 4, ambik isinya dan masukkan ke dalam alat pengisar bersama2 guna dan air. Kisar hingga hancur. Tambah susu cair dan esen vanilla, kisar sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh tuang dalam cawan. Isi ais kiub secukupnya dan hidangkan sejuk...hmmm....

Ini buktinya....

boleh bawak ke mahkamah ke bukti cam ni?....

Wah gempaknya…. kes mahkamah ke siap ada bukti bagai? ke apa benda yang nak dibutikan dan kepada sapa pulak?.... he he he jangan risau….. x de apa2 sebenarnya. cuma pagi tadi kak rose g briskwalk cam selalu, (eceh ceh…. macam selalu konon…. padahal baru semalam stat setelah sekian lama terkantoi!.....) dan hari ni kak rose jalan sebanyak 25 pusingan kat taman tu…. so setiap koyakkan kat daun tu menandakan 1 pusingan lah…. Kira nak dapatkan 10,000 langkah sehari tu masih jauh lagi la… setiap pusingan tu ada 350 langkah… jadi kena belajar matematik sikit neh…. mana kalkulator ni, eh guna excel ok gak… jap nak kira… 350 x 25 = 8750 langkah…(agaknya kalau g Kl dah dekat nak sampai kot) wei….dah dekat lah tu kan. dan masa balik tu kak rose ikut jalan jauh…another 3 x 350…. Siap kira setiap langkah sbb cuba nak dapatkan 10 ribu step tu… (alangkah bagusnya kalau ada alat pedometer tu….) tp x dapat gak. So close yet soooo far, x tercapai jugak. Kira bakinya tu masa kita buat keja rumah yang turun naik tangga kedepan belakang tu ada x seribu langkah sehari? Kalau ada itu sudah bagus… melebihi sasaran! Tp itu boleh kira ker?

ni semalam nyer daun.... 14 pusingan jer. x larat dah!

dah pas penat jalan balik rumah mandi dan bekpes….. hmmm. esok baru nak g jumpa doctor nak amik result ujian darah ari tu…. hope for the best, Insyaallah.

Sunday, February 27, 2011

Lempeng kelapa CMG

petang td g buat lempeng kelapa ni.... dan kak rose dah ubah nama resepi ni dengan nama tuan punya resepi. Yes lempeng kelapa CMG cicah sambal tumis...ari tu ada makan lempeng kelapa ni masa rewang kat rumah kenduri, nak tanya resepi x tau pulak sapa yang buat... sangatlah sedapnya cicah dengan sambal sadin... so bila baru ni nampak resepi ni kat rumah CMG terus teringin nak buat... yg sebenarnya teringin nak makan! masih ya mat share resepinya kat sini.... dan kak rose nak kopi pes tepek kat sini.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan kelapa parut putih, pilih kelapa berkulit basah
1 cawan tepung gandum
1/2 camca teh baking powder
1 cawan air (kurang lebih)
Secubit gula halus (optional)
Garam secukup rasa
(kak rose tambah sebiji telor)
Sambal tumis, sebagai pencicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali sambal tumis, kacau hingga rata dan jika kelihatan terlalu pekat boleh tambah 1 - 2 camca besar air. Kacau rata dan rehatkan sekejap..
  2. Panaskan non-stick pan saiz 4 inci, lenser dengan sedikit minyak masak. Sendukkan kurang lebih 1/3 cawan adunan dan ratakan, masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng kelihatan pucat.
  3. Terbalikkan dan masak lagi hingga sedikit garing, angkat. Buat kaedah sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama sambal tumis kegemaran anda...

dinner ari ni... lempeng kelapa cicah dengan sambal tumis....

Mee goreng basah

ha... tu dia, mee goreng basah yang x berapa basah.... tp mmg sangat sedap makan panas2... dah lama mengidam nak makan mee ni, tp bila g kepasar asik lupa je nak bli. pagi td selepas g briskwalk kak rose terus jalan g kedai. lain yg kak rose nak cari lain pulak yg dapat! actually nak cari capsicum tp x de lak, tu yg amik mee dan segala pelakun sampingan nya - togeh, sawi dan tauhu. udang tu mmg ada saja stok kat rumah... jadilah mee goreng basah untuk lunch ari ni.... resepinya dari Myr oleh tulip77. terima kasih ya. dah siap buat n makan baru baca abis2 resepi, tu rupanya nak buat mee goreng basah ni kena angkat cepat2 dari koli agar x kering kuahnya... baru ku tahu itu!

Bahan-bahan ( 5 org makan )

  • 600g mee kuning
  • 2 ekor sotong (kak rose x letak - x de stok)
  • 6 ekor udang basah
  • 3 pokok sawi
  • 1 sb pes lada kering
  • 2 sb minyak masak
  • 1/2 sb sos tiram
  • 4 sb sos tomato
  • 1/2 sb kicap pekat
  • 3 cawan air panas
  • 3 ulas bawang putih
  • garam, gula & ajinomoto
  • ** lada jeruk ** (kak rose tak buat pun...)
  • cuka
  • gula & garam
  • lada besar hijau

Cara-cara

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan pes lada tumis sekejap. Masuk sotong & udang gaulkan sebati.
  2. Masuk sos tomato,sos tiram,kicap pekat,gula,garam dan ajinomoto. Kacau biar sekata. Masuk air panas dan biar menggelegak. Rasa cukup semua bahan perasa. Adjust ikut selera anda.
  3. Masukkan mee kuning & gaul sebati. Masukkan pula sawi (daun shj), kalau nmpak air mcm dah kering atau tak cukup basah blh tambah lagi air panas.Kecilkan api & biar selama 4minit. Kemudian gaul2 sekejap,bila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. Masukkan taugeh dan gaul sekata.Dalam gambar xda taugeh...stok taugeh takda kat umh...
  4. Alihkan mee kuning dari kuali, jgn biarkan dlm kuali, air mee akan kering. Makan panas2 bersama lada jeruk,taburkan dgn daun bawang & bawang goreng.
  5. Lada jeruk : Potong lada menyerong. Dalam mangkuk masukkan lada. Masukkan juga cuka hingga menutupi lada. Masukkan garam & gula. Rasa ok ke tak...adjust ikut selera anda. Lada jeruk nih buat banyak pun takpa sbb boleh simpan dalam peti sejuk.

Saturday, February 26, 2011

SN10-07

salam semua.... x de aktibiti masak2 ari ni, bukan bercuti tp sibuk sbb uruskan pasal rumah yang nak disewakan. macam2 karenah orang nak menyewa ni kan... ni kisah yg kak rose kenalah kan.... masa nak duduk tu punyalah manis mulut mengalahkan madu, dan2 nak masuk masa tu jugak walaupun kak rose x berkemas lagi setelah ditinggalkan oleh penyewa yg juga sengal sebelum tu.... pas dua tiga bulan dah jadi macam longkang pulak! yg ni bukan lagi sengal tp betul2 buat kak rose jadi psycho .... 4 bulan x bayar sewa setelah tolak deposit semua.... mula2 tu asik janji minggu depan, minggu depan. bila dah x larat nak tunggu terus call dia.... jawapnya dah x nak sewa dah! pas tu dia hempas tepon. boleh cam tu? menyirap darah dibuatnya, kak rose ngan abang g keoffice dia, tp dia x mo keluar jumpa pun.... kita pun x kan nak serang orang dipejabat kan.... at last kak rose manggakan pintu rumah tu.... mmg rasa serik nak sewakan rumah dah...

tp bila dah sebulan terbiar kosong, kak rose mula cari penyewa lain dan ari ni dah ada penyewa baru.... 2 beradik yg baru nak memulakan hidup di KL dan akan disertai oleh emaknya bila cuti sekolah nnti.... kini emaknya masih berada di Sg Petani. kak rose cepat kesian bila dengar dia kata baru nak hidup kat sini dengan tiada kelengkapan... kurangkan kadar sewa bagai.... dan kak rose pun bagi jer barang2 yg ditinggalkan oleh penyewa sengal ari tu..... dapur 2 burner dan tong gas... tu jer yg kak rose masih simpan. yg lain2 spt tilam, bantal, langsir, selimut, barang2 dapur dan segala mak nenek barang suma dah humban masuk cik tong masa berkemas ari tu... (penat weh berkemas.... dah lah x bayar sewa kena pulak kemaskan barang dia..... ) cuma ada pinggan mangkuk, sudu garpu, cawan dan cerek kak rose kasi pada Aci tukang sapu apartment tu.... so.... pada Awin, adik n emak, jagalah rumah tu elok2 macam rumah sendiri ya..... dan jangan lupa bayar sewa, itu yang paling penting! kalau tidak nnti kak rose psycho lagi.

Friday, February 25, 2011

Bubur jagung + sagu

kes nak perabeskan jagung manis lebihan buat apam balik semalam.... kalau x buat apa2 kang rosak je sayang jugak kan.... baik jadikan sesuatu yang enak.... dan td selepas balik dari jumpa doktor kak rose buat bubur jagung ni.... selepas dari appoinment yg terkena hari public holiday ari tu baru ni dapat g jumpa dia lagi.... amik darah untuk check kolesterol level selepas genap 3 bulan makan oat n minum susu... the result will be out by petang ni, tp doktor tu lak x de... so dia nasihat to see him again next monday.... x sabar nak tau result tu... hope for the best la kan... Amin....

bubur jagung ni x de resepi... main taruk je suma n kacau... dah siap! eleh... suma orang tau buatkan? sementara tunggu nak dapat resultnya, belasah makan bubur jagung ni banyak2.... nnti kalau keputusan x memuaskan (cheh! touch wood) sambung balik makan oat n susu yang masih banyak berbaki tu......

Thursday, February 24, 2011

Apam balik

meh minum petang aka dinner sekali dengan apam balik ni.... buat satu adunan dan dapat 4 keping besar n tebal2 ni.... petang td makan ni dah terus kenyang, senangkan dah x yah nak siapkan dinner pulak. kak rose buat tebal2, makan sepotong pun dah kenyang.... ada kes yang terasa nak wat apam balik ni sangat.... minggu lepas g ziarah kawan kat SDMC dan balik tu singgah kat stesen ktm komuter bli apam balik ni.... dah la sepotong cenonet tu 70sen pas tu keras liat pulak tu.... (kalau pakai gigi palsu mau tanggal gigi tu...) x puas ati sungguh! balik terus bli jagung manis ni dengan angan2 nak buat sendirik.... hari ni barulah jadi apam balik kak rose....

resepinya kak rose amik dari Myr oleh ms oreo.... mekasih ya. memang menjadi dan gebu je apam balik ni.... x lah macam yg pakcik kat stesen ktm tu jual! dulu penah tepek resepinya kat sini dan sekali lagi kak rose sharekan .....

bahan2 nya
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar
  • (kak rose tambah jagung manis n butter dalam tu...best!)

Cara-cara

  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba!

kak rose ngan abang cuma makan yang dah potong ni jer... yg 3 keping kat blakang tu.... zassss kat jiran sebelah... harap depa2 suka dengan apam balik ni....

Mee udang

salam semua... tengah sibuk masak tuk lunch ker?.... x tau nak masak apa lagi untuk tengahari ni.... mee ni kak rose buat tuk dinner semalam.... abang kata dah lama x buat mee udang ni tu yg kak rose buat jugak petang semalam.... kebetulan semua bahan pun ada cuma kangkong tu jer yg x de... so kak rose gantikan dengan sawi yg dicelur... jadila kan asal ada sayur dalam tu... tp kan mee udang mesti nak ada kangkung gitu.... barulah rasa asli mee udang!

macih banyak2 pd ros@jintanmanis sbb share, resepi ni dulu dah penah buat (kat sini) sbb bahan dan cara buat dia simple jer... meh kita tengok....

Bahan-bahanye

2 ikat spagetti (kak rose guna 1/2 pack spagetti angel hair)
6 ekor udang harimau saiz besar (guna udang besa2 jer)
2 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar (saiz sederhana)
4 sudu besar minyak masak
1/2 paket bebola ikan
1 cawan santan pekat
1 cawan air


bahan sampingan
1/2 ikat kangkung di rebus ( x de - ganti dengan sawi jer)
2 biji telur rebus
bawang goreng

Caranye
1. Blender bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan minyak dan masukkan cili kisar dan bawang yang telar diblender tadi, pastikan cili betul-betul garing, kemudian cedok sedikit minyak cili tadi lebih kurang 2 sudu besar dan ketepikan. (yg ni kak rose omit) Teruskan menumis dan masukkan udang kering.

2. sementara itu, buang kulit udang dan rebus kulit udang untuk dijadikan stok, setelah air stok udang mendidih masukkan isi udang dan rebus hingga udang masak, isi udang ditos dan ketepikan.

3. Setelah bahan tumis garing masukkan air stok udang dan santan, setelah mendidih baru masukkan air dan fish ball, sesuaikan rasa, masukkan garam. masak hingga agak pekat kuahnya, tapi jangan pekat sangat, agak-agak je.

4. Rebus spagetti seperti biasa, masa merebus ikut arahan pada paket, pastikan air betul-betul mendidih dan masukkan 1/2 sudu garam dalam air rebusan. angkat dan toskan.

5. Celur kangkung dan rebus telur, setelah semua bahan sedia, cara penyediaan, letakkan spagetti dahulu di dalam bowl saiz biasa, kemudian curahkan kuah, atur udang, kangkung, telur rebus diatas pemukaan mee dan tabur sedikit bawang goreng sebagai hiasan, akhir sekali jangan dilupa baki minyak lada yang di cedok tadi, curahkan sedikit bagi menyerlahkan lagi warna kuah, sedia untuk dihidangkan, anda pasti menggemarinya.

hmmm.... terasa lapo lak nengok mee udang nih!

Wednesday, February 23, 2011

Lasagna for lunch

hubby's portion... and asked for 2nd helping....

salam semua.... tengahari tadi ada cuti masak2 dan dan lunch hari ni dengan yang ready made jer.... beef lasagna ni abang beli dari Lanai malam tadi, tp x kan nak makan memalam buta tu kan..... so tengahari tadi cuma panaskan je and voila..... lunch is ready!. cuma kak rose buat sikit salad nak makan dengan lasagna tu.... eh! ada ke orang makan lasagna dengan salad... ah! gasak je la kan....
salad simple yg kak rose sediakan......

my portion makan dengan sepiring salad yg kat atas tu... macam kamben!

pinggan abang yg dah kosong tu n asked for tambah.... nasib baik ada beli 2 pack lasagna ni....he he he sebenarnya kak rose jugak (tp tambah sikit jer! konon!).... makan baaaaanyak sbb sangat seeeeedap and cheesy!

Agar-agar santan pandan

eikkkk... pepagi dah postkan agar2? sebenarnya agar2 santan ni buat semalam lagi.... tengok orang lain buat cantik2 tu terasa sangat nak makan nya... tu lah gambar yang sangat vouge tu buat kak rose terguda nak mencuba (yg sebetulnya nak sangat makan!) buat walaupun kejadiannya x secantik macam hana punya! x kisahlah kan asalkan rasanya tetap mabeles dan sedap apa lagi makan masa hari tersangatlah panasnya ni....
resepinya kak rose copy dari rumah hana.... tp dia nya cantik jer, kak rose terlebih santan pekat dan telor pulak sebiji terus tu kot yg jadi tebal lapisan dia! camner pun kak rose suka... tersangatlah lemaknya! nduk, kak rose cnp kat sini ya.... tq to ummi jugak.

RESEPI AGAR-AGAR SANTAN
source : kak.ummi@homesweethome

Bahan-bahan
  • 25 gm agar-agar tali (dalam paket)
  • 1150 ml air 2 paket santan serbuk + 750 ml air (dibancuh jadi santan pekat)
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 1 biji kuning telor (kak rose buh terus sebiji tu...)
  • 2 helai daun pandan (disimpul)/perisa pandan
  • beberapa titis pewarna hijau
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara-cara
  • Basuh agar-agar dan jerangkan bersama air hingga mendidih.
  • Pastikan agar-agar benar-benar larut, masukkan gula, daun pandan dan pewarna hijau. Sederhanakan api dan masak lagi hingga gula larut.
  • Sementara itu kacau santan, garam dan telor hingga sebati. Tuangkan ke dalam periuk.Kacau selalu santan dengan api sederhana hingga nampak santan berbintil-bintil (naik jadi lumut gitu).
  • Tuangkan ke dalam loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu.
  • Sejukkan sebentar di luar barulah dimasukkan ke dalam peti sejuk.

peringatan untuk diri sendirik: len kali nak kena ikut sukatan betul2 barulah nampak cantik macam sifu2 punya tu!

Tuesday, February 22, 2011

Menu sihat vs menu sedap

menu sihat pagi tadi.... hari2 masih makan oat dengan susu omega yang sangat buweekkkkk tu..... tapi cam ni kira sihat ker? dengan segala buah dan black & golden raisin kak rose taruh dalam tu.... nampak kaler2 barulah berselera nak makan walaupun sebenarnya paksa nak telan tu! buah2 tu kalau rajin nak motong barulah kak rose bubuh, yg selalu nya kak rose cuma makan dengan raisin tu jer.... untuk ada rasa manis2 sikit.... dan susu tu memang x de gula lah! tp lemak dibadan semakin bertambah2 jugak.... meh kita salah kan oat tu yg setengah cawan je sudah ada 27.5g carbs... baru sarapan dah melebihi keperluan sehari punya karbo!. adoyaiii..... nak makan sikit sangat kang x kenyang leh pengsan lak kan....

dan menu x sihat tengahahri tadi..... konon nak buat mee goreng mamak tp yg ada cuma spaghetti jer... nak buat yg ala-ala western tu banyak lak bahan yg x de, takut nnti x jadik lak....... ahhh belasah je la kan, kita yg buat dia dan kita yg nak makan so taruk je apa yg ada.....so jadilah resepi campak2 angel hair spaghetti goreng ala mamak! asalkan boleh terima dek tekak dan kenyang perut pun sudah cukup Alhamdullilah kan.... bertambah2 lah lemak yg berebut2 nak menempatkan diri dalam badan kak rose ni....angan2 nak ber atkin semula dah entah terbang melayang kemana.... x tau bila nak stat!

Monday, February 21, 2011

Apam gula merah

hilang sekejap pobia mengapam bila tengok apam kak rose kembang mekar dengan senyuman.... suker sangat.... yalah dah banyak kali try asik x nak senyum je, bila menjadi ni tentulah hati pun berbunga2 dengan senyuman kan... kata mas kena letak dalam paper cup baru dia nak senyum, tp kak rose ada paper cup yg beso2 jer, pilihan lain kak rose buh dalam acuan lompang ni.... alhamdullilah menjadi..... satu adunan dapat banyak sungguh, dan lebih dari separuh kak rose dah bawa g melawat jiran yg kurang sihat. harap dia suka dengan apam nih...
kali ni resepinya kak rose copy dari rumah Mas pulak....dulu penah tepek jugak kat sini tp kejadian apam tu sangat lah menyedihkan.... keciwaaaa.... kini x lagi ha ha ha...

Apam Gula Merah

Bahan :
  • 125 gm gula pasir
  • 125 gm gula Melaka - dipotong kecil2 (len kali kena kurangkan gula... a bit too sweet to me)
  • 150 ml air
  • 250 gm tepung gandum
  • ½ sudu teh soda bikarbonat
  • ½ sudu teh yis (bancuh dengan sedikit air suam)
  • 1 biji telur
  • 100 ml minyak masak
  • Papercup secukupnya.

Cara :
  1. Sediakan acuan dan panaskan kukusan.
  2. Masak air bersama gula pasir dan gula Melaka hingga hancur. Tapis dan sejukkan.
  3. Ayakkan tepung gandum ke dalam bancuhan air gula. Gaul hingga sebati dan rata.
  4. Masukkan soda bikarbonat, yis dan telur. Kacau hingga sebati.
  5. Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
  6. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak (bergantung kepada saiz acuan).
dan yg ini.... walaupun ada versi senyum kambing dan yg masam terus tp hati ttp berbunga sbb lebih banyak yg tersenyum dari yg ni....

Brokoli bawang puteh

salam dan selamat tengahari semua.... dah lunch ker? kalau belum masak meh kak rose cadangkan buat sayur brokoli bawang putih ni.... sedap sangat , tp kena makan masa tu jugak lepas masak, makan panas2 lah. wah! laju jer masuk molot dengan nasik panas2.... camner lah kak rose nak kurangkan kolesterol nih.... appoinment ngan doc. pun x g lagi! bila la nak dapat check cholesterol level ni agaknya?.... haishhhh....

resepi ni kak rose copy dari blog Resepi Raidah.... terima kasih ya sbb share resepi yg simple yet sedap nih. dan kak rose nak mintak izin nak tepek kat sini.... senang untuk rujukan lain kali kalau nak wat lagi...

Bahan-bahan:

500 gm broccoli
5 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
3 sudu sos tiram
1 camca teh tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
1/2 camca lada sulah
Air ais ~ untuk merendam broccoli
Garam

Cara penyediaan:
1. Celur broccoli selama 2-3 minit dalam air mendidih. Kemudian sejatkan dan rendamkan ke dalam air ais, 2-3 minit dan toskan.
3. Tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan angkat.
4. Masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Apabila kuah telah mendidih, masukkan broccoli dan kacau seketika. Letaklah lada sulah dan garam secukup rasa.
5. Angkat ke dalam mangkuk dan taburkan dengan bawang putih yang telah digoreng tadi. Sedia dihidang.
krup krap rangup bawang putih tu juga brokolinya.... sedap makan panas2! tp awas jangan salahkan kak rose kalau ada yg melecur lidah dek kepanasan sayur ni... sendiri mau ingatla kan!

Saturday, February 19, 2011

Ketupat dakap

salam dan selamat petang suma.... tuan tanah baru je balik dari mengukur jalan....bukan jalanraya tp g jenjalan cuci mata kat sogo.... bukan beli apa pun, saja nak hilangkan boring sambil makan2 kat kafeteria kat atas tu.... asik masak je penat jugak kan, so tukang masak pun nak cuti jugak...

sebelum g tadi ada buat pulut dakap ni.... hasil dari pulut yang beli kat Thailand ari tu.... wanginya pulut dia, x letak daun pandan pun harum je masa kukus tu. dan nampak sangat putih bersih gitu. 1st taim try buat pulut dakap ni, kebetulan my MIL ada bagi pisang raja yang sangat manis... so menerai lah buat... x tau begini punya siksa nak membungkus pulut tuh! pisang tu asik nak telanjang jer and end-up pulut yang sangat tebal membalut pisang dan jadilah ketupat dakap yang montoks2!!!! resepinya kak rose amik dari sini....

Pulut Dakap
Sumber: Majalah Jelita Februari 1994
Bahan-Bahan:
280 gm (1 pot) beras pulut (direndam semalaman)
½ cawan santan pekat daripada ½ biji kelapa
1 ½ sudu teh garam
10 - 12 helai daun pisang berukuran 20 cm x 15 cm (dilayur)
5 - 6 biji pisang kelat/awak/abu/ranum (kak rose guna pisang raja)
Tali rafia secukupnya ( kak rose x de tali, guna getah jer.... genting ramping ketupat yg berdakapan)
(** may be next time kena letak sikit gula dalam pulut)

Cara:
Pulut dikukus tiga suku masak, kira-kira 20 minit.
Angkat pulut, masukkan ke dalam mangkuk besar.
Kacau rata bersama santan bercampur garam. (ada resepi lain yg kak rose baca letak gula jugak)
Kukus lagi hingga masak.
Letak 1 sudu besar pulut di atas sehelai daun pisang.
Leperkan pulut dan letak biji pisang yang dipotong memanjang.
Lipat kemas seperti melipat lepat.
Lekap dua bungkus berdakapan dan ikat dengan tali rafia.
Kukus 10 minit atau hingga pisang masak.

genting ramping pulut tu berdakapan....

Friday, February 18, 2011

Award n Red pitaya

dapat award lagi.... tapi macam malu je nak terima sbb dah memang2 blog ni x de style apa lagi tuan tanahnya... mmg hancus! blog pun asik merapu meraban dan kopi resepi dari sifu2 masak yang tera2 tu..... dari blog2 mereka ni lah kak rose belajar memasak bermacam resepi yg dulunya x pernah berani nak cuba..... menjadi ke tidak bukan satu masaalah, yg penting kita cuba kan..... itulah cooobaan namanya! anyway, terima kasih bebanyak pada niezza yang nun jauh merantau dibumi Finland yang menghadiahkan stylish award ni dan dengan banggannya gantung kat dapur kak rose yg berserebaut nih. tq sekali lagi niezza sbb ingat kat kak rose ya.

so.... dah dapat award tu kak rose nak ajak niezza makan buah red dragon fruit ni, kat finland mahal kan?... yg ni kak rose bagi percuma taw .... gambar jer hi hi hi... jangan mare nnti cepat tue!
buah yg asal nya dari Mexico dan Amerika Tengah dan Selatan ni ada bermacam nama... pitaya, pitahaya, dragon fruit juga ada yg kata strawberry pear (ade ke ropa dia mcm strawberry?) as per yg cik google ni kata.... eaten raw, mildly sweet and low in calories. the flavour is sometimes likened to kiwifruit. (tp bagi kak rose ropa dan kaler dia semacam beet root.... merah merata semua benda yg tersentuh dengannya...) the red flesh is believed to be rich in antioxidants and has exceptionally high content of soluble fiber. It is considered a good source of vitamin C.

sllu bli yg isi putih tu, kali ni try yg merah lak.... x manis dan kaler merah pepel tu nampak sangat menggoda...

Thursday, February 17, 2011

Cauliflower masala

ari ni kak rose masak indian style punya.... ke mamak style? x kisah la yg mana pun asalkan sedap kira ok la tu kan.... ada pernah makan nasik kat restoran mamak dan seakan2 camni le dia buat sayur cauliflower tu....tp x de nya reti nak buat. dizaman it ni kita gunakan sebaiknya.... info at ur fingertips.... dan cik google pun rajin jer mencarikan.... baru ku tahu nama sayur ni - cauliflower masala ropanya.... sedap gak, manis2 gitu. mungkin sbb jintan manis tu kot. resepinya kak rose cnp dari blog treat & trick. hari ni dua resepi kak rose kopy dari blog t&t. mekasih ya. dan yang ni jugak kak rose nak mintak izin tepek kat sini untuk rujukan dilain kali....

CAULIFLOWER MASALA

300g cauliflower cut into bite size piece
2 Onions chopped
2 Tomato chopped
1/2 tsp cumin seed
1 tsp chili powder
3/4 tsp coriander powder
1 tsp ginger paste (kak rose guna halia biasa tu chopped halus2)
3 garlic chopped
1/4 tsp turmeric powder
2 T coconut milk
2 T cooking oil
1/4 tsp mustard seed
salt to taste
1 sprig curry leaves
1/4 C water

METHOD

* Soak cut cauliflower in hot salty water for 10 minutes, drain.

* Heat the oil, fry the cumin seed and mustard seed until fragrant, add in the onion, cook until light brown.

* Add in ginger, garlic, salt and tomato, cook until tomato turns soft.

* Now add the chili powder, coriander powder and turmeric, cook until raw smell goes.

* Add the cauliflower, coconut milk and 1/4 cup of water, stir then cover the pan and cook until cauliflower turns soft.

* Sprinkle curry leaves and check the salt. Remove from heat.

tapi ngapa kak rose nyer gravy x jadi pekat macam t&t tu masak? x kisahla asal rasa tetap mabeles makan dengan nasik panas2...

Raisin and oat bar

salam dan selamat pagi semua...hari ni pepagi lagi kak rose buat oat bar ni.... sedap gak tp x dapatlah nak buat sarapan pagi td sbb nak sejukkan dulu baru leh potongkan.... masa tu perut pun dah keroncong sangat jadi kak rose buatlah oat cam biasa jer minum dengan susu omega plus yg uweekkkk tuh! dah wat appoinment ngan doc nak cek kolesterol tu... tup tup kena lak hari public holiday Maulidur Rasul ari tu... doktor pun nak cuti weiiii! so kena arrange buat appoinment lain lak, entah bila la pulak. in the meantime .... kena kontinue makan menda yg x syedap nih.... adoyaiiiii

ni nak pelbagaikan resepi oat, cubalah yg ni. resepinya amik dari blog treat & trick. sedap buat cemil2an.... sambil kedepan n kedapur tu amik sepotong... pas tu sepotong lagi... pas tu sepotong lagi.... yg hancur berterabur lagi sedap! (kes x pandai nak potong elok2 la tu!!!!) terima kasih ya t&t, dan kak rose mintak izin nak sharekan kat sini....

INGREDIENTS

2 cups rolled oat
1 cup all purpose flour
3/4 cup raisin
3/4 cup butter melted
3/4 cup sugar
1/2 teaspoon baking powder
1/4 cup milk
1 teaspoon vanilla essence

DIRECTION

1. Preheat oven to 170 C. Grease a 8 inches square pan and line with parchment paper.
2. Whisk together oat, flour, and baking powder.
3. Combine butter, sugar, essence and milk until well combined.
4. Mix together dry and wet ingredients, pour into prepared pan and level the top.
5. Bake for 25-30 minutes or until a skewer inserted comes out clean.
6. Remove and cool in the pan.
7. Cut into desired shape and store in an airtight container.

Wednesday, February 16, 2011

Puding jagung

dah lama x makan puding jagung ni.... sementara ada stok jagung manis tu so kak rose buatlah tengahari tadi. buat pun setengah dari adunan tu jer... untuk nak lepaskan rasa nak makan tuh.... hmm sedap dingap sejuk2 gitu... tapi sememeh tu jangan cakaple kan... x sabo nyer orang nak motong n ngap. cenggitu le jadinya, tp nak jugak tepek kat sini.... x pe kan?

resepinya dari izamel78@Myr dan kak rose penah buat kat sini.....

Bahan-bahan ( 8 - 10 orang )
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan pati santan
  • 3 cawan air
  • 3 - 4 senduk kecil gula (kurang atau tambah mengikut kemanisan masing2)
  • 1 tin jagung manis

Cara-cara

  1. satukan kesemua bahan. kacau sebati supaya tepung tidak berketul-ketul.
  2. masukkan ke dalam periuk, masak di atas api sederhana. kacau sentiasa hingga adunan likat dan berkilat.
  3. tuang adunan yang masih panas ke dalam loyang dan biarkan sejuk seketika. simpan di dalam peti sejuk.
meh jemput minum sama dengan puding jagung nih.....

Tuesday, February 15, 2011

Pancake jagung mayonnaise

actually dah x tau nak masak apa untuk minum petang td.... so teringat ada beli jagung manis ari tu tp belum guna lagi.... dan pernah ternampak pancake ni kat rumah CMG tu, mmg teringin nak makan. apa lagi terus panggil cik google carikan resepinya....apalagi kedapur dan godek2 sambil melayan hujan yang sangat lebat mencurah...tp sudah tentulah kejadiannya x secantik macam tuan punya resepi tu...apa pun mekasih ya cik mat, kak rose nak cnp resepinya dan tepek kat sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
120 gram tepung gandum
1/2 camca besar baking powder
1/2 cawan jagung dalam tin
1 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar mayonnaise
200 ml susu segar (kurang lebih)
1 biji cili merah, dibuang biji dan cincang halus
1 biji saiz sederhana bawang holland, didadu
1 pokok daun bawang, hiris halus (kak rose x de so x letak)
1 pokok daun sup, hiris halus
Garam secukup rasa
Sos pilihan untuk dimakan bersama pancake jagung

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali susu segar dan garam, gaul rata dan tambah susu segar sedikit demi sedikit hingga mendapat bancuhan yang rata dan tidak terlalu cair atau pekat. Tambah garam secukup rasa., kacau rata2. Rehatkan 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan saiz 4 inci, lenser dengan sedikit minyak makan. Masukkan kurang lebih 1/4 cawan adunan pancake, ratakan dan masak dengan api kecil, tutup permukaan kuali sekejap, hingga kelihata permukaan pancake berbuih2 dan kering.
  3. Berhati2 terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga kuning keemasan. Angkat dan lakukan kaedah yang sama pada baki adunan, hingga siap. Hidangkan bersama sos kegemaran anda..
makan dengan sos cili je dan nescafe o panas2...... nyam nyam.

Ayam blackpepper

Salam Maulidur Rasul dan selamat bercuti semuanya.... cuti2 ni malas sungguh rasanya, dan sejak balik dari berjalan2 ari tu memang x de mood langsung nak mengupdate rumah ni. masak2 tu ttp ada tp x rajin nak menamik gambo bagai... cerita ceriti dan gambar jenjalan ari tu pun masih dalam folder lagi.... malas nak edit2 dan menaip bagai.... hishhhh, kenapalah malas ni x de ubatkan.

buat ayam blackpepper ni untuk lunch tadi, sbb malas nak masak lauk lagi kak rose buat nasi goreng daging je makan dengan ayam blackpepper ni. senang keja kan... asal kenyang udahle! resepinya kak rose dah penah tepek dulu kat sini yg kak rose amik dari rumah nor. macih ya, lauk yg ringkas dan sedap ni buat berulang2 dan nak jugak tayang kat sini.... resepinya...

Bahan-bahan
350gm udang ~ saiz sederhana (kak rose gantikan ngan ayam fillet)
brokoli secukupnya
1 labu bawang besar ~ dipotong
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1/2 in halia ~ dihiris halus
3 sudu besar sos blackpepper
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
minyak
capsicum merah ~ optional (kak rose letak yg ijo sbb itu jer yg ado!)

Cara
Perap ayam bersama garam dan serbuk kunyit.
Panaskan sedikit minyak dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Ketepikan.
Sementara tu kukus brokoli selama 5 minit dlm air panas mendidih dan angkat. (kak rose buh sikit garam)
Susun atur brokoli dlm pinggan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan bawang besar dan goreng hingga bawang hampir layu.
Masukkan sos blackpepper dan sos tiram. Kacau hingga wangi dan masukkan ayam.
Kacau2 sekejap. Jgn terlalu lama, nanti ayam menjadi overcook.
K.Nor dah tak masukkan garam sbb dah ada rasa masin dr garam yg kita perap dgn ayam dan juga dr sos tiram dan sos blackpepper.
Terpulanglah pd selera masing2, samada nak tambah garam lg atau masukkan gula skit.
Masukkan capsicum yg didadukan dan kacau sekejap.
Padamkan api dan bolehlah diletak atas pinggan yg dah diatur brokoli.
Siap!! dan boleh la menjamu selera ya.............

makan dengan nasi goreng daging....

Sunday, February 13, 2011

Kedai Kak Lah yg pricy.....

salam dan selamat semuanya... malam ni baru je sampai kerumah dari jenjalan ke Thailand tu... penat dalam perjalanan yg jauh cenggini, apalagi masa balik tadi kami ikut jalan Gua Musang.... dengan jalan yg banyak berlopak2 dan sempit memang sungguh lama rasanya dijalan raya . perjalanan pergi ari tu kami ikut jalan lebuhraya timur barat.... KL- Grik-Pengkalan Kubor dan menyeberang sungai Golok... sebelum menyeberang tu kami sempat singgah kat kedai Kak Lah yg highly recomended by ain ni.... kalau nak tengok lauk2 yg disediakan digerai ni boleh g blog ain ni ya..... rupanya gerai ni berhadapan dengan sekolah rendah hubby dolu2.... mmg benar keadaan kedai yg x siap dan berhabuk ditepi jalan yg sangat kering masa tu.... tp sbb nak rasa, kami singgah dan makan wpun sebelum tu mmg dah makan kat R&R Sungkai.

gerai makan ditepi jalan Pengkalan Kubor... blakang tu bangunan yg x siap... mcm abandon project jer.... masa ni x de pelanggan langsung sbb dah pukul 3.30pm...

terletak berhadapan dengan sekolah ni.... berhampiran dengan Pengkalan Kubor FTZ. kepada sesapa singgah disini jangan lupa untuk shopping di free trade zone tu.... (psssttt.... kak rose ada tengok coningware 10pcs ada offer for 399.00 jer...kat Langkawi pun 499.00 tau - tp untuk bunga pastel bouquet, salad garden n lily ville jer)

pinggan hubby.... 1/2 keping gulai ikan, ayam goreng dan ulam timun... sambal x de, dah abes....

ni kak rose nyer..... nasik, ikan gulai yg sangat pedas dan sotong goreng kunyit.

the drinks.... teh o n teh o ais.

dengan kepedasan yang amat sangat, x terabes la kak rose makan. minum air je yg lebih sbb x tahan pedas sampaikan belasah abang punya air jugak. tp cik abang makan selamba jer sbb dia x kisah dengan pedas tu.... and the bill for the 2 of us makan lunch aka tea time tu ialah 25 hengget! mahal ker?

Wednesday, February 9, 2011

Tempe goreng

wah! menu minum petang kak rose ari ni sama dengan rumah CMG..... fuyooo... tp resepi x sama dengan CMG nyer sbb cik google yang carikan singgah kat Myr oleh hana jepun tu.... apa pun mmg sedap goreng tempe cenggini dengan rasa ketumbar tu, apa lagi dicicah dengan sambal kicap jawa yg sangat femes.... huh x makan nasik dah! tp tulah kat sini kan susah nak dapat tempe yg bungkus dengan daun pisang/getah tuh... sumanya bungkus dengan plastik dah! tu pun dah beberapa hari hari kak rose bli baki yg buat lontong ari tu... baru ni nak buat goreng sbb esok dah nak jalan jauh takut nnti tempe tu terbuang je. sayangkan....
resepinya yang cik google carikan... jumpa kat MyR oleh hana, kak rose copy dan tepek kat sini ya....

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 5 keping tempe
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 3 ulas bawang putih
  • serbuk kunyit
  • sedikit garam dan air
  • BHN UTK SAMBAL KICAP
  • segengam chili padi (kak rose x tahan pedas... buh 2 biji jer cili api!)
  • 2 ulas bawang putih
  • gula
  • kicap manis

Cara-cara

  1. Potong serong tempe nipis2 supaya rangup.
  2. Tumbuk bwg putih n ketumbar.
  3. Campurkan tepung dengan bhn tumbuk dan serbuk kunyit. Letak garam skit. Then masukkan air sedikit demi sedikit sehingga cair macam tepung nk goreng pisang.
  4. Panaskan minyak, Dah panas bleh la goreng hingga kekuningan.
  5. Utk sambal kicap - tumbuk chili,bwg putih, dan gula. Then masukkan dlm mangkuk dan bubuhlah kicap. Dah siap..bleh cicah ngan tempe goreng td...

kalau dah jawa.... x dapat dipisahkan dengan tempe.... hmmmm.... heaven dapat makan tempe goreng cicah sambal kicap. hana ko tentu ngences kan? lagi2 kalo tengok CMG tayang tempe goreng dia. fuh! len kali nak try resepi CMG lak....
k bye... nak kena tdo cepat sbb esok awal pagi dah nak bertolak.... until then bye!

Lauk sempoi hari ini

LHSI..... aci tak kalau nak guna shortform jugak macam izah dan nor tu?.... LHSI? lauk sempoi hari ini. hi hi hi.... masak nak abeskan stok yg ade dalam fridge je sbb esok pepagi kami akan bertolak ke Narathiwat, Thailand... ada hal keluarga yg perlu dihadiri.... jangan buat prasangka ya.... sbb sllu orang sebut narathiwat ni pasal kawin lari je kan..... oh tidak, bukan itu. bukan... banyak betul bergerak sejak akhir2 ni... 2 minggu lepas g Alor Setar, pas tu hari Sabtu ke JB dan ni nak ke Thailand lak.... (bulan 3 nnti nak ke KK ... eh lama lagi tu....) penat woo... tp nak wat camner kan.....banyak berjalan luas pandangan dan poket juga bertambah lubang2!

ish... ish nak citer pasal masak masak dah ke lain pulak kan... lauk simple untuk lunch hari ni.... terung goreng dengan cili dan udang kering. sedap sangat dan dah banyak kali buat, tq Along Roz kerana resepi yg sedap ni.... leh gak tengok kat sini .

udang goreng kunyit dengan kacang panjang dan bawang holland yg sangat sempoi jugak.....

sup bebola daging ayam emergency.... resepi ada kat sini...... sbbnya kedua2 lauk tu x de kuah, kang tercekik nasik pulak... so jalan paling senang buat lah sup emergency ni... cauliflower pun x sempat nak potong! tumiskan bawang putih sambil potong celery n carrot.... sudahnya hangus bawang putih ku, tu yang berenang2 itam kat sup tuh!